Wednesday, February 5, 2014

Baju korporat

Tahun ni CM dilantik menjadi ajk BKGK. Satu amanah yang perlu dipikul walaupun tak de semangat nak jd ajk tahun ni disebabkan kehebatan bkgk sesi yang lepas yang sangat mengagumkan. Jadi tahun ni CM dilantik jadi ajk, bukan main seronok lagi diorang angkat tangan sokong CM. Kalau lantik jadi pengerusi tu ok la jgk ni jadi ajk hahaha. Gurau jer tuh.
Ok untuk tahun ni CM diamanahkan untuk menguruskan jualan baju korporat. Sebenarnya idea baju korporat ni datang dari sahabat CM yang mencadangkannya. Dalam kepala dia banyak sangat idea best2. Patut la dia boleh berjaya kalau wat bisnes apa2 pun. Sampai CM boleh tumpang sekaki. Seronok buat kerja dengan sahabat CM tuh. Ok lepas tu kan, sebelum nak  buat baju ni, CM minta tolong sahabt CM tu survey harga kat kedai yang boleh bagi harga murah tapi kain berkualiti. Last2 jumpa kat Klang atas cadangan sorang cikgu lagi. Kedai tu memang menepati citarasa kami dengan design kami. Lagipun harganya murah dan dekat pulak tuh.
Walaupun pihak pentadbir cakap x blh pakai baju korporat sebab dah ada pekeliling, CM pergi jumpa sendiri dengan GB dan bercakap dengannya.  GB setuju sebab design yg menarik.  Jadi CM pun buatlah poster untuk diiklankan. Macam dah boleh dijangka dah bukan mudah nak memuaskan hati semua pihak. Ada Sorang cikgu  ni cakap BKGK nak kaut untung banyak dan dia blh dptkan harga lagi murah. Macam2 lagilah kalau orang dah tak sukakan, macam2 alasan bagi. Menyampah betul rasa. Nak atau tak nak itu kau punya pasal, CM dah buat yang terbaik dah untuk kelab BKGK. Untung pun bukan untuk orang lain untuk staf situ jugak. Berkira sangat. Rasa nak lempang jer orang macam nih. Yang CM pilih ni kain berkualiti dan lembut serta sedap dipakai. Harganya mahal sikit dan BKGK hanya dapat untung rm5 jer sepasang. Bukan banyak pun.  Nak yang murah ada jer tapi kain macam pengelap kaki. Boleh jer dapat rm40. Ni hal kalau nak. Tapi komplen tu pandai, kalau suruh buat hampeh. Menyampah betul orang macam ni kan. Apa2 alasan mereka pun CM tetap akan teruskan walau hanya 5 orang sahaja nak tempah. Tu jelah kisahnya tentang baju korporat.
Susah jugak jadi ajk BKGK ni yer hahaha.

2 Komen:

Anonymous said...

It's going to be end of mine day, however before finish Ι am reading this wonderfuⅼ
post to improve my experience.
official statement : How To Learn To Lock Files In 1
Hour

Anonymous said...

I every time spent mу half an hour to read this weblog's articles or revieԝs everyday
along with a muց of coffee.
site web : 5 Μethods Of Encryption Ꮪοftware Dominatіon &
Five Wɑys Tⲟ How Tⲟ Encrypt A Password
For Free Better In Under 30 Seconds