Thursday, November 21, 2013

Percutian yang menyeronokkan di Sabah

Bila cuti sekolah bermula sahaja, semua orang merancang percutian untuk ahli keluarga. CM pun tak terlepas dari merancang percutian juga. Tetapi percutian ke negeri Sabah kali ini telah lama dirancang iaitu sejak bulan 1 lagi.  Kebetulan masa tu Air Asia buat promosi tiket penerbangan murah. Jadi CM ambil la peluang beli tiket ke negeri Sabah. First time nak merasa naik kapal terbang jadi excited la beli masa tuh. Punya la lama nak tunggu terbang ke Sabah akhirnya tibalah waktunya pada 18.11.2013. Seronok betul rasa perasaan masa tu apabila pertama kali naik flight dan pertama kali jugak menjejak kaki ke negeri sabah. Best giler rasa. Kami datang selama 3 hari sahaja ke negeri Sabah. Rugi betul rasa sebab banyak lagi tempat menarik yang tak sempat di lawati. Silapnya masa beli tiket flight hari tu tak fikir lak yang perjalanan sahaja makan masa dua hari pergi dan balik. jadi yang jalan betul2 sehari jelah.

Hari pertama sebelum sampai ke Sabah kami menaiki Komuter dari Klang ke KL Sentral. Lepas tu dari KL Sentral kami menaiki bas lak ke LCCT. Banyak jam jugak la ambil masa kat situ. Dari pukul 11 pagi sampai la pukul 1.30 petang. Flight kami pukul 4.30 ptg. Jadi kami pusing2 la kat LCCT sementara menunggu flight ke Sabah. Dah dekat masa nak berlepas kami pun pergi Check In dan beratur di pintu gate untuk ke Sabah. Pemeriksaan agak rapi oleh pihak keselamatan Air Port sehingga tali pinggang pun terpaksa di buka. Hmmm. Selesai pemeriksaan kami pun pergi menunggu di pintu yang telah di tetapkan untuk ke Sabah. Maka tibalah masa untuk terbang. Masa mula nak berlepas agak gementar jugak la tapi bila dah sampai kat atas rasa macam biasa lak. Adieb pula tido. Jadi takde la dia meragam masa naik flight.  Kami sampai di sana lebih kurang jam 7 malam. Selepas sampai kani terus menaiki teksi ke Hotel yang di tempah melalui agoda. Alhamdulillah perjalanan kami di permudahkan ke Sabah. Selepas sampai di hotel, kawan sekolah dulu yang buat sewa kereta terus hantar kereta myvi se kat hotel. Kawan CM dan wife tu bertugas sebagai anggota polis kat sabah. Jadi part time dia buat sewa kereta. Kami sewa la dengan dia dapat diskaun lagi dan extra time. Kiranya dua hari bayar sehari. Hehehe. Malam tu kami terus pusing pergi pasar malam kat kg air. Beli apa yang patut untuk dibawa pulang ke semenanjung.  Tapi sebelum pergi shopping malam tu sempat kami makan malam kat kedai berdekatan hotel. Makan biasa jer tetapi harganya agak mahal jugaklah. Tak berbaloi rasanya. Selepas selesai shopping kami terus balik tido dan rehatkan diri kat hotel. 

 Makan Mc D kat LCCT sementara tunggu flight... hancur diet




 Excited dapat naik flight hahaha



 Indahnya Ciptaan-Nya

 Adieb Penat ni

 Air cond yang suam2 kuku

 Nasi Lalap

 Nasi goreng cina?



Ni yang wife beli..CM x beli hahaha
 
Hari kedua pula, kami bangun seawal jam 5.30 pagi lagi. Perancangannya nak ke Kundasang.  Jadi kami tak nak buang masa tidur kat hotel.  Masa tu walau jam5.30 pagi tetapi keadaan cuaca dah cerah dah. Tepat jam 6.00 pagi selepas solat subuh kami bertolak ke Kundasang. Orang cakap kalau datang sabah tak pergi ke Kundasang tak lengkap percutian itu. Jadi kami melengkapkan percutian itu ke Kundasang.  Alhamdulillah jalan agak clear dan perjalanan kami mengambil masa 1 jam lebih sahaja. Cuaca di sana agak sejuk  dan nyaman sekali. Kami sempat singgah di Kinabalu Park masa mula2 sampai di Kundasang.  Kabus agak tebal sekali waktu pagi. Ramai pelancong dari semenanjung yang ada di situ. Jadi kami sempat la bergambar di situ dan sempat bersarapan di kedai yang ada di Kinabalu Park itu. Selepas nergambar dan sarapan kami meneruskan perjalanan ke Ladang lembu nak tengok lembu katanya. Hmmm. Sempat la bergambar dengan lembu2 disitu. Orang cakap. Macam kat New Zealand dah. Jadi CM pun cakap sama jugaklah. :). Boleh la cerita kat orang yang belum datangkan. Seronok betul adieb boleh tengok lembu2 kat situ. Lepas tengok lembu2 kat situ kami sempat singgah di tepi jalan membeli buah tangan untuk di bawa pulang ke semenanjung.  Beli la makanan sikit2.  Yang bestnya kat situ ada buah salak. Lama dah CM cari kat semenanjung sebab wife CM mengidam nak makan buah salak. Alhamdulillah rezeki baby dalam perut dapat makan jugak dia buah salak yer. Dari sabah lak tu. Lepas shopping makanan kat situ, kami terus bertolak pulang kat hotel kejap untuk rehat sebelum meneruskan percutian untuk membeli belah di Pasar Filipina atau Pasar Kraftangan kat depan Le Meriden Hotel. Banyak gak la barang2 yang wife CM beli. CM x beli apa2 pun. Lepas shopping kami pusing2 kejap bandar KK lepas tu datang balik untuk  makan malam kat situ. Orang cakap kalau datang sini mesti wajib makan seafood. Jadi sempat la merasa seafood kat pasar malam sabah tu. Yang best dapat makan lobster.  Nyum3. Habis diet CM. Lepas makan malam kami pergi ke rumah kawan yang bagi sewa kereta tu Aizat. Kebetulan adiknya kawan baik CM Faiz ada datang ke Sabah. Sempat la jumpa kejap kat rumah aizat di perumahan IPK Sabah. Lepas jumpa kami terus balik rehatkan diri kat hotel.

 Myvi SE yang disewa


 wahhh indahnya gunung Kinabalu

 Kabus di Kundasang yang tebal


 Bergambar di Kinabalu Park..tebalnya kabus










 Sarapan di Kaki gunung Kinabalu

 Jumpa salak madu



 Ladang Lembu


 Terjumpa Helikopter Polis di Kundasang, adieb nak naik hahaha

 Pasar Ikan masin






 Besar giler ikan














 Menu yang kami order, best giler makan di situ...

 Rumah Izad

Hari terakhir lak kami x pergi mana2 pun. Rehat kat bilik jer. Cuma pagi tu kami keluar makan jap lepas tu balik rht kat hotel sementara tunggu check out pukul 12 tgh hari. Lbh kurang pkul 12 lbh kami pun check out dan terus pergi ke air port untuk pulang ke Klang. Flight pukul 3.40 ptg dan kami sampai di LCCT pukul 6.30 ptg. Naik bas dan ktm ke klang lak sampai la pukul 9 mlm. Walaupun penat tapi percutian kali ini sangat menyeronokkan.  Huhu...  Insyaallah ada rezeki kami akan datang lagi ke Sabah.  

 Makan KFC lak kat Air port KK sementara tunggu flight



 Sampai LCCT dah :) Best Giler

Saturday, November 16, 2013

Cuti sekolah bermula

Akhirnya sesi persekolahan 2013 telah melabuh tirainya. Tahun yang sangat bermakna dan sangat seronok berada di skkj2. Banyak perkara telah berlaku dalam hidup CM pada tahun 2013. Tahun 2014 pula menanti dengan penuh cabaran. Satu KPI CM telah letakkan pada diri CM untuk menjadi seorang yang cemerlang dari segi kerjaya. Semoga tahun 2014 akan dapat CM capai target itu nanti.
Sehari sebelum cuti sekolah, cikgu2 sesi petang telah membuat sedikit jamuan atau pot luck untuk meraikan murid2 sebagai menghargai mereka dan guru2 sesi petang yang selama ini penat bekerja. Banyak makanan yang telah dibawa oleh para guru dan juga murid2 untuk dimakan bersama pada hari terakhir persekolahan. Sangat meriah dan seronok sekali. Selepas sesi jamuan makan, kami guru2 petang sempat bergambar sebagai tanda kenangan untuk tahun 2013. Mana la tahu tahun depan ada yang kena tukar sekolah atau kena tukar sesi pagi. Jadi dengan gambar ni lah ia dapat mengamit memori untuk tahun 2013. Pasti cuti yang panjang ini akan merindui kawan2 sesi petang yang CM anggap sebuah keluarga besar. Semoga hubungan keakraban ini kekal selamanya walau berpindah ke hujung dunia sekali pun. Tak sabar tunggu sesi 2014 nanti. Cuti sekolah ni kita enjoy dulu. Tahun depan buka buku baru :).
 Tokei beger bakar..Katanya buat sendiri..Sedapppp

Macam2 ada
 
anak2 murid kesayangan CM
Keluarga besar CM di SKKJ2

Wednesday, November 13, 2013

Sedih gilerrr :(...

Tiba2 down terus mood hari ni... rasa sedih, rasa kecewa dan macam2 lagi rasa....sebab CM down ialah kerana kena tukar ke sesi pagi. Rasa kosong sekejap otak tadi. Macam2 perasaan datang. Hampir mengalir air mata. Sebab sedih sgt tu kerana banyak perancangan nak buat tahun depan pada sesi petang. Bila dah kna tukar pagi semuanya rasa musnah. Padahal tukar sesi je pun. Belum kena tukar sekolah lagi. Tapikan masa kena pindah sekolah dulu tak la rasa macam ni. Tapi yang ni hanya tukar sesi sahaja macam kena tukar sekolah dah. Sedih betul. Walau bagaimanapun kesedihan tu terubat selepas berjumpa dengan GB wat rayuan x nak tukar pergi pagi. Akhirnya GB memberi harapan yang dia nak pertimbangkan rayuan ni. Lega sikit rasa. Walau bagaimanapun perasaan sedih tu ada lagi selagi belum ada hitam putih yang mengesahkan CM still pada sesi petang. Sesi petang best sangat kerana CM rasa seperti keluarga besar. Sama2 sedih dan sama2 gembira. jutaan terima kasih kepada PK Petang yang sangat prihatin dan penyayang sekali kepada guru2 petang. Dia berusaha pujuk GB supaya tak jadi tukar kami 4 orang ni pergi pagi. Tqvm. Akhirnya GB setuju dengan memberi syarat. :). Hilang sikit sedih hari ni... semangat!!!.

Monday, November 11, 2013

Seminggu lagi

Pejam celik rupa2nya dah tinggal seminggu jer lagi sesi persekolahan untuk tahun 2013. Rasa kejap jer masa berlalu. Umur pun semakin meningkat dah. Bila flash back balik masa sebelum ni, banyak kenangan pahit dan manis berada di sekolah ni. Banyak perkara lucu dan perkara yang seronok dilalui disini. Biarlah ia menjadi kenangan untuk tahun ni sebagai pedoman di masa akan datang. 

Bila nak cuti saja sekolah mesti kerja banyak yang perlu dibereskan. Semua fail kena tutup. Masa ni lah akan rasa stress sikit. Tapi itulah kerjaya guru yang sepatutnya kita tahu dan tak boleh nak merungut. Kalau sebelum ni masa interview semua sanggup buat jadi sekarang kena buktikanlah yang janji kita dulu itukan. Syukur dikurniakan rezeki ini. Apa2 pun sebelum cuti kerja mesti beres kalau tak beres mesti hidup tak tenang bila pentadbir akan call suruh datang masa cuti. Lagi stresskan.

Tahun ni CM rasa tahun yang paling seronok di sekolah. Seronok bila apa yang kita buat sesuatu kerja dapat pujian. Bukan kata buat kerja nak dapakan pujian tapi bila pujian diberi tu kita rasa sangat dihargai. Lagi bersemangat untuk hasilkan kerja yang lebih baik lagi. Selain perasaan gembira ada juga perasaan sedih. Tak payah la cerita pasal sedih2 ni. Nanti bad mood pulak. Biarlah ia menjadi kenangan dan pedoman untuk kita menjadi lebih baik lagikan.

Bila mula cuti apa yang perlu dibuat? Kalau kat sini CM dalam proses mencapai target yang baru. Tapi bila di kampung boleh ke nak buat? Banyak sangat godaan di kampung.  Agak2 naik balik ker berat badan nih. Tak sanggup dah nak besar lagi. :(... yang penting semangat perlu kuat bila bercuti di kampung.  Kuatkan semangat!!! Dan jangan lupa bagi semangat tau kat CM!!!
Perlu jaga betul2 kali ni...kalau tak sia2 usaha selama ni. Nak naik berat kejap jer, nak turun tu susah dan perlu usaha yang kuat.

Mesti perkara yang paling sedih sekali masa cuti ialah merindui kawan2 kat sekolah.  Rindu ker? Ada kawan CM cakap kalau rindu tengok la gambar. Tengok gambar tak sama kak oi... tapi nasib baik ada jugak group what's up boleh jugak tanya khabar dalam tu kan. CM jer ker rindu kat kawan, kawan tu rindu ke tak CM?  Entahlah... :(.. lama tu cuti sekolah ni nak buat apa yer kat kampung.? Persoalan itu akan terjawab bila cuti nanti... jangan lupa tengok gambar CM kalau rindu yer hahaha. .. :)

Sunday, November 10, 2013

Night Cowboys Dinner

Akhirnya selesai sudah majlis makan malam atau Night Cowboys Dinner SKKJ2 2013. Satu perasaan yang tak dapat digambarkan kerana pada tahun  ni penganjuran untuk jamuan akhir tahun lain dari yang lain. Walaupun CM bukan ajk BKGK, tetapi penganjuran untuk majlis ni CM terlibat secara tidak langsung untuk membantu kelancaran dan kemeriahan majlis.  Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan seperti apa yang diharapkan. CM seronok kerana berjaya membantu kawan menguruskan majlis ni dengan sempurna sekali. Tahun depan mungkin kena giliran CM lak untuk jadi ajk. Harap2 tidak kena jadi lagi. 

Dengan tema cowboys, nampaknya semua cikgu2 kat skkj2 memberi kerjasama yang sepenuhnya untuk memenuhi tema pada malam tersebut. Siap dengan pasangan masing2 serta anak sekali. Ada yang sewa dan ada jugak yang beli. Pada mulanya CM nak sewa, tapi bila last minit rasa x sempat dah nak sewa. Tapi CM cuba juga memenuhi tema dengan membeli beberapa aksesori cowboy untuk dipakai pada malam dinner tu. Alhamdulillah jadi jugak cowboy walaupun tak menang.
Untuk cabutan bertuah pula, CM kira bertuah jugaklah kerana dapat gak cabutan walau hanya jug air sahaja berbanding orang lain ada yang langsung tak dapat. Cuma rezeki hanya banyak tu jer tahun ni, Syukur dah. Hadiah2 grand prize orang lain dapat..yang paling grand motosikalah. Huhuhu.... antara hadiah grand tahun ni ialah kamera, tv led 40 inci, aircond, hp samsung, dan macam2 lagi la yang harga 100 keatas. Tapi yang bestnya geng2 lelaki semua dapat hadiah biasa jer...hehehe x la sakit hati sangat.  

Untuk anugerah cowboy dapat kat ustaz Adab dan cowgirl untuk cikgu Azurah.  Memang cowboy dan cowgirl betullah diorang mengalahkan orang lain. Dah rezeki mereka malam tu. Yang lain2 semuanya hebat juga cuma xde rezeki lagi tahun ni. 

Yang paling best sekali dan paling gah yang ada kat malam dinner tu ialah sudut photo booth bertemakan cowboy. Macam dalam tv dah props tuh. Memang terbaiklah idea Azurah dan suaminya tuh. Huhu... betul2 cowboy town. Seminggu nak buat prop tu tapi untuk musnahkannya hanya sekejap sahaja. Hehehe... nampak seronok jer cikgu2 bergambar kat sudut tu. Memang grandlah. Tahniah!. Jadi kalau sape2 nak tempah photo booth untuk apa saja event boleh la hubungi Ranggi Creation. Sila Like kat facebook atau tgk kat post terdahulu bertajuk photo booth corner. :)

Secara keseluruhannya dinner pada tahun ni yang bertemakan Night Cowboys Dinner adalah yang terbaik dan tergrand sekali CM rasa. Sebabnya, suasana tema cowboy tu nampak hidup dan menjadi. Semua cikgu2 nampak sporting jer. Akhirnya selesai sudah dengan penuh jaya dan kenangan terindah buat ahli2 bkgk SKKJ2 tahun ni. Tahniah untuk Cikgu Azurah selaku orang yang bertanggungjawab menguruskan dinner pada tahun ni. Terbaikkkkkkk :) 10 Bintang CM bagi :)

Aksi Sebelum Dinner, bergambar dulu kat sudut photo booth
 
Dapat Makan kat meja vip best...

Semuanya sporting 

Ada aksi koboi ada aksi ustaz koboi 

Petugas Ranggi Creation
 
Persiapan sudut photo booth corner pada sebelah petang 

Crew Ranggi Creation...Terbaiklahhhh 

Friday, November 8, 2013

Macam best jer...

Hahaha CM nak gelak dulu... bukan pasal apa, tapi pasal tajuk tuh. Tajuk tu macam ada kena mengena jer dengan video yang popular sekarang ni iaitu macam comel jer... comel ker? Hehehe. Bukan itu yang CM nak citer tapi pasal bisnes. Cakap pasal bisnes ni banyak pulak peluang yang ada. Tak kira la apa jenis bisnes pun kalau rajin jer semua menjadi. Bila kita fikirkan benda yang simple jer blh buat duit. Macam best jer... :).  Contohnya jual keropok lekor kat sekolah, nampak jer biasa tapi blh buat duit tu. Contoh lagi ialah jual tudung, blh menjana pendapatan tu. Macam best jer kan. :) Dengar wife CM citer kat sekolah dia, kalau rajin buat nasi berlauk atau nasi kerabu jer blh dapat rm40 sehari untung. Saper nak bagi kan?. Cikgu2 kat sekolah ni jenis beli apa saja yang dijual. Pelik betul hahaha. CM pun tergolong dalam tu jugak, dulu kawan CM jual minyak wangi, CM beli jer walau dah ada. Hahaha. Hutang pun takpe asal ada orang nak beli. Boleh bayar ansur2 lagi tu.

Tapi kita perlu jugak rebut peluang,  jangan asyik membeli jer, kena jual jugak jarang2. Hahaha. Baru la balance kan. Macam best jer... :) Apa produk nak jual nih, tengah fikir sekarang ni. Tahun depan ada job baru. Job bagi perkhidmatan bukan jual barang. CM nak try jer mana la tahu ada rezekikan. Hehehe. Boleh la share rezeki sama2kan. Apa job itu kena tunggu tahun depan la. Macam best jer buat bisnes ni... :)

Wednesday, November 6, 2013

Percutian bajet di Port Dickson

Sempena cuti deepavali dan cuti awal Muharam, CM mengambil kesempatan untuk pergi bercuti di Port Dickson.  Percutian ni di panggil Percutian bajet kerana CM pergi hanya sehari sahaja dan menginap di hotel bajet. Nak kata bajet pun tak la jugak sebab RM110 jugak satu malam menginap kat hotel tu. Hotel yang CM tempah melalui agoda tu ialah hotel Sea Front Hotel.  Hotel ni dekat dekat dengan pantai Tanjung Gemok. CM rasa menyesal tempah hotel ni kerana ia agak jauh dengan pantai Telok Kemang,  Port Dickson. Lebih kurang 13 KM jugak la nak sampai ke pantai itu. Huhuhu. Tapi hotel dah tempah,  walau bagaimanapun terpaksa la meneruskan penginapan dan percutian bajet kali ni. Lain kali jika ada rezeki nak buat percutian mewah sikit, baru seronok bercutikan. Pergi kat Port Dickson pun sebab Mak Mertua yang nak pergi pantai sebab tu permintaan dia sebelum balik kampung. Lagipun 2 minggu lagi kami nak pergi sabah lak, kesian lak sebab tak bawak mak mertua pergi sebabnya tiket dah lama dah tempah. Sebab tu kami bawak dia pergi ke Port Dickson. Masa waktu  tengahari kat sana kami sempat makan kat kedai koboi tu kat jalan nak pergi Telok Kemang tu. Kami makan nasi ayam panggang. Rasanya tak la sedap pun tapi suasana koboi tu yang menarik. Saja nak ambik mood untuk dinner nanti. :)

Percutian kali ni agak seronok walau kami berempat jer pergi. Sebabnya CM suka tengok adieb dapat bermain dengan seronoknya kat sana. Kalau sebelum ni dok terperap jer kat dalam rumah tak pergi mana2. Jarang2 sekali kena bawak keluar pergi main air laut bukan main gembira lagi la adieb. :).  Berjam2 berendam dalam air laut, dari air belum pasang sehinggalah air pasang. Bila malam pulak CM bawa adieb pergi main fun fair. Kebetulan kat Telok Kemang ada Fun Fair. Seronok la adieb dapat naik kereta api sampai tak nak turun dah. 2 kali naik plak tum sehinggalah kena paksa adieb turun kalau tak pokai jawabnya duduk situ lama2. Huhu.  Lepas main sana kami pergi makan lak kat kedai nasreen tomyam. CM makan tomyam susu jer manakala wife lak bungkus kue tiaw ladna. Kedai tu ramai orang tapi makanan dia tak la best sangat, biasa jer. Cuma yang menariknya orang pergi makan kat situ ialah kedainya besar, dan menarik perhatian orang yang nak ke Telok Kemang. Lepas makan kami balik hotel untuk rehat dan tido.

Keesokan pula sempena 1 Muharam, kami bersiap la nak pulang. Sebelum pulang tu wife lak ajak sarapan kat kedai di kawasan hotel tu Sarapan la kejap. CM makan bakso manakala wife makan  nasi lemak ayam. Adieb tinggal kat hotel dengan tok dia. Sebabnya mak mertua puasa hari tu sempena awal muharam. Masa balik kami singgah kejap kat Nilai 3. Jumpa kawan sekolah lama iaitu Ima yang meniaga kat situ. Banyak la barang yang dia beli untuk adieb. Rasa serba salah la pulak. Dia bagi jam, baju jersi, selipar dan belanja Marry Brown lagi. Huhuhu.  Masa kat sana CM sempat beli beberapa barang untuk dinner nanti. :) harap2 berbaloi la nanti untum tema koboi. Selepas beli apa yang patut kami pun bertolak pulang.  Walaupun percutian bajet, kos kesana dikira agak mewah jugak la time2 gaji tak masuk lagi ni. Huhuhu.


Tuesday, November 5, 2013

Tip 10 K Dalam Persahabatan


Setiap orang dianugerahi Allah dengan kelebihan, kebaikan dan keindahan masing-masing. Begitu juga dengan kekurangan, keburukan dan kelemahan masing-masing.

Begitulah sunnatullah. Begitu indah sekali aturan-Nya. Betapa adilnya Dia, menciptakan setiap benda secara seimbang.

Begitu juga halnya dalam persahabatan. Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap Allah sejak azali lagi. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang dan pelbagai lagi. Macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati setelah bersahabat dengan seseorang.

Setelah menimba pengalaman bersahabat dengan ramai orang, saya ingin membuat kesimpulan mengenai 10 'K' yang perlu dalam sesebuah persahabatan.

"Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!"

10 K dalam PERSAHABATAN

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

Sunday, November 3, 2013

Cuti 4 Hari

Malam ni CM nak tulis pasal cuti. Ni dah pukul 3 pagi lebih dah. CM baru balik dari wat show kat restoran Agora Shah Alam. Depan pintu gerbang utama nak masuk stadium tu. Show tu sempena Piala Malaysia Kel vs Phg. Buat show jelah, nak tengok bola tiket xde lak.  Tgk kat rumah jer.

Tapi bukan itu yang CM nak cerita. Tapi pasal cuti sempena deepavali ni. Rasa cam lama jer padahal kejap jer. Kenapa CM rasa lama,  sebabnya banyak kerja yang belum beres. Dah la sekolah ada 8 hari jer lagi. Kerja kat sekolah bertambung belum beres. Kalau cuti susah sikit nak settlekan kerja sebab semua kerja ada kat sekolah. Huhu. 

Tapikan, CM tak la risau sangat sebabnya CM ni jenis yang bukan mudah gelabah. Sentiasa rilek dan cool jer buat kerja. Sempena cuti 4 hari ni, gunakanlah sebaiknya untuk merelease tension.  Lupakan kerja sekejap. Enjoy dulu. Yeahhhh.... tapi nak enjoy pun gaji lambat lagi :(... sedih betul. Enjoy kat rumah jelah...yeahhhhh.. :)..plannya nak g Port Dickson jer sehari. Hotel dah tempah.. jadi kita enjoy..... yeahhhh... biar papa asal bergaya. ..hahaha. manfaatkan cuti sepenuhnya ye... :)

Saturday, November 2, 2013

Photo booth corner

Cerita kali ni sangat menarik. Ceritanya tentang photo booth corner milik kawan CM. Kalau sebelum ni CM tak tahu pun apa itu photo booth. Bila kawan cerita, CM cakap ye jelah walau x tahu pun mcm mana photo booth tuh. Hahaha. Bila dia tunjuk gambar baru faham apa itu photo booth. Hehehe.  Ceritanya macam ni, kawan CM tu lama dah cakap nak buat photo booth untuk hari dinner nanti. Jadi CM tolong la apa yang patut.  Kebetulan sebelum dinner sekolah CM buat Hari Kanak2.  Kawan CM pun cadang la nak buat masa hari kanak2 tu dulu sebelum buat masa dinner nanti. Kawan CM pun mintak la tolong CM buat iklan dengan design bunting photo booth tu. CM pun buatla apa yang semampu boleh. Tak sangka juga CM ada bakat design2 ni. Hahaha. Padahal x pernah belajar pun sebelum ni. Perasan jer lebih pandai buat. Bila orang suruh buat menjadi lak. Hahaha. Lagi pun CM minat buat benda tu. Selalu Google kat IT belajar photoshop sikit2. 

Lepas tu kan, tibalah hari kanak2 tu. CM lak rasa excited nak buat. Tapikan kawan CM tu sakit lak masa hari kejadian tu, terpaksa datang lewat. Hanya adik dia jer datang awal. CM pun tolong la adik kawan CM tu pasangkan backdrop. Nak hias tak reti. Yang hias2 CM serah kepada adik dan adik angkat kawan CM tu. CM diminta tolong untuk  jadi juru gambar hari tu. Dah memang minat CM memang seronok lakan. Ada la beberapa orang lagi yang tolong hari tu termasuk adik dan adik angkat kawan CM serta sorang lagi kawan. Mula2 tu macam tak de orang jer nak datang ambil gambar. Lagi pun program hari kanak2 buat kat dewan tertutup kat atas. Kitaorang lak buat kat dewan terbuka kat bawah. Kalau sebelum tu nak buat kat kelas tapi dah kat dewan terbuka xde apa2 program jadi kami buat la kat situ.

Lepas tu kan, bila tiba pukul 9.30 pagi budak rehat. Terkejut kami bila murid2 datang serbu nak bergambar. Sampai tak sempat CM nak duduk sehinggalah pukul 12.30 tengah hari. Tak berhenti ambil gambar. Sampaikan tukang print gambar tak sempat nak print dan beri gambar kat budak2. Sehingga terpaksa suruh budak balik dulu takut tertinggal bas sekolah. Kami suruh diorang datang ambil minggu depan. Seronok betul rasa. Walaupun penat tapi sangat2 seronok dan berbaloi. untuk job pertama ni, CM ucap tahniah untuk kawan CM tu kerana idea yang tak pernah CM fikir boleh jadi bisnes yang berjaya. untuk job pertama memang sangat hebat dan melepasi target yang di sasar. Terbaiklah. Sehingga habis stock kertas gambar tu. Huhuhu.  Macam tak percaya jer. Semoga bisnes kawan CM ni akan berkembang maju lagi dan boleh la CM tumpang kerja sikit2 kan. Hahaha. Kalau sape2 nak tempah photo booth kawan CM tu boleh la hubungi kawan CM tu. Cara nak hubungi tengok la kat bunting kat bawah tuh ada no tel dan boleh like facebook ; ranggi creation  :) Alhamdulillah dapat gak upah tolong kawan CM tu.. yessss hahaha...