Wednesday, January 29, 2014

Alahai nasib cikgu

Wah bukan main lagi akhbar sehari dua ni kan.  Bila timbul kes sorang cikgu suruh murid makan rumput terus menghukum semua cikgu.  Korek semua berita tentang kesalahan cikgukan. Semua kebaikan cikgu yang buat selama ni xde dah. Bagus la paper mcm ni terus hasut masyarakat untuk membenci cikgu kat Malaysia nih. Kalau anda nak tahu bukan semua cikgu perangai macam tu. Xde sorang pun cikgu kat dunia ni nak anak murid dia jadi lembu. Yang kes kat perak tu adalah kes terpencil sahaja. Jangan terus menghukum cikgu2 lain kat dunia ni. Dari penganggur sampailah ke Pak Menteri suruh pecat cikgu. Sorang pun xde yang membela cikgu. Kesiankan nasib cikgu nih. Bukanlah CM nak bela cikgu yang buat begitu kat anak murid, tapi kena la siasat dulu kenapa cikgu tu buat macam tu. Kenapa hanya dengar cakap budak itu sahaja? Kenapa dengar sebelah pihak sahaja. Semua terus menghentam cikgu tu. Memang la cikgu tu salah cara dia buat begitu kat anak murid, tapi sekurang2nya dengar la penjelasan guru tu sedikit. Ni langsung xde dalam beritakan. Budak tu pulak bukan main lantang lagi bercakap dalam tv tentang apa yang cikgu tu buat. Baru darjah 4 jer.

Sekarang ni kan, cikgu tak boleh nak buat apa dah kat anak murid. Suruh buat kerja tapi xnak buat. Bila suruh jadi lembu marah pulak. Sentuh pun tak boleh dah. Apa nak jadi dah murid2 sekolah sekarang ni kan. CM ingat dulu masa jadi murid2 zaman sekolah rendah. Kena buka baju dijemur tengah panas. Itu perkara biasa jer. Kena rotan tu adalah perkara yang selalu terjadi kalau tak siap kerja sekolah. Xde la sampai masuk paper mengadu. Mengadu kat ayah lak siap kena pukul lagi.  Hormatnya orang dulu2 kat cikgu ni. Sebab mereka tahu apa yang terbaik cikgu tu buat untuk anak mereka. Sekarang ni mak bapak lebih percaya akan anak dia walaupun baru darjah 4. Nasib la anak2 sekarang ni terlampau dimanjakan sangat. Bukan CM nak sokong cikgu pukul anak murid, tapi cuba tanya diri kita tu kenapa cikgu buat macam tu kat anak kita. Kenapa anak orang lain cikgu tak pukul? Renung2kan yer para ibu bapa...

1 Komen:

Cikgu Abah said...

ibu bapa dulu lain tak macam sekarang...sekarang anak2 jadi tak tentu arah sbb terlalu dimanjakan...tak guna kpm buat macam-macam program utk naikan mutu pendidikan kalau sikap murid dan ibu bapa macam ni...bagi la ape aktiviti pon...bila murid tak nak buat...guru tak boleh buat apa-apa..so..berjayakan setiap program yang dirancang..abis tu salahkan cikgu juga kalau mutu murid semakin merosot.