Sunday, October 14, 2012

Misteri bola mata gergasi


Misteri bola mata gergasi
Kemunculan bola mata gergasi berwarna biru di pantai Florida Selatan ini mencetuskan tanda tanya banyak pihak. Foto:AP
MIAMI - Kemunculan bola mata gergasi berwarna biru di pantai Florida Selatan telah mencetuskan tanda tanya banyak pihak selepas gambarnya dimuat naik ke dalam internet.

Pembantu profesor untuk program sains marin di Universiti Antarabangsa Florida, Heather Bracken-Grissom berkata, hasil pemerhatian awal mereka mendapati objek misteri itu mungkin spesies sotong yang hidup di laut dalam atau ia adalah spesies ikan todak yang besar.

Difahamkan, bola mata gergasi itu ditemui oleh seorang penduduk tempatan semasa dia bersiar-siar di sepanjang pantai Pompano utara Fort Lauderdale pada Rabu lalu.

Menurut Heather, perubahan suhu dunia turut memberi kesan kepada laut dan keadaan tersebut mungkin telah menyebabkan kemunculan beberapa spesies hidupan laut dalam yang tidak pernah dilihat sebelum ini di pesisir pantai.

"Kanta bebola mata objek misteri itu menyerupai bentuk mata sotong di laut dalam.Ia boleh membesar seperti saiz sebuah bola sepak.

Misteri bola mata gergasi tersebut akan terjawab selepas kami selesai menjalankan kajian ke atasnya di Institut Penyelidikan Hidupan Liar dan Akuatik Florida di St Petersburg," jelasnya.-AP

Related Posts:

  • Guru sandaran (GSTT) menang tuntutan samanSHAH ALAM: Seorang wanita yang hilang kerja guru sandaran tidak terlatih berikutan kehamilan berjaya dalam tuntutannya apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengisytiharkan bahawa dia layak dan berhak dilantik untuk jaw… Read More
  • TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad)… Read More
  • Surat Khabar Unik Yang Boleh Dimakan Setelah Membacanya Metro.co.uk,berusaha bekerja sama dalam menghasilkan paper yang boleh dimakan.Jadi begitu selesai dibaca,paper tak perlu dibuang,tetapi boleh langsung dimakan saja.Heston Blumenthal,ilmuwan kuliner,mempunyai peranan b… Read More
  • Butik Sutera Ganu "Tahukah Anda Hanya Kain Sutera Creap Dapat Menyelesaikan Masalah Wanita Bekerja Untuk Memudah Iron Kerana Kain Jenis Creap Kurang Berkedut dan Sedap Dipakai" Dapatkan Segera!!!! "Tudung Disukai Ramai dan Terkini Jenama … Read More
  • Mengapa Yahudi menggali di bawah Masjid Al-Aqsa? Ambillah masa membaca tentang kejadian masa lalu dan yang akan datang dan anda benar-benar tahu apa yang berlaku di Palestin pada hari ini.Ini serius! Apa yang Zionis lakukan dan yang lebih penting anda tahu mengapa dan ken… Read More

0 Komen: