Sunday, November 10, 2013

Night Cowboys Dinner

Akhirnya selesai sudah majlis makan malam atau Night Cowboys Dinner SKKJ2 2013. Satu perasaan yang tak dapat digambarkan kerana pada tahun  ni penganjuran untuk jamuan akhir tahun lain dari yang lain. Walaupun CM bukan ajk BKGK, tetapi penganjuran untuk majlis ni CM terlibat secara tidak langsung untuk membantu kelancaran dan kemeriahan majlis.  Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan seperti apa yang diharapkan. CM seronok kerana berjaya membantu kawan menguruskan majlis ni dengan sempurna sekali. Tahun depan mungkin kena giliran CM lak untuk jadi ajk. Harap2 tidak kena jadi lagi. 

Dengan tema cowboys, nampaknya semua cikgu2 kat skkj2 memberi kerjasama yang sepenuhnya untuk memenuhi tema pada malam tersebut. Siap dengan pasangan masing2 serta anak sekali. Ada yang sewa dan ada jugak yang beli. Pada mulanya CM nak sewa, tapi bila last minit rasa x sempat dah nak sewa. Tapi CM cuba juga memenuhi tema dengan membeli beberapa aksesori cowboy untuk dipakai pada malam dinner tu. Alhamdulillah jadi jugak cowboy walaupun tak menang.
Untuk cabutan bertuah pula, CM kira bertuah jugaklah kerana dapat gak cabutan walau hanya jug air sahaja berbanding orang lain ada yang langsung tak dapat. Cuma rezeki hanya banyak tu jer tahun ni, Syukur dah. Hadiah2 grand prize orang lain dapat..yang paling grand motosikalah. Huhuhu.... antara hadiah grand tahun ni ialah kamera, tv led 40 inci, aircond, hp samsung, dan macam2 lagi la yang harga 100 keatas. Tapi yang bestnya geng2 lelaki semua dapat hadiah biasa jer...hehehe x la sakit hati sangat.  

Untuk anugerah cowboy dapat kat ustaz Adab dan cowgirl untuk cikgu Azurah.  Memang cowboy dan cowgirl betullah diorang mengalahkan orang lain. Dah rezeki mereka malam tu. Yang lain2 semuanya hebat juga cuma xde rezeki lagi tahun ni. 

Yang paling best sekali dan paling gah yang ada kat malam dinner tu ialah sudut photo booth bertemakan cowboy. Macam dalam tv dah props tuh. Memang terbaiklah idea Azurah dan suaminya tuh. Huhu... betul2 cowboy town. Seminggu nak buat prop tu tapi untuk musnahkannya hanya sekejap sahaja. Hehehe... nampak seronok jer cikgu2 bergambar kat sudut tu. Memang grandlah. Tahniah!. Jadi kalau sape2 nak tempah photo booth untuk apa saja event boleh la hubungi Ranggi Creation. Sila Like kat facebook atau tgk kat post terdahulu bertajuk photo booth corner. :)

Secara keseluruhannya dinner pada tahun ni yang bertemakan Night Cowboys Dinner adalah yang terbaik dan tergrand sekali CM rasa. Sebabnya, suasana tema cowboy tu nampak hidup dan menjadi. Semua cikgu2 nampak sporting jer. Akhirnya selesai sudah dengan penuh jaya dan kenangan terindah buat ahli2 bkgk SKKJ2 tahun ni. Tahniah untuk Cikgu Azurah selaku orang yang bertanggungjawab menguruskan dinner pada tahun ni. Terbaikkkkkkk :) 10 Bintang CM bagi :)

Aksi Sebelum Dinner, bergambar dulu kat sudut photo booth
 
Dapat Makan kat meja vip best...

Semuanya sporting 

Ada aksi koboi ada aksi ustaz koboi 

Petugas Ranggi Creation
 
Persiapan sudut photo booth corner pada sebelah petang 

Crew Ranggi Creation...Terbaiklahhhh 

1 Komen:

Anonymous said...

Thanks for finally talking about >"Night Cowboys Dinner" <Liked it!