Saturday, February 15, 2014

Majlis makan Malam dan Logo PERINTIS

Alhamdulillah, logo seterusnya yang telah CM design untuk Persatuan PERINTIS, (Persatuan Cinta Seni Kuala Lumpur). Setelah berhempas pulas menyiapkan logo ini, akhirnya telah selesai dan diterima untuk digunakan oleh persatuan PERINTIS. Logo ini telah dilancarkan secara santai pada majlis makan malam PERINTIS di Samudera, Gombak. Pelancaran telah dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kuala Lumpur, En Raizuli. Rasa bangga sekejap bila hasil kerja kita diterimakan. hehehe. Pada malam tu CM rasa bertuah kerana telah mendapat hamper hasil cabutan bertuah. hehehe. Dengan jamuan seekor kambing malam tu, majlis makan malam itu agak meriah dan sangat menyeronokkan. Itu jelah yang CM nak kongsikan. 






0 Komen: