Monday, February 10, 2014

Keseronokan Mengedit dan mengdesign

Baru selesai bab mengedit logo akademi, poster peraduan dan t shirt untuk guru pj kat sekolah. 3 benda yang CM buat malam dan telah berjaya disiapkan dengan baik. Cewahhh. CM ni nak kata pandai tak la sangat. Tak pernah belajar secara formal pun sebelum ni. Tapi dah berminat dengan benda2 gini, jadi CM belajar melalui you tube. Boleh la cari makan sikit2 hahaha. CM seronok la kalau orang suruh buat. Sedikit bakat yang dikurniakan oleh-Nya kepada CM, CM dapat menabur bakti kepada mereka2 yang memerlukan pertolongan CM. CM tak mengharapkan bayaran pun cuma sedikit penghargaan dengan ucapan terima kasih pun dah rasa seronok dah. Bila hasil kerja kita dihargai, itulah saat yang paling seronok sekali rasa dan terasa sangat puas.  Esok ada lagi lak kerja nak kena buat nak tlg kawan CM design apa benda entah, CM tak faham lagi konsepnya. Esok akan diterangkan katanya. Hehehe. Oklah dulu hal malam ini, semoga anda semua sentiasa puas dan seronok dengan apa yang anda lakukan yer.
 













Reaksi Anda:

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...