Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baru dan Azam Baru

Di kesempatan ini CM ingin mengucapkan selamat tahun baru 2014 kepada followers dan pengunjung yang datang menjengah blog CM ni. Sekejap jer masa berlalukan..tahun 2013 sudah meninggalkan kita. Banyak kenangan manis 2013 yang CM tak dapat lupakan dan akan terpahat di sanubari sampai bila2. Semoga tahun baru ini memberi semangat baru dan azam baru untuk kita melakukan perkara kearah yang lebih baik lagi. Berhijrah dari yang kurang baik ke arah yang lebih baik lagi. Kalau azam sebelum ni belum tercapai kita teruskan lagi pada tahun 2014 ini dengan semangat yang gigih bagi mencapai azam tersebut.  Bagi yang dah mencapai azam pada tahun lepas selamat memasang azam barulah yer pada tahun ini.

Bagi CM lak, azam tahun lepas dah lupa dah apa dia..hahaha. tapi apa yang ingin dikecapi pada tahun lepas telah hampir berjaya dilakukan dengan sempurna. Insyaallah pada tahun ini CM berazam untuk menjadi seorang yang lebih baik lagi. Lagipun dah masuk angka 3 dah hahaha... dengan semangat yang baru sekarang ni, segala target akan cuba dicapai dengan cemerlang. Azam yang baik dalam kehidupan dan kerjaya akan CM lakukan untuk menjadi seorang yang cemerlang dalam semua perkara. Wah berkobar2 ni semangat.  Yeyejekan hahaha. Xper, yang penting semangat tu ada dan 'pembakar semangat' CM sentiasa ada jadi azam akan dapat dilakukan dengan mudah lagilah tahun 2014. Jadi moralnya jom berubah dari kurang baik ke arah yang lebih baik. Azam baru ke azam lama ker..kehidupan mesti diteruskan yeahhhh semangat. ..:)

Reaksi Anda:

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...