Monday, March 3, 2014

Baru dapat idea



Setelah hampir sebulan dok fikir macam mana nak mulakan majalah sekolah ni akhirnya ptg ni baru dpt idea. Ideanya simple jer guna word jer buat. Tak payah nak susah2 fikir nak guna software pelik2. Sebelum ni CM ada google cara bak buat majalah dan yang terbaik nak buat majalah dengan menggunakan adobe indesign. CM pun pergilah beli software tu. Mula2 x reti nak buat tapi lama2 dok belajar dengan you tube akhirnya pandai la sikit2.  Huhu. Tapi Walaupun terbaik ia agak rumit nak masukkan gambar dan susun gambar. Nak kata rumit tu tak la jugak cuma kalau buat dengan software tu dia akan ambik masa sikit. Jadi benda yang paling senang sebagai permulaan nak buat majalah ni CM akan guna word jer taip. Untuk gambar2 lak CM akan guna photoshop. Dah edit dengan photoshop baru CM akan masukkan  ke dalam word. So senang n simple dan cepat buat kerja. Lagi pun bahan2 nanti semuanya dalam bentuk word. Copy paste jelah nanti. Ok untuk permulaan malam ni akan cuba buat reka bentuk cover dan beberapa gambar aktiviti akan di masukkan ke dalam microsoft word. Yeahhh walaupun sibuk CM tetap akan buat sendiri dulu. Kalau CM x bergerak, orang lain pun x akan bergerak. Dah kita yang cari penyakit jadi kena tanggung la bebanannya... semoga dipermudahkan semuanya amin....

Related Posts:

  • Wanita psikoMalam ni nak cerita pasal wanita psiko. Apa tu wanita psiko? Google la sendiri yer hahaha. Sehari dua ni kan CM diganggu oleh seorang perempuan yang CM nak gelar dia wanita psiko.  Kenapa CM panggil dia wanita psiko? Seb… Read More
  • Raya hajiTahun ni agak sedih kerana x dapat balik raya haji kat kg. Kalau kat Kelantan raya haji sangat meriah. Tapi disebabkan cuti yang x berapa mengizinkan terpaksa beraya kat sini. Sedihnya teringat mak dan ayah kat kg. Maaf ye.ma… Read More
  • Soal hatiBila berbicara tentang hati, tiada sesiapun yang tahu isi hati seseorang. Hati berkait rapat dengan perasaan. Tiada siapa pun menduga kerana hati seseorang itu mudah tersentuh dan terusik. Jika seseorang itu mempunyai hati te… Read More
  • KesedihanMasa lalu seperti kesedihan telah pergi dan selesai, ia tidak akan berulang kembali. Masa depan masih ada dialam ghaib dan tidak boleh dihadirkan sekarang dan belum tentu akan datang. Oleh kerana itu, kita tidak perlulah men… Read More
  • Malas Sebut perkataan 'malas' semua orang malas termasuk CM. Macam mana nak buang sikap malas? Itu pertanyaan biasa bagi orang malas. Orang yang malas akan memberi 1001 alasan sebab dia malas. Hahaha.  Tak perlu nak cerita ma… Read More

0 Komen: