Tuesday, October 9, 2012

PERISTIWA PERAJURIT NEGARA TERKORBAN DI GUBIR KEDAH

Tarikh Peristiwa: 26.4.1976

Pada hari ini dalam tahun 1976, Operasi ‘KOTA’ mencatat sejarah hitam apabila sebuah helikopter Nuri Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang membawa 11 Pegawai dan anggota pasukan keselamatan jatuh ditembak akibat angkara pengganas komunis pada lebih kurang pukul 10.00 hingga 10.30 pagi di Hutan Simpan Ulu Muda, Gubir, Kedah. Helikopter tersebut dalam perjalanan ke pos-pos tentera di perbatasan Malaysia-Thailand terbakar dan mengorbankan kesemua pegawai dan anggota termasuk juruterbang.

Perajurit yang terkorban ialah
Major Haris Rejab,
Kapt (Udara) Mustaffa Kamal Md Shaffie,
Kapt (Udara) Choo Yeok Boo,
Kapt Sulaiman bin Abdullah,
Leftenan Ibrahim bin Zakaria,
Leftenan (Udara) Wan Munsiff Wan Salim,
Leftenan (Udara) Chung Ming Teck,
Sarjan (Udara) Leong Yee Heong,
Sarjan Khamis bin Dolmat,
Koporal Kamarulzaman Zakaria (Gerakhas)
dan L/Kpl Suandi bin Saim. (Gerakhas)

Kesemua perwira yang terkorban telah selamat dikebumikan dengan penuh kehormatan ketenteraan di kampung masing-masing. Kesan daripada operasi tersebut, pasukan keselamatan telah berjaya menyekat kemasukan secara besar-besaran unit pengempur pengganas komunis ke Semenanjung Malaysia.
Selain dari itu pasukan keselamatan juga telah berjaya memusnahkan beberapa kem besar dan tempat simpanan makanan pengganas komunis di perbatasan. Dalam operasi tersebut, seramai 22 orang pengganas komunis telah dibunuh, lima ditawan dan seramai 17 orang menyerah diri.

Sesungguhnya pengorbanan perajurit-perajurit yang gugur mempertahankan negara bukan sahaja dirasai oleh ibu-bapa dan keluarga tetapi ia juga dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Keberanian dan pengorbanan merekalah yang membolehkan kita semua hidup aman damai dan harmoni seperti hari ini.

Source : http://xnuripilot.blogspot.com/2010/04/tragedi-26-april-1976satu-kepuasan_27.html

Klik video di sini : http://www.youtube.com/watch?v=9gGNepqg-_Y&feature=player_embedded

2 anggota komando Kamaruzaman dan Swandi yang terlibat dlm terajedi ini.. wajah mereka yang dibawah sekali.... ditengah Kamaruzaman dan kanan Swandi.. Alfatihah

Related Posts:

  • 70 Perkataan Orang Bijak Yang Terkenal 1.Marah itu mudah. Tapi marah kepada siapa, dengan ukuran kemarahan yang sesuai, pada saat dan tujuan yang tepat, serta dengan cara yang benar itulah yang susah. (Aristoteles)2.Kesakitan membuat Anda berpikir. Pikira… Read More
  • 7 Rumah Mewah Artis Terkenal Di Dunia Oprah Winfrey (US$ 55 juta) Madonna (US$ 18,2 juta) George Clooney (US$ 30 juta) Brad Pitt (US$ 4,5 juta)Jennifer Lopez (US$ 7,9 juta) John Travolta (US$ 2,5 juta)Arnold Schwarzenegger (US$ 11,9 juta)… Read More
  • 10 Kereta Termahal Di Dunia 1. Bugatti Veyron – $1,700,000 2. Lamborghini Reventon – $1,600,000 3. McLaren F1 – $970,000 4. Ferrari Enzo – $670,000 5. Pagani Zonda C12 F – $667,321 6. SSC Ultimate Aero – $654,400 7. Saleen S7 Twin Turbo – $555,000… Read More
  • 60,000 guru ijazah 201540,000 dijangka ikuti program pensiswazahan mulai Mac tahun depan KEMENTERIAN Pelajaran mempergiat usaha meningkatkan tahap kelulusan akademik pendidik pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) menerusi memperuntukkan RM1.4 … Read More
  • Miniatur Wunderland - Model Lapangan Terbang Terbesar Di Dunia... (",)Model lapangan terbang paling besar telah dibuka di Miniatur Wunderland Hamburg, German. Miniatur Wunderland adalah gabungan model kereta api dan lapangan terbang terbesar yang dibina dalam masa 6 tahun dengan pelaburan… Read More

0 Komen: