Sunday, January 6, 2013

Tuna dilelong RM5.5 juta



KIYOSHI Kimura bergaya dengan ikan tuna yang dibeli pada harga RM5.5 juta di hadapan restoran sushi miliknya di Tokyo, Jepun semalam.



TOKYO - Seekor tuna sirip biru gergasi mencatat sejarah apabila ia dilelong pada harga AS$1.8 juta (RM5.5 juta) dalam satu majlis lelongan pertama di pasar ikan Tsujiki, dekat sini semalam.
Harga tersebut adalah tiga kali ganda berbanding rekod jualan tahun lalu iaitu AS$640,000 (RM1.9 juta). Ikan seberat 222 kilogram itu ditangkap di perairan Oma, utara Jepun. Pasar ikan Tsujiki sering mengadakan acara lelongan ikan dan menjadi antara lokasi kegemaran pelancong asing.
Ikan itu dibeli oleh Kiyoshi Kimura, presiden dan pemilik syarikat yang mengendalikan rangkaian restoran popular Sushi-Zanmai. Kimura juga memenangi bidaan ikan tuna sirip biru pada tahun lalu.
"Saya mahu memenuhi ekspektasi pelanggan yang ingin menikmati tuna terbaik Jepun pada tahun ini. Dengan tuna ini, saya harap dapat menceriakan rakyat Jepun," kata Kimura yang dipetik daripada akhbar Jiji Press.
Berdasarkan kepada harga itu, sekilogram ikan tuna tersebut berharga sekitar 700,000 yen (AS$7,940 atau RM24,180). Maka, sekeping sushi yang menggunakan ikan itu boleh mencecah harga kira-kira 30,000 yen (AS$340 atau RM1,036).
Namun, Kimura menyatakan dia tidak akan menjual sushi pada harga begitu mahal. Sebaliknya hanya dijual pada harga lebih realistik iaitu 398 yen (AS$4.50 atau RM13.75). - AFP

Related Posts:

  • Kerja yang tak sudah Mencabar pulak rasa tahun ni jadi cikgu. Apa yang mencabarnya. Orang cakap senang jadi cikgu tapi hakikatnya kena kerja 24 jam. Huhu... rasa nak pitam pun ada sekejap memikirkan kerja yang tak habis2 ni... macam2 sistem ke… Read More
  • Dikir Warriors @ Fiesta Klate Malam ni CM design poster untuk persembahan dikir warrior sempena pelancaran jersi TRW untuk Piala AFC. Setelah beberapa jam mengdesign poster ni,  akhirnya siap untuk hebahan di Facebook.. Tu jelah cerita malam ni. :)… Read More
  • Siapa Admin Page Murtads in Pantai Timur? Masyaallah,  apabila orang islam yang dah murtad buat page dengan menghina agama islam, menghina Allah, menghina nabi.. mengucap panjang CM dibuatnya.  Mengapa ini boleh terjadi? tambah2 orang yang murtad ini orang… Read More
  • Majalah Sekolah Tahun ni merupakan tahun yang mencabar bagi CM. Sebab apa mencabar sebabnya CM telah menjadi penyelaras untuk projek majalah sekolah yang pertama. Langsung tak tahu apa2 tentang penerbitan majalah, CM cabar diri CM untuk mel… Read More
  • Xde mood dah...Bermulalah part xde mood nak wt keje dah... mcm mana nak cari balik mood kerja yang telah hilang ni. Dah la keje banyak lagi menanti di depan ni. Baru bulan 3 jer dah  xde mood dah. Cerita lama berulang kembali dah. Hmmm… Read More

0 Komen: