Monday, September 23, 2013

Family Day SKKJ 2 2013 - Jom Rileks

Best of the best Family Day 2013. Itu yang mampu diungkapkan oleh CM. HEHEHE. Mungkin ni yang pertama kali CM join kot aktiviti begini. Nak cerita lebih kurang jer pengalaman CM pergi joint Family Day 2013 anjuran BKGK. Pada 21 september 2013 merupakan hari sekolah ganti sempena raya. Tapi pada tarikh tu telah dibooking tarikh oleh penyelaras program Family Day iaitu Pn. Azurah dan Pn. Afni. Dua orang ni memang terbaiklah sebab programnya berjalan...

Wednesday, September 18, 2013

Cinta hati ku

Jiwang la pulak CM ni hahaha... seronok jugak tulis macam ni... Ibarat pungguk rindukan purnama Begitulah hatiku Padamu yang ku sayang selalu Tiada lain hanya satu Namamu bermain di kalbu Sayangku Cintaku untukmu Usah kau ragui kesetiaanku Usah kau resah sayangku Hati ini milikimu Tersemat dijiwa terkunci dikalbu Engkau Cinta hatiku Pengubat rinduku Penawar dukaku Penghibur sunyiku Dikala malam datang bertamu Semangatmu Tersemat dihatiku Menjadi...

Monday, September 16, 2013

Hati dan perasaan

Bercakap tentang hati dan perasaan ni Kadang2 boleh buat seseorang itu angau, kecewa, sedih, berduka, mengelamun, gembira, bahagia dan lain2 yang seangkatan dengan perasaan. Tapi apabila bermain dengan perasaan ni ia mudah membuatkan seseorang tu mabuk seketika jika perasaan tu indah. Jika perasaan itu dimainkan Kadang2 membuatkan seseorang itu akan melakukan perbuatan di luar jangkaan. Sebagai contoh, jika seorang wanita memainkan perasaan seseorang...

Al kisah pengasuh Adieb

Kisah tentang pengasuh ni rupanya banyak jenis. Ada yang baik ada yang kurang baik dan ada yang tak baik. Bukanlah nak cerita pasal pengasuh ni semua tidak baik tapi CM nak cerita pasal ragam pengasuh Adieb yang mengada-ngada sangat. Pada akhir tahun 2012 kami ingin la cari pengasuh untuk jaga adieb di kawasan apartment sini. Kebetulan ada la ternampak satu poster yang iklankan untuk jadi pengasuh. Jadi kami pun terus ambil no tel. Kami belum telefon...

Saturday, September 14, 2013

Anniversary ketiga

Alhamdulillah,  tahun ni merupakan tahun ketiga perkahwinan kami.  Setiap 13 September merupakan hari yang wajib disambut oleh kami sebagai tanda mengingati perkahwinan kami pada tahun 2010. Seperti biasa kami akan menyambutnya secara sederhana tapi dalam suasana romantik, Cewahhhh. Walau CM tak reti nak romantik tapi apabila ada orang cakap romantik terima jelah hahaha. Pada tahun ni kami menyambut anniversary di Muara Ikan Bakar Tanjung...

Friday, September 13, 2013

Kisah dulu-dulu

Jam 2 pagi rasa tak mengantuk la pulak. Tiba2 CM teringat kisah dulu2 zaman kanak2 ribena. CM ni agak nakal jugaklah masa kecil dulu. Kalau teringat mesti senyum sorang dan rasa menyesal pun ada jugaklah. Pernah dulu kat padang bola, CM baling kawan dengan kayu sampai berdarah kepala,  apa lagi lepas tu cabut la. Hahaha. Sampai seminggu tak lalu rumah kawan tu. Kisahnya kawan tu sapu tahi lembu kat kain CM. Dulu pakai kain sarung jer jalan...

Thursday, September 12, 2013

Makan ikan haruan bakar

Pada hari isnin yang lepas, CM menerima panggilan dari Cikgu Asrul kawan sekolah dulu dan iPG pada jam 9 mlm. Dia ajak gi makan ikan haruan bakar. Sebelum ni geng sekolah dulu ada la dok ajak gi mancing, tapi disebabkan kesibukan masa tak dapat la nak join. Tapi malam tu kebetulan baru lepas main gym dan masih dalam kereta terus jer pergi rumah asrul, tumpang kereta dia pergi ke Restoren Ikan Bakar di jalan nak pergi ke Pulau Carey. ( saja tumpang...

Konsert Dikir gegar panggung

Baru-baru ni berlangsungnya Konsert Dikir Gegar Panggung di Laman Santai Istana Budaya. Konsert dikir itu berlangsung dengan meriah sekali dan dihadiri oleh begitu ramai peminat dikir di seluruh Lembah Klang. Walaupun hujan turun dengan renyai, namun penonton yang hadir tetap tidak berganjak dan berselindung di bawah payung peniaga di kawasan tersebut. CM turut melibatkan diri dalam persembahan tersebut setelah sekian lama tidak aktif dalam dikir...

Jantung hatiku

Inilah si jantung hati CM. CM sangat sayang kepada dia. Nama si jantung hati CM ni ialqh Muhammad Qhalief Adieb. Mama dia yang bagi nama tu, cantikkan nama tu secantik dan sehensem tuan dia. Hehehe. Masa ni adieb dah berumur 1 tahun 5 bulan dah. Kalau nak tahu, Adieb ni seorang anak yang sangat aktif. Kalau nak cerita semuanya sebulan tak habis. Dari dalam perut lagi dah aktif, dah keluar kat dunia lagi aktif. Kalau nak ikut stress, hari2 stress...

Penangan gym

Pertama kali dalam hidup CM pergi gym. Bukan nak jadi macam Sazali Samad pun, cuma nak bagi sihat jer sambil dapat mengurangkan berat badan, hehehe. Mula2 main gym memang rasa penat dan Sakit2 badan, maklumlah tak pernah buat kerja berat sebelum ni. Tapi masa zaman sekolah dan universiti dulu pernah gak kerja buat rumah batu time cuti sekolah atau cuti sem, dapatlah tampung perbelanjaa  sikit. Sekarang lama dah x angkat benda berat, tu jadi...

Bersangka baik

Sekarang CM nak ulas tentang bersangka baik. Bersangka baik menyebabkan kita berasa tenang dan jiwa pun berasa lapang. Post ini bkn CM nak tujukan kat sape-sape, cuma sebagai peringatan kita bersama. Kadang-kadangkan kalau kita baik dengan seseorang itu (kawan perempuan) maka timbullah gosip yang mengatakan ada skandal la, bercinta la. Semua tu tak masuk akal sebenarnya. Kenapa CM cakap begitu, hal ini kerana ia boleh membawa kepada fitnah dan dapat...

Sahabat Yang Baik

Sahabat yang baik selalu memberi semangat dan dorongan kepada kita. Kita perlukan seorang sahabat yang baik yang boleh dijadikan sumber inspirasi dan semangat untuk kita mencapai matlamat yang ingin di capai. Tak mustahil sesuatu impian dapat dicapai dengan kata-kata semangat dari seorang sahabat yang baik. Tak mustahil jugak semangat seseorang itu akan jatuh atau down apabila sahabatnya mula menjauhkan diri daripadanya. Apabila kita sayang terhadap...