Tuesday, March 4, 2014

Ikhlas ker dia maafkan kita?

Maaf mudah diucapkan, mudah memaafkan..tapi benar-benar ikhlas kah seseorang memaafkan kita? Sesungguhnya melafazkan itu mudah, tapi untuk IKHLAS itu adalah sukar. Sebab tu orang kata, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. (xkan banyak2 kali kut) hahaha,
Membenci dan melupakan orang yang pernah kita sayang adalah suatu perkara yang amat sukar dilakukan. Lebih-lebih lagi kalau dia kawan kita yang dulu selalu sama-sama dengan kita. Mudah menyatakan yang ,
"Aku benci ko"

"Aku dah lupakan semua pasal ko, jangan ganggu aku!"
Tapi betul ke apa yang kita maksud kan tu? Hakikatnya adalah amat sukar untuk kita melupakan seseorang yang pernah kita sayang. Tak kisah lah pada saat ini diri nya sedang membenci atau sudah melupakan kita. Mulut kata lain, hati kata lain..isk2
Firman Allah bermaksud : "Dan perbuatan bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa.
Surah Al- Baqarah, ayat 237
Mungkin dia itu adalah kekasih, mungkin juga dia adalah kawan, mungkin juga dia adalah saudara mara kita dan sebagainya. Tak kisah lah siapa pun gerangan nya yang pasti nya dia adalah seseorang yang telah membuatkan kita 'merasakan' sesuatu perasaan. Suka, duka..dia lah yang telah menyentuh hidup kita. Dia lah insan yang pernah kita sayang =)

Walaupun kadang-kadang kita cuba hantar sms dengan niat, everything gonna be okay! Everything will back to normal. Tapi ketahuilah, MEMAAFKAN ITU MUDAH, tapi tidak untuk MELUPAKAN. Mungkin kita hanya boleh berdoa suatu hari nanti akan terdetik di hati dia nak sms kita bertanya khabar. Mungkin, mungkin..mungkin suatu hari nanti.

وَلۡيَعۡفُواْ وَلۡيَصۡفَحُوٓاْ‌ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ
"..hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (An-Nuur [24] : 22)
Atau mungkin kita perlu BERHENTI BERHARAP untuk semua tu berlaku. Mungkin...segalanya mungkin. Apa yang mampu kita buat adalah serahkanlah semuanya pada yang telah mengurniakan rasa sayang antara kita.
Mungkin sebab rasa marah dan kecewa kita dah remove dan block dia dari friend list Fb kita. Waktu tu bila tengah sedih, kononya kita nak lupakan dia. Jangan kan gambar dia yang kita dah pulangkan, Fb dia pon kita tak sanggup nak tengok. Block terus tu! Dahsyat!
hahaha, itulah sifat manusia, bila ada kita tak hargai. Bila dah tak da, baru kita tercari-cari. Mula lah rasa menyesal apa yang penah terjadi. Itulah sifat manusia, termasuk lah aku..hehe
Mula lah kita nak cari tengok balik gambar-gambar waktu sama-sama. Mula lah kita nak add balik dia kat Fb. Tapi pernah tak kita terfikir, boleh kah seseorang menerima apa yang penah kita buat kat dia?? Malang nya dia tak accept pon request frend dari kita dah..huu..Bersalah macam mana pun tak mungkin semua akan kembali. Lepas tu kita mula lah pk,
"If I could, i want turn back the time and try again"..huuu
Tapi tu adalah mustahil. Tapi apa yang kita boleh buat adalah, redha, teruskan hidup seperti biasa dan BELAJAR DARI KESILAPAN. Berdoalah semoga suatu hari nanti semuanya akan kembali baik-baik sahaja. Semoga dia akan benar-benar ikhlas memaafkan kita. Atau mungkin dia dah memaafkan cuma susah nak lupakan apa kita dah buat kat dia.
"MANUSIA YANG BENAR-BENAR BERANI ADALAH MEREKA YANG BERANI MENGAKUI KESILAPAN DAN MEMINTA MAAF"
sumber :
 http://harus-redha.blogspot.com/2012/03/ikhlas-ke-memaafkan.html?m=1

Related Posts:

  • Berita baik bagi guru sandaranMELAKA 24 Okt. - Kementerian Pelajaran merancang menyerap masuk guru sandaran tidak terlatih (GSTT) yang berkhidmat melebihi lima tahun ke dalam program Kursus Dalam Cuti (KDC) sebelum layak memegang jawatan tetap. Timbala… Read More
  • Isu pendidikan dalam Temuduga KPLI 2011 Selepas anda dapat memasuki temuduga KPLI nanti ada beberapa isu yang saya fikir perlu anda ambil perhatian. Kemungkinan isu isu ini di tanya dalam temuduga adalah amat besar. Kebarangkalian itu amat tinggi. Isu mengenai … Read More
  • 12 ribu GSTT TIDAK akan diberhentikanBeberapa hari lepas, aku dengar berita yang agak panas. Dengarnya, Kementerian Pelajaran tidak akan memberhentikan sebahagian daripada 12,000 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di seluruh negara yang bakal tamat kontrak t… Read More
  • Jenis dan Kategori Guru yang anda mungkin Tak TahuOk. Di sini, ada kategori bagi setiap guru yang anda mungkin tak tahu. Walaupun secara luarannya, nampak sama sahaja. Tapi ada perbezaan yang ketara antara guru-guru tersebut. Antaranya.. 1. Guru Tetap. Ini antara yang pali… Read More
  • Beri peluang guru sandaran diserap jadi guru tetapSaudara Pengarang,ISU guru siswazah yang tidak mencukupi di sekolah khasnya di kawasan pedalaman memang bukan perkara baru di negara kita terutamanya di negeri seperti Sarawak dan Sabah. Baru-baru ini kita dikejutkan lag… Read More

0 Komen: