Saturday, November 2, 2013

Photo booth corner

Cerita kali ni sangat menarik. Ceritanya tentang photo booth corner milik kawan CM. Kalau sebelum ni CM tak tahu pun apa itu photo booth. Bila kawan cerita, CM cakap ye jelah walau x tahu pun mcm mana photo booth tuh. Hahaha. Bila dia tunjuk gambar baru faham apa itu photo booth. Hehehe.  Ceritanya macam ni, kawan CM tu lama dah cakap nak buat photo booth untuk hari dinner nanti. Jadi CM tolong la apa yang patut.  Kebetulan sebelum dinner sekolah CM buat Hari Kanak2.  Kawan CM pun cadang la nak buat masa hari kanak2 tu dulu sebelum buat masa dinner nanti. Kawan CM pun mintak la tolong CM buat iklan dengan design bunting photo booth tu. CM pun buatla apa yang semampu boleh. Tak sangka juga CM ada bakat design2 ni. Hahaha. Padahal x pernah belajar pun sebelum ni. Perasan jer lebih pandai buat. Bila orang suruh buat menjadi lak. Hahaha. Lagi pun CM minat buat benda tu. Selalu Google kat IT belajar photoshop sikit2. 

Lepas tu kan, tibalah hari kanak2 tu. CM lak rasa excited nak buat. Tapikan kawan CM tu sakit lak masa hari kejadian tu, terpaksa datang lewat. Hanya adik dia jer datang awal. CM pun tolong la adik kawan CM tu pasangkan backdrop. Nak hias tak reti. Yang hias2 CM serah kepada adik dan adik angkat kawan CM tu. CM diminta tolong untuk  jadi juru gambar hari tu. Dah memang minat CM memang seronok lakan. Ada la beberapa orang lagi yang tolong hari tu termasuk adik dan adik angkat kawan CM serta sorang lagi kawan. Mula2 tu macam tak de orang jer nak datang ambil gambar. Lagi pun program hari kanak2 buat kat dewan tertutup kat atas. Kitaorang lak buat kat dewan terbuka kat bawah. Kalau sebelum tu nak buat kat kelas tapi dah kat dewan terbuka xde apa2 program jadi kami buat la kat situ.

Lepas tu kan, bila tiba pukul 9.30 pagi budak rehat. Terkejut kami bila murid2 datang serbu nak bergambar. Sampai tak sempat CM nak duduk sehinggalah pukul 12.30 tengah hari. Tak berhenti ambil gambar. Sampaikan tukang print gambar tak sempat nak print dan beri gambar kat budak2. Sehingga terpaksa suruh budak balik dulu takut tertinggal bas sekolah. Kami suruh diorang datang ambil minggu depan. Seronok betul rasa. Walaupun penat tapi sangat2 seronok dan berbaloi. untuk job pertama ni, CM ucap tahniah untuk kawan CM tu kerana idea yang tak pernah CM fikir boleh jadi bisnes yang berjaya. untuk job pertama memang sangat hebat dan melepasi target yang di sasar. Terbaiklah. Sehingga habis stock kertas gambar tu. Huhuhu.  Macam tak percaya jer. Semoga bisnes kawan CM ni akan berkembang maju lagi dan boleh la CM tumpang kerja sikit2 kan. Hahaha. Kalau sape2 nak tempah photo booth kawan CM tu boleh la hubungi kawan CM tu. Cara nak hubungi tengok la kat bunting kat bawah tuh ada no tel dan boleh like facebook ; ranggi creation  :) Alhamdulillah dapat gak upah tolong kawan CM tu.. yessss hahaha...

Reaksi Anda:

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...