Wednesday, March 26, 2014

Cendol Bakar Taman Melati MRR2

Cuti sekolah orang lain balik kampung tapi CM x blik kg pun. Sebabnya mak dh dtg sini sempena cukur jambul cucu dia iaitu anak kepada adik CM di selayang baru. Sebab tu CM x balik. Nak dijadikan cerita CM buat la main teka teki kt group what's up tentang kueh LUT CHUK nih. Ada la sorang cikgu tu jawab betul dan janjinya nak bagi rasa makan kueh nih. Apa lagi, CM survey la kt mana nal dpt benda nih. Aduiii. Nasib baik jumpa kat gombak. CM pun what's up la orang yang jual benda nih. Dia pun balas blh COD lepas pkl 7 sebab tengah kerja tapi kalau nk ambik blh dtg kat kedai dia cendol bakar kt MRR2.  Tambah2 cuaca yang panas nih CM setuju nak gi ambik sambil.makan cendol bakar. Kalau sebelum ni yang cm tahu cendol bakar kat Kuala Selangor tapi sekarang dah ada cawangan kat Taman Melati Gombak. Peniaga tu orang Kelantan. Rasanya blh la dan sama jer tempat lain. Tapi keistimewaan kat sini ada drive thru dan macam2 menu lain lagi. Lebih santai la kiranya. Dengan cuaca yang panas agak best jugak makan benda nih. CM order cendol pulut durian harganya RM4.50 dan yang lain2 sebab CM dtg dgn keluarga CM order cendol bakar jer RM3.00. Hehehe jimat sikit :). Lepas tu CM order mee bandung yang lain x order pun. Rupanya tuan yang jual lut chuk tu tokei kedai cendol bakar. Sembang2 dengan tokei kedai dapat diskaun makan cendol bakar hahaha. Harga lut chup tu agak mahal la tapi dah janji nak bagi terpaksa la beli huhu..  :) harga satu kotak RM25 tapi xper sebab nak rasakan,  lepas ni kalau nak makan kena beli kt kelantan la murah sikit kat sini mmg la mahal. Huhu
 
Layan diri yer 

cendol pulut tapai dan cendol bakar 

Mee Bandung
 
Lut Chuk
 

Reaksi Anda:

1 Komen:

Hahaha....nnti blh dtg makan cendol lg yea CM....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...