Monday, November 11, 2013

Seminggu lagi

Pejam celik rupa2nya dah tinggal seminggu jer lagi sesi persekolahan untuk tahun 2013. Rasa kejap jer masa berlalu. Umur pun semakin meningkat dah. Bila flash back balik masa sebelum ni, banyak kenangan pahit dan manis berada di sekolah ni. Banyak perkara lucu dan perkara yang seronok dilalui disini. Biarlah ia menjadi kenangan untuk tahun ni sebagai pedoman di masa akan datang. 

Bila nak cuti saja sekolah mesti kerja banyak yang perlu dibereskan. Semua fail kena tutup. Masa ni lah akan rasa stress sikit. Tapi itulah kerjaya guru yang sepatutnya kita tahu dan tak boleh nak merungut. Kalau sebelum ni masa interview semua sanggup buat jadi sekarang kena buktikanlah yang janji kita dulu itukan. Syukur dikurniakan rezeki ini. Apa2 pun sebelum cuti kerja mesti beres kalau tak beres mesti hidup tak tenang bila pentadbir akan call suruh datang masa cuti. Lagi stresskan.

Tahun ni CM rasa tahun yang paling seronok di sekolah. Seronok bila apa yang kita buat sesuatu kerja dapat pujian. Bukan kata buat kerja nak dapakan pujian tapi bila pujian diberi tu kita rasa sangat dihargai. Lagi bersemangat untuk hasilkan kerja yang lebih baik lagi. Selain perasaan gembira ada juga perasaan sedih. Tak payah la cerita pasal sedih2 ni. Nanti bad mood pulak. Biarlah ia menjadi kenangan dan pedoman untuk kita menjadi lebih baik lagikan.

Bila mula cuti apa yang perlu dibuat? Kalau kat sini CM dalam proses mencapai target yang baru. Tapi bila di kampung boleh ke nak buat? Banyak sangat godaan di kampung.  Agak2 naik balik ker berat badan nih. Tak sanggup dah nak besar lagi. :(... yang penting semangat perlu kuat bila bercuti di kampung.  Kuatkan semangat!!! Dan jangan lupa bagi semangat tau kat CM!!!
Perlu jaga betul2 kali ni...kalau tak sia2 usaha selama ni. Nak naik berat kejap jer, nak turun tu susah dan perlu usaha yang kuat.

Mesti perkara yang paling sedih sekali masa cuti ialah merindui kawan2 kat sekolah.  Rindu ker? Ada kawan CM cakap kalau rindu tengok la gambar. Tengok gambar tak sama kak oi... tapi nasib baik ada jugak group what's up boleh jugak tanya khabar dalam tu kan. CM jer ker rindu kat kawan, kawan tu rindu ke tak CM?  Entahlah... :(.. lama tu cuti sekolah ni nak buat apa yer kat kampung.? Persoalan itu akan terjawab bila cuti nanti... jangan lupa tengok gambar CM kalau rindu yer hahaha. .. :)

Reaksi Anda:

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...