Sunday, January 19, 2014

Pistol Tembak Cicak?

Tujuh pistol tiruan dirampas  
  • Idris (kiri) menunjukkan pistol tiruan yang berjaya dirampas dalam Ops Cantas Khas, kelmarin.
KOTA BHARU- Polis Kelantan berjaya merampas tujuh pucuk pistol tiruan dalam satu pemeriksaan ke atas seorang lelaki dalam Ops Cantas Khas di Jalan Pasir Mas-Salor, di sini, kelmarin.
Bertindak atas maklumat awam, pada jam 1.30 petang, sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, menahan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva, dinaiki lelaki terbabit di hadapan sebuah kedai runcit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supritendan Idris Ab Rafar berkata, hasil pemeriksaan ke dalam kenderaan tersebut, pihaknya menjumpai sebungkus plastik berwarna hitam yang mengandungi tujuh kotak kecil.

“Dalam setiap kotak mengandungi sepucuk pistol dan tindakan lelaki itu menyorokkan pistol terbabit berjaya dikesan.

“Kesemua pistol tiruan berkenaan bertulis G.29 ‘Airsoft Gun’ itu turut ditemui bersama kelopak warna hitam. Suspek yang dipercayai bertugas sebagai guru swasta ditahan bersama barang rampasan untuk tindakan lanjut,” katanya kepada sidang media di sini.

Beliau berkata, hasil temu bual yang dijalankan ke atas suspek, dia mengaku membeli barang kes tersebut di Golok, Thailand dan menyatakan harga sepucuk pistol tiruan dibeli dengan harga RM60.

“Lelaki itu tidak pasti tempat pembelian pistol berkenaan, kerana dibawa oleh seorang warga Thailand untuk ke sana.

“Suspek pertama kali ke Golok dan menurut suspek, dia membeli barangan tersebut untuk dijual kepada pelanggan-pelanggan melalui laman sosial  facebook," katanya.

Idris berkata, kebanyakan pelanggannya berada di Kuala Lumpur dan pistol berkenaan digunakan untuk menembak cicak dan tujuan permainan sahaja.

“Hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif dan dilaporkan tiada rekod jenayah.

"Suspek direman empat hari bermula semalam. Kes disiasat di bawah seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960 untuk siasatan lanjut,” katanya

CM - Kalau sape2 ada pistol cicak ni hati2 la yer.. kadang2 niat kita tu hanya untuk tembak cicak jer.. tapi bila disalah guna tu yang jadi salah. Ramai yang guna pistol ni untuk merompak dan melakukan kegiatan jenayah. Kat Golok bebas jual benda nih... huhu... Jangan beli yer kalau pegi kat Thailand tu, sebab siapa2 yang kena tangkap mempunyai pistol ini boleh di kenakan penjara... takutttt :)

Related Posts:

  • Rindu? Betul kata hafiz hamidun ni, sebab ianya percumalah ramai orang sia2kn perasaan itu. Bila dah xde baru nak meratapi atau baru nak hargai erti rindu itu. So selagi masih ada kesempatan ini, manfaatkanlah perasaan rindu itu ke… Read More
  • Fenomena air pelbagai perisa Sekarang fenomena air pelbagai perisa. Nak sebut pun tak reti, hentam jelah air gelas besar atau pelbagai perisa. Kalau cikgu2 sekolah CM dia oanggil ngeteh. Sebabnya gerai yang jual air ni diorang namakan ngeteh. Ada… Read More
  • Tokoh Dikir Barat Kelantan 2015Tahniah my father yang dianugerahi tokoh dikir barat negeri kelantan buat kali ketiga dah kalau CM tak silap. Mungkin ramai tak tahu yang ayah CM merupakan pengiat kesenian dikir barat antara yang paling lama di negara kita. … Read More
  • Tempahan Design Banner dan BuntingBerita baik bagi sesiapa sahaja nak tempah design banner atau bunting dan print sendiri. CM menawarkan perkhidmatan mengdesign banner atau banting dengan kos yang murah jer. HANYA RM15 SAHAJA 1 design Bunting dan RM20 untuk b… Read More
  • Galeri sejarahAlhamdulillah... semakin menampakkan hasil dah galeri sejarah yang telah lama tertangguh... banyak lagi benda bak krna buat. Hari ni batu siap gantung banner sebagai backdrop galeri sejarah ni. Semoga dipermudahkn proses sete… Read More

1 Komen:

Anonymous said...

I must thank you for the efforts you'veput in penning this site.
I really hope to check out the same high-grade contnt by
you later on as well. In truth, your creative writing abilities has encourageed me to get my very own websige now
;)