Wednesday, November 13, 2013

Sedih gilerrr :(...

Tiba2 down terus mood hari ni... rasa sedih, rasa kecewa dan macam2 lagi rasa....sebab CM down ialah kerana kena tukar ke sesi pagi. Rasa kosong sekejap otak tadi. Macam2 perasaan datang. Hampir mengalir air mata. Sebab sedih sgt tu kerana banyak perancangan nak buat tahun depan pada sesi petang. Bila dah kna tukar pagi semuanya rasa musnah. Padahal tukar sesi je pun. Belum kena tukar sekolah lagi. Tapikan masa kena pindah sekolah dulu tak la rasa macam ni. Tapi yang ni hanya tukar sesi sahaja macam kena tukar sekolah dah. Sedih betul. Walau bagaimanapun kesedihan tu terubat selepas berjumpa dengan GB wat rayuan x nak tukar pergi pagi. Akhirnya GB memberi harapan yang dia nak pertimbangkan rayuan ni. Lega sikit rasa. Walau bagaimanapun perasaan sedih tu ada lagi selagi belum ada hitam putih yang mengesahkan CM still pada sesi petang. Sesi petang best sangat kerana CM rasa seperti keluarga besar. Sama2 sedih dan sama2 gembira. jutaan terima kasih kepada PK Petang yang sangat prihatin dan penyayang sekali kepada guru2 petang. Dia berusaha pujuk GB supaya tak jadi tukar kami 4 orang ni pergi pagi. Tqvm. Akhirnya GB setuju dengan memberi syarat. :). Hilang sikit sedih hari ni... semangat!!!.

Related Posts:

  • Kisah dulu-dulu Jam 2 pagi rasa tak mengantuk la pulak. Tiba2 CM teringat kisah dulu2 zaman kanak2 ribena. CM ni agak nakal jugaklah masa kecil dulu. Kalau teringat mesti senyum sorang dan rasa menyesal pun ada jugaklah. Pernah dulu kat pad… Read More
  • Penangan gym Pertama kali dalam hidup CM pergi gym. Bukan nak jadi macam Sazali Samad pun, cuma nak bagi sihat jer sambil dapat mengurangkan berat badan, hehehe. Mula2 main gym memang rasa penat dan Sakit2 badan, maklumlah tak pernah bua… Read More
  • Konsert Dikir gegar panggungBaru-baru ni berlangsungnya Konsert Dikir Gegar Panggung di Laman Santai Istana Budaya. Konsert dikir itu berlangsung dengan meriah sekali dan dihadiri oleh begitu ramai peminat dikir di seluruh Lembah Klang. Walaupun hujan t… Read More
  • Sahabat Yang BaikSahabat yang baik selalu memberi semangat dan dorongan kepada kita. Kita perlukan seorang sahabat yang baik yang boleh dijadikan sumber inspirasi dan semangat untuk kita mencapai matlamat yang ingin di capai. Tak mustahil ses… Read More
  • Makan ikan haruan bakar Pada hari isnin yang lepas, CM menerima panggilan dari Cikgu Asrul kawan sekolah dulu dan iPG pada jam 9 mlm. Dia ajak gi makan ikan haruan bakar. Sebelum ni geng sekolah dulu ada la dok ajak gi mancing, tapi disebabkan kesi… Read More

0 Komen: