Sunday, October 14, 2012

Kapal besar jadi gua


Gua Charas
Gua Charas
Gua Charas
Gua yang menyimpan 1001 misteri ini merupakan khazanah yang harus dipelihara
MENGIKUT cerita turun temurun penduduk di  Kampung Panching di Kuantan, kawasan daratannya dahulu sebenarnya adalah sebuah lautan yang luas terbentang.

Berdasarkan pengisahan dan cerita mitosnya, terdapat seorang pendeta yang berlayar bersama sebuah kapal yang besar bersama anak-anak kapal.

Pendeta tersebut merupakan seorang alim dan sentiasa menasihati anak-anak kapalnya supaya berkelakuan baik dan saling tolong-menolong bagi memudahkan pelayaran mereka mencari dataran untuk dijadikan petempatan.

Namun, tidak disangka salah seorang anak kapalnya telah membuat satu kesalahan besar dan menyebabkan pendeta tersebut terlalu marah dengan kelakuan yang dilakukan.

Bagi menebus kesalahan yang dilakukan anak kapal tersebut, pendeta telah berdoa agar diturunkan malapetaka sebagai balasan kesalahan yang dilakukan oleh anak kapal tersebut.

Sejurus selepas berdoa, tiba-tiba langit menjadi mendung lalu hujan lebat diikuti ribut petir sabung menyabung berlaku di kawasan tersebut. Maka anak-anak kapal berlari bertempiaran tanpa arah tuju, namun tiada siapa yang boleh menyelamatkan diri masing-masing.

Sejurus selepas hujan dan rebut petir tersebut, kapal yang dinaiki oleh mereka ini tiba-tiba bertukar menjadi batu dan seterusnya membentuk daratan di sekelilingnya.

Kapal yang bertukar menjadi batu tersebut kini masih lagi tersergam indah di kampung ini yang digelar dinamakan sebagai Gua Charas yang merupakan salah satu kawasan pelancongan di daerah ini.

Penduduk setempat tidak menolak kemungkinan bahawa gua tersebut terjadi daripada sebuah kapal kerana bentuknya yang seolah-olah sebuah kapal besar yang berlabuh di pinggir kampung.

Tempat suci

Namun, kini Gua Charas merupakan tempat suci bagi penganut agama Buddha untuk berdoa dan bersembahyang kerana dipercayai segala keinginan orang yang datang ke sini akan dimakbulkan.

Bagi Penolong Setiausaha Kuil Sithambaram berkata, Gua Charas ini mempunyai keunikan yang tersendiri dan pelancong dari datang dan luar negara tidak putus-putus datang ke sini untuk melihat keajaiban yang ada selain dapat berdoa.

“Setiap tahun pelancong dari luar negara seperti Thailand,China, Singapura dan lain-lain lagi akan bertandang ke sini untuk menyucikan diri dan berdoa mendapatkan apa yang dihajati.

“Walaupun terpaksa mendaki  beratus-ratus anak tangga untuk masuk ke dalam gua, itu tidak menjadi masalah kepada penganut agama Buddha kerana mereka tahu untuk memakbulkan doa seseorang itu, pengorbanan harus dilakukan dan sejurus selepas pulang, terpancar keceriaan dan kegembiraan pengunjung di sini kerana boleh sembahyang dan berdoa dalam gua suci ini,” katanya.

Selain itu, beliau menjelaskan, gua yang terbentuk sejak beratus-ratus tahun dahulu ini mempunyai kawasan yang menarik untuk dikunjungi.

“Setelah penat mendaki anak tangga untuk masuk ke dalam gua, kita akan disegarkan dengan suasana berangin seolah-olah dalam bilik berhawa dingin di pintu masuk gua ini.

“Sampai sekarang saya juga tidak tahu mengapa di pintu gua ini sahaja kami akan menikmati suasana yang nyaman ini, kerana apabila beralih ke tempat lain, tiada lagi rasa dingin yang damai.

“Apa pun, Gua Charas ini sememangnya mempunyai misteri tersendiri yang tidak diketahui oleh kita,” katanya.

Related Posts:

  • Pertandingan DIkir Barat Kebangsaan RTM 2014 - suku akhirAlhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kumpulan Sunang Detaga iaitu sebuah kumpulan dikir barat yang CM sertai yang berpengkalan di Lembah Klang layak ke peringkat akhir pertandingan dikir barat kebangsaan 2014 anjuran RTM. Maca… Read More
  • Photo Booth Ranggi creationAlhamdulillah berakhir sudah perjalanan Hari Keusahawanan Kokurikulum 2014. Program yang berlangsung dengan begitu meriahnya akhirnya sudah menutup tirainya. Nak tau CM bertugas sebagai apa hari keusahawanan tu? CM bertugas m… Read More
  • HipokritLama dah CM  x menulis ni. Kali ini rasa nak menulis lak. Tgk tajuk tu macam x puas hati jer kn hahahaha. Memang pun CM mmg tak puas hati dengan orang yanh bersikap hipokrit.  Rasa menyampah, nak muntah dan sebagain… Read More
  • Hari keusahawanan kokurikulumBulan yang sibuk. Itulah gambaran yang boleh CM katakan untuk mengambarkan kesibukan CM selaku ajk hari usahawan kokurikulum sekolah 2014. CM dilantik menjadi ajk kupon dengan beberapa orang guru lain. Jadi memang orang penti… Read More
  • Bersihkan hatiSegala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana  hendak mencuci hati oleh Pakar Motivasi Prof Dato’ Fadhilah Kamsah.. Motivasi Prof Dato' Fadhilah Kamsah.. 1) Dir… Read More

0 Komen: