Sunday, October 21, 2012

Rumah guru disimbah cat


Siti Noor
Siti Noor menunjukkan keretanya yang disimbah dengan cat merah malam tadi.
KOTA BHARU - Sebuah keluarga hidup dalam ketakutan apabila rumah mereka di Taman Sabariah, di sini dibaling dengan cat merah dalam kejadian, jam 11 malam tadi.

Mangsa, Siti Noor Sidin Ahmad, 40, merupakan seorang guru berkata, pada malam tersebut dia sedang melakukan kerja rumah dan dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat.

“Apabila membuka tingkat rumah saya lihat lantai, serta tiang rumah dan kereta dipenuhi dengan cat berwarna merah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurutnya, anak lelaki sulungnya, Amirul Azim Zulkifli, 13, sempat melihat sebuah kereta Perodua Kancil berhenti di hadapan pintu pagar rumahnya.

Beliau yang ketika itu tinggal bersama lima anaknya yang berumur di antara 13 hingga tiga tahun itu terus menghubungi suaminya, yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim Perak, Zulkifli Yaacob untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Siti Noor berkata, sebaik sahaja selesai menghubungi suami, dalam jam 11.30 malam beliau terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Chepa.

“Ini merupakan kali pertama rumah saya di simbah dengan cat merah semenjak sembilan tahun menetap di kawasan perumahan ini.

“Sebelum kejadian, saya ada dimaklumkan oleh jiran-jiran bahawa mereka ternampak sebuah kereta Perodua Kancil dilihat melalui kawasan rumah ini beberapa kali,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azaham Othman mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan akan menjalankan siasatan lanjut.

Related Posts:

  • Balik kampungEsok balik kampung setelah seminggu lebih bermulanya cuti sekolah masih tinggal kat klang selepas balik dari Sabah. Kalau dulu seronok jer nak balik kampung tapi sekarang keseronokan tu dah berkurang dah. Tak tahu apa puncany… Read More
  • Rahsia kasih sayang lelakiUntuk meneroka hati dan fikiran lelaki bukannya satu perkara yang mudah terutama bagi mereka yang bijak menyembunyikan perasaan dan bijak bersandiwara.  Walaupun begitu kita boleh cuba memahami mereka dari tanda-tanda… Read More
  • Apa Itu Kasih, Sayang, Dan Cinta Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi … Read More
  • Memerah idea bina cover album Hasil daripada seharian mengadap komputer akhirnya siap rekaan cover untuk album dikir cinta negara. Album ini adalah terbitan PENCINTA atau persatuan cinta negara naungan Datin Rosmah Mansor. Alhamdulillah setakat ni 80% da… Read More
  • Takuttt!!!Perkara yang Cm takuti sekarang ni ialah berat badan naik balikkkk. Argghh tidakkk! Tak sanggup dah nak besar balik. Tapi kenapa selera makan sukar nak dikawal sekarang ni. Kenapa semangat semakin berkurang sekarang ni... ken… Read More

0 Komen: