Saturday, February 1, 2014

Kenapa ?

Sebelum tido CM nak cerita tentang kenapa?. Kata kunci dia kenapa ia berlaku atau terjadi. Kononnya CM nak buat kajian la nih sesuatu perkara tu boleh berlaku. Hahaha.
Kita ambik satu contoh sayang. Bila kita dah sayang kat seseorang kan macam2 kita janji. Janji akan syg sampai bila2 dan macam2 lagi la janji manis yang diucapkan untuk menyatakan sayangnya kat seseorang itu. Tetapi bila dah timbul rasa benci mulalah ucap benda yang tak sepatutnya disebut. Lupa segala janji manis semasa sayang dulu. Masa benci semua dah tak ingat dah. Xde dah rasa sayang tu sampai bila2.  Kenapa ia berlaku? Kenapa? . Itulah Persoalannya yang CM nak cuba bagi pendapat. Kemungkinan besar keikhlasan menyayangi seseorang itu xde. Sayang itu ada cuma sayang itu tiada keikhlasan dan mempunyai niat tertentu sahaja. Sebab tu lah bila dah benci, soal kasih sayang dah xde dah. Kalau nak tahu seseorang itu ikhlas atau tidak, masa benci tulah jawapannya.  Tengok apa yang dia akan buat. Sepatutnya kasih sayang itu kerana Allah barulah xde perasaan benci betul tak?  Buang jauh2 perasaan benci itu dalam diri barulah hidup kita sentiasa bahagia. Mesti akan seronokkan? Sayanglah seseorang itu sepenuh hati, tak rugi sayang kat seseorang kerana kasih sayang itulah yang akan mengeratkan hubungan sesama kita. Tak semestinya kasih sayang itu untuk suami atau isteri sahaja tetapi kasih sayang ith perlulah kepada semuanya iaitu ibu bapa, adik beradik, saudara mara, sahabat dan semuanyalah. Barulah perasaan benci itu xde dan kita akan hidup bahagia selamanya. Orang pun akan suka akan kitakan. Betul tak? CM kalau sayang kat seseorang CM akan cakap jer terus, tak perlu nak segan2 untuk cakap yang kita sayang kat seseorang. Itu jelah malam ini. CM sayang anda semua.. :)

Reaksi Anda:

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...