Monday, October 15, 2012

Budak lelaki 2 tahun maut dihempap televisyen


Halif Hariz yang maut selepas dihempap televisyen.
Halif Hariz yang maut selepas dihempap televisyen.
KUALA LUMPUR - Seorang budak lelaki berumur dua tahun mati dihempap televisyen di rumahnya di Jalan Saujana 1, Taman Ampang Saujana di Ampang dekat sini hari ini.
  
Kejadian kira-kira 1.50 petang itu berlaku ketika Halif Hariz Khairil Anuar menarik sebuah laci rak televisyen dalam bilik tidur, yang menyebabkan televisyen 29 inci condong ke depan dan menghempap mangsa.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintenden Md Nazri Zawawi berkata semasa kejadian, ibu mangsa, Nor Azlin Mohd Ali, 31, yang berada di bilik itu terdengar bunyi benda jatuh.
  
"Apabila menoleh ke arah anaknya, beliau mendapati anaknya dihempap televisyen," katanya ketika dihubungi hari ini.
  
Beliau berkata Halif Hariz mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Ampang.
  
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. - Bernama

Related Posts:

  • Family Day SKKJ 2 2013 - Jom Rileks Best of the best Family Day 2013. Itu yang mampu diungkapkan oleh CM. HEHEHE. Mungkin ni yang pertama kali CM join kot aktiviti begini. Nak cerita lebih kurang jer pengalaman CM pergi joint Family Day 2013 anjuran BKGK. … Read More
  • Al kisah pengasuh Adieb Kisah tentang pengasuh ni rupanya banyak jenis. Ada yang baik ada yang kurang baik dan ada yang tak baik. Bukanlah nak cerita pasal pengasuh ni semua tidak baik tapi CM nak cerita pasal ragam pengasuh Adieb yang mengada-ngad… Read More
  • Hati dan perasaan Bercakap tentang hati dan perasaan ni Kadang2 boleh buat seseorang itu angau, kecewa, sedih, berduka, mengelamun, gembira, bahagia dan lain2 yang seangkatan dengan perasaan. Tapi apabila bermain dengan perasaan ni ia mudah m… Read More
  • Cinta hati kuJiwang la pulak CM ni hahaha... seronok jugak tulis macam ni... Ibarat pungguk rindukan purnama Begitulah hatiku Padamu yang ku sayang selalu Tiada lain hanya satu Namamu bermain di kalbu Sayangku Cintaku untukmu Usah kau rag… Read More
  • Perhelatan Tamadun Melayu 1 - Tanjung Pinang, IndonesiaPengalaman yang tidak boleh dilupakan, pertama kali CM menjejak kaki di Indonesia mengikuti rombongan kebudayaan membuat persembahan di negara tersebut. CM mewakili negeri Kelantan dibawah akademi arjunasukma membawa kesenian… Read More

0 Komen: