Saturday, January 19, 2013

‘Cikgu mat saleh’ gembira mengajar di Pahang

cikgu b.inggeris

KUANTAN – Seramai 16 sukarelawan dari Amerika Syarikat ditempatkan di 16 sekolah di Pahang bagi membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Aminuddin Adam berkata, melalui Program Pembantu Bahasa Inggeris (ETA), 16 sukarelawan itu bakal berada di sekolah yang ditetapkan selama sembilan bulan.

Katanya, 16 sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Triang 3, SMK Bera Bandar 32, SMK Teluk Chempedak, SMK Cenderawasih, SMK Benta, SMK Panglima Garang Abdul Samad, SMK Maran, SMK Maran 2, SMK Seri Pekan, SMK Dato’ Shahbandar Hussain, SMK Dong, SMK Pontian Jaya, SMK Bukit Damar, dan SMK Lanchang.

Turut dipilih, dua buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Cherok Paloh, dan SK Pontian.

“Saya berharap agar kehadiran sukarelawan antarabangsa ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pelajar dan kakitangan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Penyerahan Sukarelawan kepada Pengetua Sekolah yang terlibat, di sini, semalam.

Sementara itu, bagi Quentin Johnson, 22, dia begitu teruja kerana diberi peluang untuk menyertai program ini.

“Saya harap dapat menyesuaikan diri dengan penduduk di sini kerana telah belajar Bahasa Melayu, adat resam dan budaya semasa tempoh orientasi,” katanya.

Quentin yang ditempatkan di SMK Bera Bandar 32 berkata, dia akan menggunakan pendekatan yang menyeronokkan bagi menarik minat pelajar mempelajari Bahasa Inggeris.

Manakala bagi Lauren Parsons, 23, galakan daripada ibunya mendorong dia untuk datang ke Malaysia menyertai program ini.

“Saya sudah bersedia untuk menjalani program ini kerana sebelum ini saya pernah berkhidmat di Brazil dalam program yang hampir sama.

“Justeru, saya berharap dapat membantu pelajar SMK Teluk Chempedak menguasai Bahasa Inggeris menggunakan kemahiran yang saya ada,” katanya.

Related Posts:

  • Takde idea nak tulisKelakar sikit malam ni. Tak tahu nak tulis apa sebab xde idea tapi nak tulis jugak. Emmm apa yer nak tulis ni. Takkan nak cerita pasal gi makan kat pantai PCB tadi. Langsung tak best. Haaa dah ada idea dah. Tadi tengah design… Read More
  • Oh flu!Boleh dikatakan musim dia dah...bila tiba musim hujan ni mudah sangat flu berjangkit. bermula dengan adieb, mama adieb dan nenek adieb semua kena flu dah. Sekarang tiba giliran CM lak merasa flu nih. Adoiii asyik bersin jer..… Read More
  • Makan tido makan tidoAktiviti masa cuti sekolah yang paling teruk ialah makan dan tido. Apa macam diet ni CM? Jangan hangat2 tahi ayam sudah.  Malu beb.. Itulah yang sedang bermain dalam benak fikiran sekarang ni. Nak jogging kat kampung tak… Read More
  • MimpiMalam ni xde apa pun nak tulis tapi nak tulis jgk. Ok malam ni nak crite pasal mimpi. Hehehe. Mimpi ni kadang2 boleh buat kita tersenyum sorang2. Kadang2 boleh buat kita sedih. Semua orang akan alami mimpi. Cuma orang cakap k… Read More
  • Perkara yang paling gembira :)Malam ni nak tulis pendek jer... nak tahu tak perkara yang paling CM gembira atau happy?  Antaranya ialah apabila orang yang kita sayang itu sentiasa sihat dan happy selalu. :) apabila orang kita sayang tu sakit itu la a… Read More

0 Komen: