Monday, January 13, 2014

JANJI DAN BERJANJI


Memang semua orang suka berjanji . Kerana janji adalah suatu pengharapan. Yang berjanji akan berjanji dengan seyakin mungkin dan yang mengharap ianya tertunai juga mengharap  dengan penuh harapan bahawa janji itu akan ditunaikan. Kalau tidak jangan kita berjanji. Janji mesti ditepati kerana janji adalah amanah . Janji adalah ikatan dan janji adalah melibatkan pihak yang lain .Berjanji pada diri sendiri masih melibatkan dua pihak . Pihak pertama adalah kata kata dan pihak kedua adalah hati. Jangan pulak lain yang dikata lain pulak yang dihati.
Seronok bila mendengar orang berjanji. Tak kiralah janji politik ke , janji percintaan ke  atau apa apa saja  yang terbit atas nama ikatan antara dua pihak. Ada yang berjanji sekadar melepas diri lepas itu belah macam tu sahaja. Janji meminjam  wang dengan kawan kawan umpamanya , masa hendak pinjam janji nya amat manis . Semanis kurma barang kali atau lebih dari itu. Lepas sudah dapat , janji tak tertunai dan terus ghaib  bersama janji janji manisnya.Yang mengharap pulak terus melompong . Apa boleh buat kalau tidak , tidaklah pula dinamakan manusia.Manusia ada kerenah tersendiri. Kalau dihurai kerenahnya sampai padam dunia ini pun belum tentu habis huraiannya.

Syabas kepada yang berjanji dan menepati janji dengan seikhlas mungkin  tapi bukan berjanji dan tunaikan janji itu namun disebalik janji itu terdapat “udang disebalik batu”. Tak elok. Maknanya bila member kita minta pula balasannya. Mungkin ada yang boleh member balaskan  atas sifat menghargai  pemberian  tapi  tidak kurang  yang akan menerima tanpa ingin membalasnya kerana pada mereka pemberian ikhlas tidak lagi perlu pembalasan khusus. Mungkin pembalasannya tetap ada tapi dalam bentuk yang berbeza dari apa yang diharapkan oleh pemberi janji.
Janji ibarat hutang. Ianya wajib dilunaskan dengan apa cara sekali pun asalkan masih mengikut lunas lunas yang halal. Kita yang berjanji kitalah yang kena lunaskan tanpa gesaan atau paksaan. Kalau tidak jangan berjanji kerana orang lebih selesa kalau kita tidak berjanji tapi pemberiannya tetap diteruskan . Itu lebih dihargai dari kita berjanji namun kita gagal menunaikan janji kita….

Related Posts:

  • Serap GSTT ke jawatan tetapKUALA LUMPUR 12 Okt. - Kementerian Pelajaran bakal memperkenalkan mekanisme bagi membolehkan lebih ramai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) diserap ke jawatan tetap pada masa hadapan. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. … Read More
  • Harapan guru sandaran belum kesampaian...GURU tetap atau sandaran, matlamat tetap sama mahu menjadikan murid cemerlang dalam akademik, berakhlak mulia. - Gambar hiasanMENCEBURI bidang pendidikan bukanlah suatu tugas yang mudah kerana dunia pendidikan dewasa ini penu… Read More
  • Seragam gaji guru KPLIKUALA LUMPUR 3 Julai – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan supaya gaji guru lepasan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) diseragamkan tanpa mengira jurusan yang diambil sebelum mengikuti kursus be… Read More
  • Kursus pengajaran subjek Sivik diperkenalKUALA LUMPUR 24 Jun - Kementerian Pelajaran hari ini menjelaskan, ia memperkenalkan opsyen Malaysia Negaraku bagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan dalam usaha melahirkan lebih ramai guru terlatih bagi subjek itu.Unit … Read More
  • Calon mohon KPLI kini perlu ada ijazah pengkhususanKUALA LUMPUR 19 Jan. – Syarat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kini diperketatkan termasuk mewajibkan calon memiliki ijazah dalam subjek yang ingin diajar, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asariah Meor Shar… Read More

0 Komen: