Friday, January 10, 2014

Lumrah manusia

Lumrah manusia ,
Terlalu mudah melupakan ,
Terlalu senang meluahkan ,
Kekadang langsung tidak disedari segala kata membawa kesakitan pada seseorang ,
Mungkin nampak biasa tapi sedarkah kita disebalik senyuman dia ?
Agung sangatkah diri kita bila berbicara selantang kata-kata ?
Bermegah sangatkah dengan apa yang ada ?
Perlukah segalanya dimegah-megahkan ??
Jadi , dimana sebenarnya letaknya keikhlasan kita ?
Adakah wujud keikhlasan sebenar-benarnya dari hati ?
Atau sekadar surface cuma ??
Awasi kata-kata sendiri agar tidak terus melukai ,
Siapa pun dia , dia tetap punya perasaan serupa ,
Sakit yang dia rasa pasti kita juga terasa bila tiba saatnya nanti ,
Jangan terlalu selesa dengan apa yang ada ,
Jangan sampai nanti hanya kebencian yang menemani hati .

Andai kita sahabat , kekalkan .
Andai kita berteman , teruskan.
Andai kita berkawan ,  usah rawan.
Jaga hati sendiri mungkin itu jalan yang dicari .
Tiada yang lebih memahami hati sendiri melainkan kita jua .
Pasrah dengan ketentuan , muncul dengan harapan :)

CM-copy paste dari blog orang lain sekadar renungan bersama. Lebih baik jaga hati sendiri dulu daripada menjaga hati orang lain... bila hati sendiri terjaga, hati orang lain pun turut terjaga juga, insyaAllah. .. :)

Related Posts:

  • Projek Keceriaan tangga sekolah Lagi satu projek keceriaan sekolah yang CM akan laksanakan nanti ialah projek keceriaan tangga sekolah. Tangga2 sekolah CM akan tampal kata2 hikmah untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada warga sekolah. Projek ini adala… Read More
  • Galeri Sejarah Tahun ni tahun bekerja!. Itulah motto CM tahun ni. Banyak program yang dirancang dan dalam proses melaksanakannya. huhu harap2 semua perancangan berjalan dengan lancar nanti. salah satu projek besar nanti ialah mewujudkan g… Read More
  • Family Day Arjunasukma Family Pada 18-19 April nanti akademi arjunasukma menganjurkan hari family day. Jadi CM pun ditugaskan untuk design poster family day. Rasa cam best jerkn pergi kat air terjun mandi ramai2, baka2 ayam buat aktiviti sama. Lama dah … Read More
  • Fail PPB Fail ppb ni CM jumpa kat blog sape entah, lupa dah. Mohon izin yer yer jika tuan dia terbaca. So CM just nak share kat kawan2 yang cover dan bahagian dalm. Jadi kalau nak save klik jer gambar tu tekan mou… Read More
  • Kerja part time Kerja part time? Part time la kononnya hahaa..sedikit ilmu dan kebolehan yang CM perolehi telah membuka pintu rezeki kepada CM. Walaupun banyak keluar dari masuk itu x kisah yang penting ilmu yang ada ni telah dapat sedikit … Read More

0 Komen: