Sunday, October 7, 2012

Mayat Doktor Disimen Dalam Tong

Mexico – Seorang doktor dijumpai disimen dalam sebuah tong. Kisah bermula apabila doktor tersebut merawat seorang ketua kartel dadah Mexico yang cedera parah. Ketua kartel tersebut berjaya dirawat namun dalam usaha menyembunyikan identiti mereka, doktor ini pula yang dibunuh.
gambar mayat simen

Kartel merupakan satu kumpulan antarabangsa, pengeluar atau pengusaha dadah yang terlibat menguasai pasaran selain mengawal harga dadah. Isu jenayah bukan saja berlaku di kalangan mereka, tetapi juga melibatkan orang awam. Menurut sumber, mana-mana individu yang dilihat menjadi ancaman kepada kartel ini akan menghadapi ancaman bunuh dan biasanya mereka akan dibunuh.
Kartel Mexico ini amat ganas dan tidak mengenal mangsa wanita atau kanak-kanak. Mereka membunuh tanpa belas kasihan malah terdapat juga pertempuran di antara kumpulan-kumpulan kartel yang bersaing di dalam pasaran.

Reaksi Anda:

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...