Tuesday, October 30, 2012

Tali-telefilem kelantan

...

Sunday, October 21, 2012

Piala Malaysia: Luar biasa, Kelantan tiada tandingan

21 Oktober 2012 Pasukan Kelantan meraikan kejayaan bersama trofi Piala Malaysia setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), semalam. PIALA Malaysia 2012 melabuh tirainya dengan Kelantan dinobatkan juara Piala Malaysia buat kali kedua, sekali gus mencipta sejarah dengan memenangi tiga gelaran utama sebaris termasuk juara Piala FA dan Liga Super.Kejuaraan kali ini adalah yang kedua bagi Kelantan selepas kali pertama memenanginya pada...

Rumah guru disimbah cat

Siti Noor menunjukkan keretanya yang disimbah dengan cat merah malam tadi. KOTA BHARU - Sebuah keluarga hidup dalam ketakutan apabila rumah mereka di Taman Sabariah, di sini dibaling dengan cat merah dalam kejadian, jam 11 malam tadi. Mangsa, Siti Noor Sidin Ahmad, 40, merupakan seorang guru berkata, pada malam tersebut dia sedang melakukan kerja rumah dan dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat.“Apabila membuka tingkat rumah saya lihat lantai,...

Suami, isteri dan cucu maut dihempap buah sawit

20 Oktober 2012 PEKAN - Sepasang suami isteri dan cucu mereka yang berusia setahun maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori membawa buah kelapa sawit dan dua buah kereta di Kilometer 9, Jalan Salong-Chini, dekat Pekan, hari ini. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, kejadian pukul 2.30 petang itu meragut nyawa pemandu kereta Perodua Kancil, Abdul Malek Mohamed Saman, 62; isterinya, Faridah Hamzah,...

Kelantan cipta sejarah, Annuar sujud syukur di Makkah

Muka Depan Sinar Harian SHAH ALAM - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa yang kini berada di Makkah untuk menunaikan ibadah haji melahirkan kesyukuran tidak terhingga atas kejayaan pasukan The Red Warriors yang mencipta sejarah - kejuaraan 'treble' dengan menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 malam tadi. "Alhamdulillah... Ku sujud syukur di Masjidil Haram malam ini atas doa yang dimakbul ALLAH SWT!...

Wonder Girls sopan berbaju kurung

Wonder Girls COMEL sungguh lima gadis dari kumpulan K-Pop terkenal, Wonder Girls yang memakai baju kurung ketika membuat persembahan di konsert mereka di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dengan imej sopan sebegitu, mereka langsung tidak kekok menari menghiburkan peminat. Ramai peminat memuji kumpulan dari Korea Selatan ini kerana pandai membawa diri dan menghormati budaya masyarakat di sini. Jika artis antarabangsa boleh mengikut garis panduan berpakaian...

Friday, October 19, 2012

Anu bengkak pakai gelang

IPOH: Bidang tugas anggota pasukan bomba dan penyelamat kini bukan sekadar memadam kebakaran atau mengeluarkan mangsa kemalangan, malah turut meliputi kerja menyelamatkan lelaki gila seks gara-gara cincin, gelang besi atau nat skru tersangkut pada kemaluan mereka.Dalam kes terbaru, minggu lalu khidmat anggota bomba dan penyelamat Ipoh ditagih pihak hospital bagi memotong nat besi yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki berusia 30-an.Lelaki terbabit...

Budak enam tahun juruhebah termuda

Amber gembira mengendalikan slotnya sendiri. LONDON - Buku Rekod Guinness menamakan seorang budak perempuan berumur enam tahun, Amber Jacobs sebagai juruhebah paling mudah dalam gelombang udara. Pada umur enam tahun, Amber atau dikenali sebagai DJ AJ dikategorikan sebagai kanak-kanak matang, menjadi tajuk utama apabila berkongsi muzik yang digemarinya bersama pendengar selain tampil sensasi dalam internet. Kehebatan Amber terdedah sejak enam bulan...

Jumpa keris melekat pada akar kayu

Keris yang ditemui melekat pada akar pokok kucing galak. Gambar kecil: Nasir Othman. SEBERANG PERAI UTARA - Seorang pengamal perubatan terkejut menemui sebilah keris lama berukuran 15 sentimeter (cm) terlekat pada akar sebatang pokok yang dicabutnya untuk tujuan perubatan di kawasan semak di belakang perumahan penduduk di Kampung Bagan Ajam di sini, kelmarin. Nasir Othman, 65, yang juga pesara tentera sering menjadikan kawasan berkenaan untuk mendapatkan...

Psy menari tarian kanggaru

PSY menghiburkan para peminatnya dengan tarian baharunya di Sydney semalam. SYDNEY - Penyanyi rap Korea Selatan, Psy menghiburkan para peminatnya pada pagi semalam, lapor akhbar The Herald Sun. Beribu-ribu peminat membanjiri Martin Place di sini untuk menyaksikan persembahannya selepas dia popular dengan tarian kuda menerusi muzik video Gangnam Style di laman YouTube. Kebanyakan peminat mula berada seawal pukul 1 pagi pada waktu tempatan. Psy...

Buah labu terbesar dunia milik Wallace

WALLACE (kiri) bercakap kepada Kelly dan Michael (kanan) tentang buah labu gergasi miliknya pada program Live with Kelly and Michael di New York kelmarin. NEW YORK - Seorang penanam labu, Ron Wallace dari Greene, Pulau Rhode, Amerika Syarikat diundang menghadiri program bual bicara Live with Kelly and Michael di sini kelmarin. Dia diundang bagi menceritakan tentang buah labunya yang seberat 849 kilogram (kg). Buah labu itu direkodkan...

Lelaki 96 tahun jadi bapa tertua di dunia

LAMAN YouTube semalam menunjukkan Raghav dan isterinya mendukung kedua-dua anak mereka. HARYANA, India - Seorang lelaki berusia 96 tahun menjadi bapa paling tua di dunia selepas isterinya yang telah dikahwininya selama 17 tahun melahirkan anak kedua mereka pada awal bulan ini, lapor portal berita Indian Today semalam. Lelaki itu, Ramajit Raghav dan isterinya, Shakuntala, 54, tidak pernah dikurniakan cahaya mata untuk tempoh 15 tahun...

Helikopter tentera Syria ditembak jatuh di Idlib

KOMBINASI gambar menunjukkan sebuah helikopter tentera ditembak jatuh oleh kumpulan penentang di wilayah Idlib semalam. DAMSYIK - Para penentang Presiden Bashar Al-Assad menembak jatuh sebuah helikopter dalam satu pertempuran sengit ketika pihak tentera berusaha untuk menawan sebuah bandar di Syria semalam. Helikopter itu ditembak jatuh di wilayah Idlib. Kejadian itu berlaku semasa Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Lakhdar...

Thursday, October 18, 2012

Download Panggilan hangit mp3.rar

Download Panggilan hangit mp3.rar sila klik butang download di baw...

Tuesday, October 16, 2012

Baumgartner lebih pantas daripada kelajuan bunyi

WASHINGTON - Pelagak ngeri Austria, Felix Baumgartner menjadi manusia pertama bergerak lebih pantas daripada kelajuan bunyi di luar sebuah kapsul kelmarin. Dia terjun dari kapsul tersebut yang berada setinggi 39 kilometer (km) dari Bumi. Kapsul tersebut bergerak ke udara dengan menggunakan belon helium. Ia mengambil masa lebih dua jam untuk tiba pada ketinggian 39km dari Bumi. Kelajuannya mencecah 1,342 kilometer sejam (km/j). Lelaki itu...

Monday, October 15, 2012

Perlumbaan lembu di sawah padi

SEJUMLAH penonton menyaksikan pertandingan perlumbaan Pacu Jawi. - Agensi PADANG PANJANG, Sumatera Barat – Satu perlumbaan lembu di kawasan sawah padi diadakan di sini kelmarin. Sukan itu dikenali sebagai Pacu Jawi dalam kalangan penduduk Minangkabau. Ia diadakan selepas musim menuai padi berakhir. Pada perlumbaan itu, seorang lelaki akan berdiri di atas sekeping papan yang ditarik dua ekor lembu. Lelaki itu turut memukul ekor haiwan itu supaya...

Latihan khas siswazah menganggur

SISWAZAH menganggur kini berpeluang menambah kemahiran bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan. – Gambar hiasan. KUALA LUMPUR – Siswazah menganggur kini diberi peluang unik mengikuti program latihan selama enam minggu tajaan kerajaan bagi membantu mereka mendapatkan pekerjaan. Dikenali sebagai Graduate Career Accelerated Programme (GCAP), program tersebut menawarkan latihan peningkatan kemahiran untuk mencerahkan peluang siswazah diambil...

Budak lelaki 2 tahun maut dihempap televisyen

Halif Hariz yang maut selepas dihempap televisyen. KUALA LUMPUR - Seorang budak lelaki berumur dua tahun mati dihempap televisyen di rumahnya di Jalan Saujana 1, Taman Ampang Saujana di Ampang dekat sini hari ini.  Kejadian kira-kira 1.50 petang itu berlaku ketika Halif Hariz Khairil Anuar menarik sebuah laci rak televisyen dalam bilik tidur, yang menyebabkan televisyen 29 inci condong ke depan dan menghempap mangsa.  Timbalan...

Sunday, October 14, 2012

Misteri bola mata gergasi

Kemunculan bola mata gergasi berwarna biru di pantai Florida Selatan ini mencetuskan tanda tanya banyak pihak. Foto:AP MIAMI - Kemunculan bola mata gergasi berwarna biru di pantai Florida Selatan telah mencetuskan tanda tanya banyak pihak selepas gambarnya dimuat naik ke dalam internet.Pembantu profesor untuk program sains marin di Universiti Antarabangsa Florida, Heather Bracken-Grissom berkata, hasil pemerhatian awal mereka mendapati objek misteri...

Gua menyerupai sampan, tangga

Keindahan gua batu kapur sambil Sungai Kenong mengalir deras melewati gua itu Keindahan landskap gua batu kapur di Taman Rimba Kenong TAMAN Rimba Kenong merangkumi kawasan seluas 121 kilometer persegi di Lembah Kenong yang terletak di barat daya Taman Negara Pahang.Taman ini memiliki beberapa gua batu kapur yang menakjubkan, ditambah bunyi nyanyian burung dan deruan air terjun memecahkan suasana tenang dan sunyi.Seorang penduduk tempatan...

Temelian sembah berhala

Ikan Tomanlian yang berjaya dinaikkan oleh seorang kaki pancing. Ikan temelian ini akan mencari kawasan cetek untuk berkumpul dan membiakkan telurnya. Sungai di jambatan berhampiran Felda Jengka 8 inilah yang dikatakan menjadi laluan ikan Tomanlian pergi berkumpul menyembah berhala. Mungkin ramai yang masih belum mengetahui mengenai mitos ini, namun ia amat terkenal buat kaki-kaki pancing yang mencari ikan temelian seberat 30 hingga 50 kilogramMenurut...

Sumpahan Sang Kelembai

Gua Kota Tongkat merupakan pintu masuk utama Gua Kota Gelanggi yang penuh dengan misteri dan sejarah. Batu yang berbentuk gajah dikatakan salah satu daripada sumpahan Sang Kelembai. Sang Kelembai merupakan makhluk ghaib yang menghuni hutan tertentu di beberapa tempat di negara ini. Sesetengah tempat dipanggil Sang Gedembai.Sang Kelembai dipercayai mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada...