Saturday, November 16, 2013

Cuti sekolah bermula

Akhirnya sesi persekolahan 2013 telah melabuh tirainya. Tahun yang sangat bermakna dan sangat seronok berada di skkj2. Banyak perkara telah berlaku dalam hidup CM pada tahun 2013. Tahun 2014 pula menanti dengan penuh cabaran. Satu KPI CM telah letakkan pada diri CM untuk menjadi seorang yang cemerlang dari segi kerjaya. Semoga tahun 2014 akan dapat CM capai target itu nanti.
Sehari sebelum cuti sekolah, cikgu2 sesi petang telah membuat sedikit jamuan atau pot luck untuk meraikan murid2 sebagai menghargai mereka dan guru2 sesi petang yang selama ini penat bekerja. Banyak makanan yang telah dibawa oleh para guru dan juga murid2 untuk dimakan bersama pada hari terakhir persekolahan. Sangat meriah dan seronok sekali. Selepas sesi jamuan makan, kami guru2 petang sempat bergambar sebagai tanda kenangan untuk tahun 2013. Mana la tahu tahun depan ada yang kena tukar sekolah atau kena tukar sesi pagi. Jadi dengan gambar ni lah ia dapat mengamit memori untuk tahun 2013. Pasti cuti yang panjang ini akan merindui kawan2 sesi petang yang CM anggap sebuah keluarga besar. Semoga hubungan keakraban ini kekal selamanya walau berpindah ke hujung dunia sekali pun. Tak sabar tunggu sesi 2014 nanti. Cuti sekolah ni kita enjoy dulu. Tahun depan buka buku baru :).
 Tokei beger bakar..Katanya buat sendiri..Sedapppp

Macam2 ada
 
anak2 murid kesayangan CM
Keluarga besar CM di SKKJ2

Related Posts:

  • Apek terhutang budi kepada Cikgu Zaki Khairul Fahmi Che Mat menyimpan cita-cita tinggi untuk meneroka karier sebagai pemain bola sepak profesional dalam kancah liga Eropah. KOTA BHARU – Ketangkasan serta ketenangan Khairul Fahmi Che Mat menjaga gawang gol … Read More
  • Kementerian sudah lantik 6,148 Guru Sandaran Tidak TerlatihKEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada tulisan Cikgu GSTT, Taiping, Perak dalam ruangan ini pada 6 April lalu yang bertajuk Mana surat panggilan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)? Dimaklumkan bahawa Timbalan Perdana M… Read More
  • Kenapa Ramai 'Like' Status Facebook Anda.?Baru sahaja post status di facebook, tak sampai 10 minit dah berpuluh² 'like' yang anda dapat. Post status lain kali kedua, berpuluh² lagi 'like' yang anda dapat. Post status kali ketiga pun, sma juga,berpuluh² 'like' yang an… Read More
  • AntiVirus: 5 AntiVirus Percuma Terbaik Di InternetAnda semua takut komputer anda dari dijangkiti Virus. Ok, sebelum tu. Tahukah anda apa sebenarnya virus komputer?A computer program that is designed to replicate itself by copying itself into the other programs stored in a… Read More
  • Mana surat panggilan Guru Sandaran Tidak Terlatih?SAYA merupakan salah seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang telah berkhidmat lebih dua tahun. Saya ditamatkan kontrak perkhidmatan 31 Disember 2010. Sepanjang tempoh perkhidmatan saya, segala tugas dan amanah yan… Read More

0 Komen: