Sunday, October 21, 2012

Kelantan cipta sejarah, Annuar sujud syukur di Makkah


Kelantan cipta sejarah, Annuar sujud syukur di Makkah
Muka Depan Sinar Harian
SHAH ALAM - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa yang kini berada di Makkah untuk menunaikan ibadah haji melahirkan kesyukuran tidak terhingga atas kejayaan pasukan The Red Warriors yang mencipta sejarah - kejuaraan 'treble' dengan menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 malam tadi.

"Alhamdulillah... Ku sujud syukur di Masjidil Haram malam ini atas doa yang dimakbul ALLAH SWT! Alllahhuakbar!! Tahniah Bojan dan seluruh TRW (The Red Warriors).

"Terima kasih pada penyokong dan set (kawan-kawan) kita yang setia bersama.. Tiga piala disembah pada (Sultan Kelantan) Duli Yang Maha Mulia Alsultan Muhamad V dan seluruh rakyat Kelantan serta penyokong setia TRW. Saya ucapkan terima kasih pada semua!! Dari Makkarratul Mukkarramah," tulis beliau menerusi laman sosial Facebook.

Minggu lalu beliau mengumumkan hadiah sebidang tanah jika Kelantan menang Piala Malaysia 2012. Kemenangan itu menjadi kenyataan malam tadi.
Kemenangan semalam dilihat penganalisis dan pemerhati sebagai amat bermakna buat Annuar yang kini digantung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selama dua tahun enam bulan.

Ekoran penggantungan itu, beliau dilarang sama sekali terbabit dalam aktiviti sukan bola sepak di negara ini sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat negeri.

Skuad Kijang menjadi perhatian dan menonjolkan prestasi pada tahap tertinggi setelah Kafa diterajui oleh Annuar pada 2007.

Mutu permainan gergasi Pantai Timur itu menyerlah apabila mencapai satu demi satu kejayaan termasuk buat pertama kalinya menjuarai Piala Malaysia pada 2010.
Tahun ini, The Red Warrriors melengkapkan misi treble setelah merangkul Piala Malaysia 2012 yang diadakan di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Pasukan kendalian Bojan Hodak itu sebelum ini meraih kemenangan dalam Liga Super dan Piala FA.

Related Posts:

  • Al kisah pengasuh Adieb Kisah tentang pengasuh ni rupanya banyak jenis. Ada yang baik ada yang kurang baik dan ada yang tak baik. Bukanlah nak cerita pasal pengasuh ni semua tidak baik tapi CM nak cerita pasal ragam pengasuh Adieb yang mengada-ngad… Read More
  • Hati dan perasaan Bercakap tentang hati dan perasaan ni Kadang2 boleh buat seseorang itu angau, kecewa, sedih, berduka, mengelamun, gembira, bahagia dan lain2 yang seangkatan dengan perasaan. Tapi apabila bermain dengan perasaan ni ia mudah m… Read More
  • Anniversary ketigaAlhamdulillah,  tahun ni merupakan tahun ketiga perkahwinan kami.  Setiap 13 September merupakan hari yang wajib disambut oleh kami sebagai tanda mengingati perkahwinan kami pada tahun 2010. Seperti biasa kami akan … Read More
  • Cinta hati kuJiwang la pulak CM ni hahaha... seronok jugak tulis macam ni... Ibarat pungguk rindukan purnama Begitulah hatiku Padamu yang ku sayang selalu Tiada lain hanya satu Namamu bermain di kalbu Sayangku Cintaku untukmu Usah kau rag… Read More
  • Family Day SKKJ 2 2013 - Jom Rileks Best of the best Family Day 2013. Itu yang mampu diungkapkan oleh CM. HEHEHE. Mungkin ni yang pertama kali CM join kot aktiviti begini. Nak cerita lebih kurang jer pengalaman CM pergi joint Family Day 2013 anjuran BKGK. … Read More

0 Komen: