Friday, January 31, 2014

Ikhlas atau tidak?

Kali ini CM nak bercakap tentang keikhlasan.  Ikhlas atau tidak sebenarnya bergantung pada niat seseorang. Sebagai contohnya kita menolong seseorang itu adakah ikhlas atau tidak bergantung pada niat kita. Sebagai contoh si A kita ikhlas sangat tolong manakala si B kita tolong jugak tetapi tidak ikhlas. Macam mana benda ni boleh terjadi? Apakah sebabnya perkara ni boleh berlaku. Yang CM perhatikan selama ini  ialah kita akan ikhlas tolong seseorang itu bila kita suka akan seseorang itu. Suka itu bukan bermaksud jatuh cinta atau apa cuma suka dari segi perwatakan tutur kata dan cara dialah. Jadi bila dia mintak tolong kita akan ikhlas menolongnya. Tetapi bila orang yang kita tak suka kita akan tolong jugak cuma tak berapa ikhlas. Tu la maksud CM.
CM pernah mintak tolong seseorangkan, orang tu tolong jer cuma CM dapat rasakan pertolongannya itu tidak ikhlas dan hanya untuk ambik hati kita saja. Sebabnya kita boleh lihat cara dia tolong kita tu. Tetapi CM tak ambik hati pun tapi Kadang2 terasa la jugakkan. Kalau orang lain mintak tolong beria jer buat tapi bila kita mtk tolong macam acuh tak acuh jer buat. Sebab tu la apa2 perkara CM suka lakukan sendiri, tak suka menyusahkan orang. Sebab bukan semua orang ikhlas menolong kita. Tetapi bila orang mintak tolong CM akan sentiasa membantu tak kira siapa pun dia. Tapi ada jugak yang CM tolong dengan tak ikhlas hahaha. Yang tu CM akui dan akan cuba perbaiki sikap tu yang tak sepatutnya ada dalam diri CM. Untuk sahabat baik CM semua yang CM lakukan selama ini memang CM ikhlas jangan risau. Takde niat apa2 pun. Cuma kawan yang kurang baik jer yang tak brp ikhlas tolong nih. Hehehe.. tetap buat cuma tak brp ikhlas jer hahaha...ok itu jelah tentang ikhlas atau tidak. Jangan tolong orang kalau kita tidak ikhlas dan jangan tolong seseorang jika hanya untuk mengambil hatinya sahaja. :) ikhlaskanlah diri kita utk lakukan sesuatu perkara yer..

0 Komen: