Thursday, September 12, 2013

Konsert Dikir gegar panggung

Baru-baru ni berlangsungnya Konsert Dikir Gegar Panggung di Laman Santai Istana Budaya. Konsert dikir itu berlangsung dengan meriah sekali dan dihadiri oleh begitu ramai peminat dikir di seluruh Lembah Klang. Walaupun hujan turun dengan renyai, namun penonton yang hadir tetap tidak berganjak dan berselindung di bawah payung peniaga di kawasan tersebut. CM turut melibatkan diri dalam persembahan tersebut setelah sekian lama tidak aktif dalam dikir barat sejak 2 atau 3 tahun yang lepas. Walau bagaimana pun CM tetap bersemangat bersama-sama rakan2 yang lain menghiburkan para penonton pada malam tersebut. CM berkesempatan bermain rebana ibu bagi pasukan Tabuh Pendita. Agak kelam kabut pada mula2 main kerana dah lama tak main, namun setelah bermain satu lagu baru dapat keyakinan sikit. Setelah selesai persembahan, CM menerima kejutan apabila rakan2 meraikan hari jadi di sana. Agak terharu jugaklah walau dah dijangka mereka akan buat kejutan. Tapi sayang gambar takde pun orang ambil masa tu. Walau bagaimanapun, CM tetap seronok pada malam itu dan terima kasih kepada adik beradik seni saya yang meraikan pada malam itu. Pada malam itu juga CM telah menerima kejutan dari seseorang yang telah bagi balik semangat yang dia ambil hari tu. Sangat seronok dan happy. Malam tu jugalah semangat kembali pulih seperti sedia kala. :) sebelum tu mmg hancur. :(... Lepas ni tak tahu la bila pulak dapat join lagi dengan rakan2 disebabkan kesibukan kerja... Tapi dikir barat tetap dihati kerana CM dibesarkan dengan dikir barat. :)

Related Posts:

  • Gambar Terbaru Myvi Baru 2011 - New Myvi 2011 Gambar Terbaru Myvi Baru 2011 - New Myvi 2011 Di sini aku nak share model terbaru keluaran Perodua iaitu Myvi Baru 2011 yang bakal dilancarkan hujung bulan ini. Pada asalnya, model ini sepatutnya telah pun dilancarkan p… Read More
  • Macam Mana Nak Bagi Orang Datang Kat Blog Kita ?Assalam kawan-kawan, macam mana nak bagi orang datang kat blog kita ? macam mana nak traffik blog? mana mana nak dapat reader kat blog ? macam mana nak bagi blog maju ? banyak geng-geng blogger yang bertanyakan rahsia dan str… Read More
  • 10 Bahasa Tubuh Wanita Yg Buat Lelaki Tergoda1. Memusing kepala & menguak rambutIni merupakan suatu 'pergerakan yang menggoda' apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka … Read More
  • Budaya asing ancam dikir barat PENAMPILAN tukang karut wanita antara elemen baru dalam dikir barat. KOTA BHARU 27 April - Keindahan seni akan hanya menyakitkan hati dan mata memandang jika keasliannya terpalit atau sengaja dipalit dengan elemen tida… Read More
  • Senarai 51 Website / Laman Web Kerajaan DigodamTerdapat 51 Laman Web dan Website Kerajaan yang telah Digodam oleh Penggodam Antarabangsa. Senarai Laman Web yang telah digodam terdapat di blog ini. Tatapi tindakan kerajaan yang telah berusaha menghalang juga wajar dipuj… Read More

0 Komen: