Sunday, December 15, 2013

Yakinlah Rezeki itu Jaminan Allah

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni

"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..

Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"

Related Posts:

  • Tip 10 K Dalam Persahabatan Setiap orang dianugerahi Allah dengan kelebihan, kebaikan dan keindahan masing-masing. Begitu juga dengan kekurangan, keburukan dan kelemahan masing-masing. Begitulah sunnatullah. Begitu indah sekali aturan-Nya. Betapa adiln… Read More
  • Percutian bajet di Port DicksonSempena cuti deepavali dan cuti awal Muharam, CM mengambil kesempatan untuk pergi bercuti di Port Dickson.  Percutian ni di panggil Percutian bajet kerana CM pergi hanya sehari sahaja dan menginap di hotel bajet. Nak kat… Read More
  • Night Cowboys Dinner Akhirnya selesai sudah majlis makan malam atau Night Cowboys Dinner SKKJ2 2013. Satu perasaan yang tak dapat digambarkan kerana pada tahun  ni penganjuran untuk jamuan akhir tahun lain dari yang lain. Walaupun CM bukan … Read More
  • Cuti 4 HariMalam ni CM nak tulis pasal cuti. Ni dah pukul 3 pagi lebih dah. CM baru balik dari wat show kat restoran Agora Shah Alam. Depan pintu gerbang utama nak masuk stadium tu. Show tu sempena Piala Malaysia Kel vs Phg. Buat show j… Read More
  • Macam best jer...Hahaha CM nak gelak dulu... bukan pasal apa, tapi pasal tajuk tuh. Tajuk tu macam ada kena mengena jer dengan video yang popular sekarang ni iaitu macam comel jer... comel ker? Hehehe. Bukan itu yang CM nak citer tapi pasal b… Read More

0 Komen: