Tuesday, January 28, 2014

Sejuknya kat kampung

Awal 2 hari sebelum cuti raya cina CM balik kampung disebabkan ada perkara yang terpaksa CM ambik cuti. Bila ingat balik perkara tu rasa nak menitis air mata mengenangkannya. Alhamdulillah akhirnya hari ni semuanya dah selesai walau pahit kisahnya. Tapi bukan itu yang CM nak cerita. Cerita tu dah tutup buku dah. Ceritanya tentang fenomena sejuk di pantai timur nih. Memang sejuk betul la kat kg walau kesejukan dah berkurang dah dari sebelumnya.  Tambah2 baru lepas hujan rasa nyaman jer udara di kampung. Yang paling stress sekali ialah bila nak mandi. Rumah CM ni airnya disimpan dalam kolah. Sejuknya macam air yang disimpan kat dalam peti tu. Bila mandikan rasa kebas satu badan hahaha. Sejuk giler. Rasa malas mandi jer tapi tetap kena mandi jugak kalau  tak jadi kambing kalau tak mandi. Yang tak bestnya kat kampung ialah suasana malam yang agak sunyi sepi macam kampung ni xde penghuni jer. Rindunya rasa bila kenang kisah dulu2 yang sangat meriah.  Sekarang semuanya dah berubah..ok itu jelah cerita malam ini.. sejuknya kat kampung tapi bestttt.

Reaksi Anda:

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...