Friday, October 19, 2012

Psy menari tarian kanggaru




PSY menghiburkan para peminatnya dengan tarian baharunya di Sydney semalam.


SYDNEY - Penyanyi rap Korea Selatan, Psy menghiburkan para peminatnya pada pagi semalam, lapor akhbar The Herald Sun.
Beribu-ribu peminat membanjiri Martin Place di sini untuk menyaksikan persembahannya selepas dia popular dengan tarian kuda menerusi muzik video Gangnam Style di laman YouTube.
Kebanyakan peminat mula berada seawal pukul 1 pagi pada waktu tempatan.
Psy membuat persembahan itu ketika dia menghadiri program Sunrise terbitan stesen televisyen Channel 7.
Bagaimanapun, Psy tidak membuat tarian kuda.
Sebaliknya, dia membuat tarian beruang panda dan kanggaru.
"Ini (tarian itu) merupakan tarian yang baharu (buat peminat-peminat di luar negaranya) tetapi di Korea Selatan, ia merupakan rentak tarian Psy yang lain.
"Saya membuat tarian itu pada setiap masa," kata Psy.
Menurutnya, dia menghabiskan banyak masa dengan pereka tarinya untuk menghasilkan tarian tersebut.
Muzik video Gangnam Style telah ditonton lebih 480 juta kali di YouTube sejak ia dimuat naik pada 15 Julai lalu.
Sebelum ini dia pernah membuat konsert percuma di Seoul, Korea Selatan bagi menghargai sokongan para peminatnya. - Agensi

Related Posts:

  • Zhu Songhua Guru Paling Cantik Di ChinaHer name is Zhu Songhua, she's a 30 year-old,language elementary school teacher for the No. 1 Primary School Attached to Jiangsu Nantong (yes that's the name of the school). Over the last several days, Zhu has become an o… Read More
  • Kentut Pernahkah anda berdepan dengan situasi dimana anda sedang duduk membaca di perpustakaan, tiba-tiba nada terbau bau yang kurang enak? Ataupun dalam keadaan yang sunyi dan tenang tiba-tiba anda dikejutkan dengan bunyi … Read More
  • Mayat Makhluk Asing Ditemui Di Salji SiberiaTidak lama dahulu, lebih kurang sebulan yang lepas, kecoh satu dunia dengan keluarnya satu video youtube yang menunjukkan mayat seekor (ke seorang haha kompius aku) makhluk asing terdampar di sebalik putih salji. Video itu… Read More
  • 5 Orang Yang Dituduh Membuat Perjanjian Dengan Syaitan Ada khabar angin tentang kemungkinan terjadinya bahwa seseorang itu telah membuat perjanjian dengan syaitan.Seperti ahli muzik, penulis atau beberapa orang lainnya yang sering didakwa membuat perjanjian dengan syaitan a… Read More
  • Tikar Sembahyang Yang Boleh Bercahaya Sajadah yang boleh menyala ini adalah salah satu contoh teknologi yang dikembangkan untuk membantu kita dalam menjalankan ibadah dengan baik.mungkin diantara kita pernah mengalami ketika menginap di hotel,namun keliru… Read More

0 Komen: