Friday, October 19, 2012

Buah labu terbesar dunia milik Wallace



WALLACE (kiri) bercakap kepada Kelly dan Michael (kanan) tentang buah labu gergasi miliknya pada program Live with Kelly and Michael di New York kelmarin.


NEW YORK - Seorang penanam labu, Ron Wallace dari Greene, Pulau Rhode, Amerika Syarikat diundang menghadiri program bual bicara Live with Kelly and Michael di sini kelmarin.
Dia diundang bagi menceritakan tentang buah labunya yang seberat 849 kilogram (kg).
Buah labu itu direkodkan sebagai yang terbesar di dunia.
Ia mengatasi rekod Guinness World Records hampir 90.71kg.
Wallace memenangi pertandingan buah labu terbesar pada pertandingan hasil pertanian di Topsfield, Massachusetts baru-baru ini.
Dia menenangi hadiah wang tunai sebanyak AS$5,500 (RM16,694) ekoran kemenangannya.
Wallace juga memperoleh wang tunai sebanyak AS$10,000 (RM30,353) kerana berjaya memecahkan rekod dunia. - Agens

Related Posts:

  • Rahsia ‘emas’ China PERIT... antara wajah atlet kecil China menahan kesakitan. KESAKITAN jelas terpancar pada wajahnya, seorang kanak-kanak yang menjalani latihan untuk meraih kegemilangan Olimpik, ketika jurulatih gimnastik… Read More
  • Kembar siam bintangi rancangan realiti TVAbigail (kiri) dan Brittany memiliki ikatan luar biasa sehingga mereka ditawarkan membintangi rancangan realiti TV.WASHINGTON - Doktor mengesahkan pasangan kembar siam perempuan yang dilahirkan 22 tahun lalu di Minnesota, Ame… Read More
  • CCTV rakam hantu budakRAKAMAN kamera menunjukkan satu bentuk ganjil melompat di atas kereta.LONDON : Sepasang suami isteri di Clifton yang memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk menangkap penceroboh terkejut apabila ia merakam apa yang mereka… Read More
  • Dibelasah kerana curi besi5 Ogos 2012 … Read More
  • Kek ular untuk hari jadi anakCLAUDIA meniup lilin pada kek ularnya. Gambar kecil (atas), kek ular yang yang sudah dipotong.… Read More

0 Komen: