Nikon lancar D800

kamera

      Setiap pasangan pengantin pastinya mengimpikan sebuah majlis perkahwinan terbaik dalam hidup mereka untuk dikenang sepanjang hayat. Bukan sahaja dari segi persiapan mental fizikal sahaja dititikberatkan tetapi juga pelaksanaan majlis dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk pakej pelamin, gambar, ketering makanan dan sebagainya.

Berbanding dulu permintaan terhadap pakej gambar perkahwinan sekarang seakan sudah menjadi trend bagi pasangan pengantin yang mahukan kesempurnaan dalam merakam detik terindah dalam hidup mereka sehingga sanggup berbelanja melebihi kemampuan.
Tinjauan Sinar Harian di laman sosial mendapati ramai yang bersetuju pilihan untuk mengambil pakej gambar perkahwinan atau tidak bergantung kepada kemampuan pasangan pengantin itu sendiri.

Beberapa orang meluahkan pendapat lebih baik mengupah adik-beradik, saudara-mara atau kawan untuk mengambil gambar perkahwinan kerana selain dapat menjimatkan kos serta tidak kekok untuk ‘berposing’.

Menurut mereka dengan kemudahan teknologi masa kini banyak perisian tertentu boleh dimuat turun untuk mengedit gambar supaya lebih cantik serta setanding hasil dengan jurugambar profesional sekiranya kreatif.

Sementara itu, ada yang turut berkongsi pengalaman majlis perkahwinan mereka dulu sekitar tahun 2007 hanya mengambil upah gambar kahwin dengan bajet RM300 sahaja berbanding harga sekarang.

Namun ada juga sempat berkongsi kisah lucu sewaktu mengambil gambar kahwin mereka dulu tiba-tiba filem dalam kamera habis sewaktu tengah sakan ‘berposing’ terpaksa mengambil masa untuk membeli filem baru.

Pokok pangkalnya pasangan pengantin itu perlu bijak memilih pakej yang jimat, hasil berkualiti dan mampu memberi kepuasan kepada semua pihak untuk disimpan sebagai tatapan generasi akan datang.

Lihat bajet pengantin
Bagi Nurul Akma Mohd Nasir, 28, pekerja swasta berkata, dia meletakkan bajet sekitar RM800 untuk pakej gambar perkahwinan bersama pasangannya sewaktu hari bersejarah mereka nanti selepas mengikat tali pertunangan pada Disember lalu.

Menurutnya, pasangan pengantin perlu membuat tinjauan terlebih dahulu untuk memilih pakej gambar perkahwinan yang sesuai dengan kemampuan kerana ada juga pakej mahal namun kualiti gambar kurang memuaskan.

“Pada saya pengantin itu perlu pandai berjimat dengan mengurangkan kos perbelanjaan serta tidak perlu membazir sewaktu merancang hari bahagia mereka,” katanya.

Dapat hadiah gambar kahwin percuma dari rakan-rakan

Bagi Shaharol Niza Omar, 41, dia dan isterinya, Norlela Ahmad Jamil, 36, amat beruntung kerana tidak perlu mengeluarkan sebarang belanja untuk mengabadikan gambar kenangan mereka sewaktu melangsungkan majlis perkahwinan pada tahun 2000.

Menurutnya, bukan sahaja rakan-rakan secara sukarela mengambil gambar mereka secara percuma tetapi juga turut menghadiahkan gambar yang siap dicuci sebagai hadiah perkahwinan kepada mereka.

“Pengurusan majlis perkahwinan dulu mudah, pelamin sendiri, jurufoto sendiri, semua bergotong-royong membuatnya tanpa perlu mengambil pakej mahal.

“Lagipun upah mengambil gambar dulu murah kerana lebih ramai menggunakan kamera kompak dengan filem berbanding sekarang lebih ramai memilih DSLR,” katanya.

Sementara itu, juru gambar bebas Ismarizal Ismail berkata, kebaikan menggunakan kamera DSLR memberikan hasil lebih menarik berbanding kamera kompak kerana nampak gambar lebih ‘hidup’ namun jika pakej yang ditawarkan sekitar RM1,500 sahaja untuk gambar tidak berbaloi.

“Tetapi kalau dalam pakej berkenaan disertakan bersama album khas, pendrive dan mini album memang berbaloi,” katanya.


Cikgu Moka : Jika sesiapa nak buat gambar out door atau gambar perkahwinan dengan kos rendah boleh la hubungi cikgu moka dengan kos hanya RM300 sahaja (pandai cakap dapat free. hehehe). Kat bawah ni contoh gambar yang di ambil semasa kawan cikgu moka kahwin, free jer ambik gambar mereka.
Perkahwinan Faiz dan Niza