Tuesday, January 22, 2013

Cikgu goncang seluruh badan

Johor Bahru: Hanya kerana tidak pandai berbahasa Inggeris, seorang murid lelaki berusia tujuh tahun dikasari dengan dipercayai digoncang seluruh badan selain ditolak ke dinding oleh seorang guru lelaki, hingga jatuh telentang dalam kejadian di kelasnya di sebuah sekolah rendah, di sini, Isnin minggu lalu (14 Januari 2013).
Dalam kejadian jam 2 petang itu, bapa mangsa yang kebetulan masih berada di sekolah melihat sendiri kejadian berkenaan sebelum menarik anaknya pulang ke rumah.

Bapa kanak-kanak itu Noriswan Samad, 30, berkata, pada hari kejadian dia dan isterinya, Nurul Akma Abu Bakar, 25, menghantar anak sulung mereka, Muhammad Nur Haikal, ke sekolah terbabit kira-kira jam 1 tengah hari.

“Pada Jumaat (11 Januari) sebelum kejadian, Muhammad Nur Haikal menangis dan mengadu tidak mahu ke sekolah kerana takut didenda guru berikutan tidak boleh bertutur bahasa Inggeris untuk ke tandas selain meminta isteri saya mengajarnya.
FotoNORISWAN dan Nurul Akma menunjukan laporan polis dan doktor mengenai anak mereka, Muhammad Nur Haikal yang didakwa dikasari seorang gurunya, Isnin lalu.

“Pada hari kejadian saya berasa tidak sedap hati dan berpatah semula ke kelas untuk melihat anak, namun tergamam melihat anak saya digoncang seluruh badan beberapa kali, ditolak di kerusi dan dinding hingga jatuh telentang serta diherdik guru itu ‘masukan baju kau dalam seluar bodoh!’.

CIKGU MOKA : Kalau tengok pada bapa dia tu, anda sendiri pun boleh buat kesimpulan macam manakan? Yang penting tugas guru ialah untuk mendidik, tiada niat pun untuk mendera anak murid.  Fikir-fikirkanlah.

Related Posts:

  • Tergamak noda mayat SEDIH...ahli keluarga mangsa kelihatan sebak selepas menerima berita kematian Sabturiah. MATI...anggota polis membawa mayat Sabturiah yang dipercayai dibunuh dan dirogol dalam kejadian samun. KAJANG: Seora… Read More
  • Pelik! Seekor Burung Mempunyai Dua Kepala Dan Tiga ParuhSeorang wanita yang dikenali sebagai April Britt telah menjumpai seekor burung yang mempunyai keunikan tersendiri. Burung ini mempunyai bentuk fizikal yang unik iaitu dua kepala dan tiga paruh. Melihat ciptaan Tuhan yang t… Read More
  • 10 Kereta Terpantas Di Dunia Pada Tahun 2013Sekarang sudah pertengahan tahun 2012, mungkin para peminat jentera laju sudah tidak sabar-sabar untuk menunggu tahun hadapan. Oleh itu, satu senarai kereta terpantas pada tahun 2013 sudah dikeluarkan oleh laman Total Car S… Read More
  • Labah-labah hinap lima hari dalam telinga Menakutkan, labah-labah berkenaan dapat dilihat menerusi rakaman endoskopi yang dimasukkan ke dalam telinga mangsa. … Read More
  • Qiam With Me, Kelantan cipta sejarahQiam With Me, Kelantan cipta sejarahKOTA BHARU- Kelantan negeri pertama di negara ini mencipta sejarah mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR) dengan penyertaan terbesar seramai 6,000 rakyat berqiamulai bersama … Read More

0 Komen: