Friday, November 8, 2013

Macam best jer...

Hahaha CM nak gelak dulu... bukan pasal apa, tapi pasal tajuk tuh. Tajuk tu macam ada kena mengena jer dengan video yang popular sekarang ni iaitu macam comel jer... comel ker? Hehehe. Bukan itu yang CM nak citer tapi pasal bisnes. Cakap pasal bisnes ni banyak pulak peluang yang ada. Tak kira la apa jenis bisnes pun kalau rajin jer semua menjadi. Bila kita fikirkan benda yang simple jer blh buat duit. Macam best jer... :).  Contohnya jual keropok lekor kat sekolah, nampak jer biasa tapi blh buat duit tu. Contoh lagi ialah jual tudung, blh menjana pendapatan tu. Macam best jer kan. :) Dengar wife CM citer kat sekolah dia, kalau rajin buat nasi berlauk atau nasi kerabu jer blh dapat rm40 sehari untung. Saper nak bagi kan?. Cikgu2 kat sekolah ni jenis beli apa saja yang dijual. Pelik betul hahaha. CM pun tergolong dalam tu jugak, dulu kawan CM jual minyak wangi, CM beli jer walau dah ada. Hahaha. Hutang pun takpe asal ada orang nak beli. Boleh bayar ansur2 lagi tu.

Tapi kita perlu jugak rebut peluang,  jangan asyik membeli jer, kena jual jugak jarang2. Hahaha. Baru la balance kan. Macam best jer... :) Apa produk nak jual nih, tengah fikir sekarang ni. Tahun depan ada job baru. Job bagi perkhidmatan bukan jual barang. CM nak try jer mana la tahu ada rezekikan. Hehehe. Boleh la share rezeki sama2kan. Apa job itu kena tunggu tahun depan la. Macam best jer buat bisnes ni... :)

0 Komen: