Tuesday, March 4, 2014

Jom hargai orang lain ;)


Ucapkan terima kasih dengan penuh ikhlas pada sesiapa jua yang membantu, menegur dan yang memberikan anda senyuman. Berikan mereka tanda penghargaan dengan ucapan 'thank you' atau 'terima kasih' yang ikhlas, seikhlas yang mungkin sehingga rasa keikhlasan tu meresap jauh ke dalam hati anda, sejauh dan setulus yang mungkin.

Dengan ini, anda dapat membentuk diri anda menjadi seorang yang pemaaf, malah dalam jangka masa panjang dapat menghalang emosi negatif dari menompok tebal di minda anda. Jika terdapat banyak emosi negatif berkumpul di sekeliling kita, ia membentuk ‘tembok’ yang sukar ditembusi dan menyebabkan motivasi tidak berkesan selagi ‘tembok’ ini tidak dipecahkan.

Beri penghargaan pada mereka yang berada berdekatan dengan anda. Di waktu pagi, hargai ibu anda yang menyediakan sarapan untuk anda dengan ucapan terima kasih setulus hati supaya dia rasa cukup dihargai. Hargai jasa ketua anda yang telah mengambil anda sebagai pekerjanya di organisasi miliknya. Hargai kekasih anda yang selalu menyayangi anda dan menjadikan anda penyeri hidupnya.



Akhir sekali, hargai Allah s.w.t kerana telah memberi anda nyawa, kecerdikan dan peluang untuk anda hidup bagi membolehkan anda buat yang terbaik hari ini, lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Jadikan pencapaian hari ini sesuatu yang terbaik buat diri anda! Jika kita melatih diri untuk menghargai orang lain, mereka akan menghargai kita juga.

Related Posts:

  • Cincin beracun mampu membunuh musuh   Pemilik membina lubang pada bahagian atas cincin dipercayai menjadi tempat penyimpan racun. … Read More
  • Bersangka baikSekarang CM nak ulas tentang bersangka baik. Bersangka baik menyebabkan kita berasa tenang dan jiwa pun berasa lapang. Post ini bkn CM nak tujukan kat sape-sape, cuma sebagai peringatan kita bersama. Kadang-kadangkan kalau ki… Read More
  • Jantung hatikuInilah si jantung hati CM. CM sangat sayang kepada dia. Nama si jantung hati CM ni ialqh Muhammad Qhalief Adieb. Mama dia yang bagi nama tu, cantikkan nama tu secantik dan sehensem tuan dia. Hehehe. Masa ni adieb dah berumur … Read More
  • Sahabat Yang BaikSahabat yang baik selalu memberi semangat dan dorongan kepada kita. Kita perlukan seorang sahabat yang baik yang boleh dijadikan sumber inspirasi dan semangat untuk kita mencapai matlamat yang ingin di capai. Tak mustahil ses… Read More
  • Tunggu binjai gugur, bagaikan pesta   Md Shariff (kanan) bersama penduduk menunjukkan buah yang berjaya diperoleh ketika menunggu binjai gugur di Kampung Nibo… Read More

0 Komen: