Friday, February 21, 2014

Majalah Sekolah

Tahun ni merupakan tahun yang mencabar bagi CM. Sebab apa mencabar sebabnya CM telah menjadi penyelaras untuk projek majalah sekolah yang pertama. Langsung tak tahu apa2 tentang penerbitan majalah, CM cabar diri CM untuk melakukannya.  Orang lain semua tak sanggup buat tetapi CM berani mencuba benda yang baru. Dengan sokongan dari guru besar dan guru2 lain CM telah membuat tinjauan kat Internet mencari maklumat tentang penerbitan majalah. Akhirnya CM buat kertas kerja dan disubmit kepada guru besar. Guru besar terima dan memberi sokongan penuh kepada CM untuk menjalankan projek yang agak besar ni. CM telah melantik beberapa orang ajk yang boleh dipercayai dan boleh bekerjasama dan telah selesai menjalankan mesyuarat yang pertama. Walaupun banyak halangan namun dengan sokongan dan semangat dari sahabat, CM berjaya menjalankan meeting pertama. Maka bermulalah episod kesibukan yang CM akan tanggung nanti... semoga projek ini berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang masalah nanti. Semoga CM sentiasa kuat dan bersemangat untuk menjayakan projek sulung penerbitan majalah sekolah ini nanti.
Yeahhhhh

1 Komen:

Anonymous said...

salam CM. Saya pun telah dilantik sebagai Setiausaha dan penyelaras Majalah Sekolah Edisi 1. boleh tak CM berikan tunjuk ajar n flow.

azalia_16@yahoo.com