Wednesday, May 25, 2011

Guru 'tercicir' diminta sabar

BALING 20 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kumpulan guru yang tidak tersenarai dalam kenaikan pangkat mengikut kaedah baru yang diumumkan baru-baru ini supaya bersabar kerana kerajaan sedang meneliti perkara itu.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, kerajaan sentiasa peka dengan nasib golongan guru terbabit dan percaya kajian mengenainya sedang dilakukan.

"Apa yang saya boleh katakan sekarang ialah minta mereka sabar kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah tentu mempunyai pertimbangan sendiri berhubung pengumuman kaedah kenaikan pangkat guru baru-baru ini.

"Lagi pun pelaksanaan kaedah baru itu akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012. Maknanya, sementara menunggu tempoh tersebut, mungkin ada sesuatu yang akan dilakukan.

"Saya tidak katakan perkara ini selesai, tetapi sekurang-kurangnya saya boleh katakan perkara ini akan terus dibincangkan bersama Perdana Menteri," katanya selepas merasmikan Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik bernilai RM4.3 juta di Batu 42, Pulai dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keluhan beberapa pihak termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengenai nasib guru termasuk 400,000 guru sekolah biasa yang tidak mengalami kenaikan pangkat walaupun sudah berkhidmat lebih 15 tahun.

Muhyiddin berkata, beliau juga akan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bersama Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memenuhi permintaan NUTP bagi menjaga kebajikan ahli-ahli mereka.

"Bagaimanapun, ingin ditegaskan bahawa setiap pertimbangan yang dilakukan kerajaan perlu mengambil kira keupayaan ekonomi negara.

"Sekarang kita nak berjimat bagi mengurangkan defisit. Kalau buat keputusan harus kira keupayaan kerajaan untuk tampung kos tambahan kenaikan sama ada gaji atau elaun," jelasnya.

Related Posts:

  • Mengamit Cerita lama - kawan bagi hintApa tu hint? Nanti CM cerita. Semalam kawan lama CM tegur CM dlm chat. Kawan lama tu merangkap BFF CM masa kat UM dulu. Dia antara kawan pompuan yang CM baik berbanding yang lain2. Berceritalah sambil tanya khabar. Kawan CM t… Read More
  • Kenapa beria sangat?Malam ni nak jawab persoalan yang ditanya dulu iaitu kenapa CM beria sangat nak kurus? Hahaha...beria sangat ker? Mestilah beria kerana xde pun orang kat dunia ni nak jadi gemuk. Uols nak jadi gemuk? Xnak kan?. Titik tolaknya… Read More
  • Susah ker nak senyum?Malam ni rasa nak tulis banyak perkara. Tapi simpan dulu untuk lain kali. Otak malam ni tak berapa betul sikit tapi nak jugak tulis tentang senyum. Susah sangat ker nak senyum? Tu soalan untuk diri CM nak try cuba jawab malam… Read More
  • Jadi Ustaz kejapPetang ni nak jadi ustazlah kejap. Hahaha. Bukan nk jd ustaz pun cuma sebagai renungan untuk kita bersama. Setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sesekali kita tinggalkan solat. Kerana solat itu tiang agama. CM dulu2 pun se… Read More
  • SensitifMalam ni nak cerita pasal sensitif. Ada sesetengah orang ni tak boleh nak bergurau kerana mudah sangat sensitif.  Bila kita bergurau mereka akan mudah sensitif dan tak suka dengan gurauan kita tu. Kita anggap perkara tu … Read More

0 Komen: