Thursday, January 17, 2013

Liga Super : Kelantan lawan Johor, Apa ke jadah bawak pasukan bersenjata ni?

Isu JMF Johor : Kami fikirkan dengan ada FRU cukup untuk menjaga keadaan dan persekitaran di dalam stadium ketika perlawanan berlansgung. Sangkaan kami meleset. Rupanya ketika berlangsungnya perlawanan Johor VS Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke IV tempoh hari memerlukan kelibat “tentera swasta” merujuk kepada Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johor Military Force JMF) sekitar 6 orang lengkap beruniform dan bersenjata rifle M4 carbin untuk menjaga keselamatan pegawai dan pemain Johor. Hebat…..




Pasukan bola sepak Angkatan Tentara Malaysia (ATM) sendiri pun tidak bertindak sebegitu rupa. Mengapa JMF pula….? Ini hanya perlawanan bola sepak bukannya peperangan. Berlawanan bola sepak pun dengan bangsa sendiri dan rakyat Malaysia. Jadi?

Nampaknya, kelihatan apabila melibatkan “tugas luar”, mereka menggunakan uniform Regimen Gerak Khas (RGK). Siapa berikan mereka kebenaran untuk menggunakannya semasa mereka ini dihantar ke Kelantan? Jika tahu siapa pemerintah Kem Iskandar, anda akan tahu jawapannya……




Berdasarkan semakan kami, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai hak dan kuasa untuk menahan JMF semasa berada di Kelantan. Boleh ditahan atas 3 sebab :


memiliki senjata tanpa permitmembawa senjata tanpa permit/kebenaranmemasuki negeri Negeri Kelantan tanpa kebenaran apatah lagi dilihat beruniform lengkap dan bersenjata

Dan kerajaan negeri Kelantan mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang melarang “tentera swasta” ini (merujuk kepada JMF) daripada memasuki negeri Kelantan.

JMF hanya untuk negeri Johor sahaja. Jikalau diikutkan JMF in hanyalah di dalam kategori Perkhidmatan Sokongan di dalam Senarai Perkhidmatan Kerajaan. Jadi timbul 3 persoalan kami di sini…


Bagaimana pendirian FAM dalam perkara ini?Apa kelebihan JMF kerana dibenarkan masuk ke stadium dengan bersenjata?Adakah kuasa JMF lebih tinggi dari Polis & tentera Diraja Malaysia?

Mengapa masuk negeri orang dengan cara yang sebegini rupa? Setiap pemegang senjata api kena PATUH pada terma dan syarat yang diberikan oleh PDRM. Tidak kira ADUN atau Ahli Parlimen atau….

Koleksi 6 Gambar JMF (Johor Military Force) Di Perlawanan Johor VS Kelantan





















Isu ini perlu dipandang serius & keselamatan orang awam. Kami tidak mempersoalkan andaikata ia berlaku di dalam jajahan takluk negeri Johor sepertimana termaktub dalam undang2 tubuh negeri Johor. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini ia berlaku jaaa…….uh dari negeri Johor. Ke mana perginya anggota keselamatan kita sehinggakan pelrunya pengawal keselamatan bersenjata Johor berkawal di stadium?




Sejauh mana kuasa Pengawal Keselamatan Johor sehinggakan ianya boleh merentas ke negeri-negeri lain? Hakikatnya ianya hanyalah berkisar tentang BOLASEPAK!!! Bolasepak sahaja. Negara ini ada undang-undang yang telah dipersetujui oleh semua. Sebarang urusan keselamatan (Polis) & urusan pertahanan (Tentera) adalah bidang kuasa Persekutuan, walaupun untuk negeri Johor. Jadi hormatilah!

P/S : FAM perlu mengeluarkan kenyataan hitam putih tentang perkara ini kerana ia melibatkan soal keselamatan & undang-undang.

PP/S : Tidak perlu angkatan tentara bersenjata “menodai bola sepak negara” kita. Apa kata anda pula? Wajarkah mengenai isu kali ini?

Sumber: Beritasemasa.com

Related Posts:

  • Pencari gali amatur Australia temui ketul emas 5.5kg 19 Januari 2013 Pencari gali amatur menunjukkan ketul emas yang ditemui di Ballarat, selatan Australia Rabu lalu. - Foto ihsan Yahoo/AP SYDNEY - Seorang pencari gali amatur Australia terkejut apabila menemui satu ketu… Read More
  • Modul Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Modul Etika Berpakaian Modul Kawat Kaki Modul Pemakaian Modul Pengenalan TKRS Modul Sistem Pangkat Modul Syarat Pertandingan Kawat Kaki … Read More
  • Modul Latihan Sukan Untuk Penasihat Kelab Sukan Sofbol SekolahMenengah/Sekolah Rendah Sepak Takraw SekolahRendah Sepak Takraw SekolahMenengah Ragbi SekolahMenengah/Sekolah Rendah Ping Pong SekolahRendah Ping Pong SekolahMenengah Olahraga SekolahRendah … Read More
  • Alat Bantu Mengajar ABM Kad KVKV I (Gambar Berwarna) Melalui pendekatan fonetik, murid-murid prasekolah dilatih untuk mengecam bunyi hasil gabungan konsonan dengan vokal secara berperingkat-peringkat. Teknik-teknik ini mudah didapati dala… Read More
  • Lagu Negeri, Patriotik dan Kanak-kanak Wilayah Persekutuan “Maju Dan Sejahtera” Harmoni wilayah pertiwi Semoga sentiasa diberkati Wawasan hala pembangunan Sebagai semangat perpaduan Wilayah Persekutuan Maju Dan Sejahtera Negeri Pahang Ya All… Read More

0 Komen: