Wednesday, October 23, 2013

Benci betul rasa!!!

Tiba2 rasa benci pulak bila tgk gambar2 tuh...arghhh sakit hati rasa. Takpe2 lepas ni giliran CM lak buat diorang sakit hati. Bukan main seronok lagi yer...hmmm menyampah tengok. Ok dah puas hati dah Hahaha.... :) Gambar mana yer? Biarlah CM jer tahu gambar mana..huh! Malas tengok dah hahaha....ada jugak gitu yer... :) kalau tgk lagi sakit hati...ok dah ok dh sikit sakit hatinya...apesal tertengok lagi hari nih...adoiiii benci betul rasa!!!

Monday, October 21, 2013

Koboi yang buntu

Ni lepas tulis artikel kusut teringat pulak pasal tema koboi untuk majlis dinner akhir tahun nanti. Masa tu kena pakai pakaian bertemakan koboi. Buntu betul rasa fikir nak cari pakaian koboi nih. Nak sewa rasa x berbaloi dan lagi satu jauh lak nak pergi ambik. Godek2 kat google tak jumpa jugak kedai yang jual pakaian koboi dekat2 klang nih. Tgk kat e bay ada jual, nak order takut sampai lepas dinner nanti. Hmmmm buntu betul rasa. Ingat nak pergi cari kat GM Klang tapi ada ke kat sana? Pakaian budak2 banyak la rasa. Buntu lagi dok fikir nak pakai apa. Takkan la nak pakai kemeja biasa jer lagipun setahun sekalikan. Lagi satu CM yang beria ia bagi sokongan kat kawan buat tema ni tapi CM lak tak pakai pakaian koboi mana boleh gitukan. Tu orang panggil cakap tak serupa bikin hahaha. Nanti orang tak percaya kat kita lak baru padan muka. Kalau xde sangat ada topi koboi pun dah ok dah rasakan. Yang penting kena dengan tema tak menang takpe. Sokongan utk kawan tu penting.  Kalau tak kecik hati dia nanti. :) sebabnya dah janji tak nak kecik kan hati kawan dah. Macam mana pun akan cuba cari pakaian koboi supaya majlis tu akan nampak lebih meriah dan grand. Argghh tak nak fikir dah, makin fikir makin buntu.  Fikir esok pulak nak tido dah. Zzzzzz.

Kusut

Jam dah pukul 2 pagi dah tapi kenapa mata x boleh lelap lagi. Fikir punya fikir baru teringat ptg td pekena tea ais. Golek sana golek sini x boleh tido jugak. Jadi masa tengah golek2 macam2 dok fikir dalam kepala. Semakin fikir semakin kusut jadinya otak. Orang cakap kalau kita asyik fikir jer masalah lama2 boleh jadi shock hahaha. Jadi CM pun stop la fikir kejap sebab nak tulis dalam ni. Lagi pun CM tak suka cakap masalah kat orang tapi dengan tulis dalam blog ni sekurang2nya mengurangkan sikit tekanan oleh masalah2 yang membelengu sekarang ni.  Masalah di sekolah dan masalah2 lain Kalau fikir tak akan habis masalah2 tu. Jadi CM ambil keputusan tak nk fikir dah masalah2 tu cuma perlu mengambil langkah secara sistematik untuk settlekan masalah ni satu persatu. Huhuhu. Orang cakap masa senang kena beringat, tapi bila dah susah baru nak menyesal. Adoiii kusut betul kalau fikirkan. Tapi CM xde la susah pun cuma kalau  susah jer. Suka menggunakan perkataan 'kalau' supaya lebih beringat pada hari mendatang. Baik kita fikir dulu sebelum benda tu berlakukan. Lepas ni nak cuba elakkan masalah2 tu berlaku dan akan membuat perancangan yang lebih teliti lagi supaya tak jadi macam sekarang ni. Kusut betul rasa :).

Thursday, October 17, 2013

Korban

Raya korban tahun ni CM tak dapat merasa sekeping pun lagi daging korban ni. Hahaha. Sahkan daging kuah daging korban pun x dpt rasa. Sedih betul rasa. Pergi jalan2 rumah adik beradik pun bukan mereka buat korban pun. Masak bihun, ayam dan nasi himpit. Kempunan betul. Tapi masa hari raya korban dapat la kupon utk ambil daging korban kat masjid, tp CM xdpt pergi ambil sebab nak pergi beraya rumab adik beradik kat selayang baru. Kupon tu CM sedekahkan kat pak guard yang jaga apartment kami nih. Huhu.

Pada hari raya ketiga lak sekolah CM buat la korban sekor lembu.  Korban tu dibuat pada waktu pagi. CM tak terlibat pun jd ajk atau apa2 benda. Sedih betul sebab tak dapat merasai kemeriahan korban tu. Tapi x mengapa lagipun kena jaga adieb sebab neneknya belum dtg lg utk jaga adieb. Tgu la wife CM balik sekolah ambik adieb. Kira tukar shift la kan. wife CM balik pukul 12.40, dan bawa adieb pergi sekolah dia manakala CM masuk sekolah dalam pukul 1.00ptg. Lagipun hari tu bertugas. Semangat la tengok kawan2 post gambar tengah makan sup. Ada sorang kawan baik tu cakap macam2 menu ada. Hari2 dia cakap. Excited la CM nak pergi merasa hasil kerjanya. Sampai di sekolah kena urus budak2 sesi petang dulu. Ramai la cikgu petang xde sebab terlibat dengan program korban waktu pagi. Kelas terpaksa di pecahkan. Jadi CM pun tak pergi la makan lagi sebab urus murid2. Lepas urus murid CM pun pergilah kat bilik KH yang sediakan makanan td. Excited betul nak pergi merasa supkan. Dah tengok gambar kawan post kat wasap tuh meleleh air liur haha. Sampai saja kat bilik tu tengok semua orang dah kemas dah. Xde dah nampak orang dok makan. Berkecai hati rasa. Rasa nak nangis jer. Huhu. Tak dapat la merasa kuah sup yang kawan buat. Bukan nak makan sangat cuma excited kawan2 dok cerita. Tapi x mengapalah dah xde rezeki.  Masa tu ada kawan panggil ada lagi makanan yang di bungkus dah. Tapi dah rasa tawar hati dah tu xnak makan. Lagipun ada kelas waktu tu. Sebak jer rasa tadi hahaha. Kempunan lagi daging korban. Ingatkan ada la sampai pukul 3, ni pukul 1.30 semu dah kemas. Harap2 esok CM dapat merasa daging korban. Kuah pun jadilah. Teringat cerita batu belah batu bertangkup. Kempunan nak makan telur tembakul. Huhu. Tu jelah luahan sedih CM untuk raya korban tahun ni yang terpaksa berkorban. :(....

Soal hati

Bila berbicara tentang hati, tiada sesiapun yang tahu isi hati seseorang. Hati berkait rapat dengan perasaan. Tiada siapa pun menduga kerana hati seseorang itu mudah tersentuh dan terusik. Jika seseorang itu mempunyai hati terhadap sesorang itu, ia mudah terguris dan tersentuh. Soal hati CM pulak  sukar menemui jawapannya...huhu

Erra Fazira – Soal Hati

Kau hanya wajah biasa di mataku
Pasti lenyap sederas tibamu
Tak perlu aku memikirkan mu selalu

Kau tiba pada waktu tak terduga
Dalam mimpi dan di dalam jaga
Sehingga aku bukan diriku yang dulu

Soalnya hati, sukar di mengerti
Apa terjadi di luar kawalan diri
Entah mengapa sejak bersua
Aku dilanda resah
Kau mewarnai mimpiku
Ku dalam igauan rindu

Kau yang biasa kini istimewa
Engkau membuat hidupku berubah
Yang ku cari-cari selama ini
Telah ku temui…

Soalnya hati, sukar di mengerti
Apa terjadi di luar kawalan diri
Entah mengapa sejak bersua
Aku dilanda resah

Kau mewarnai mimpiku
Ku dalam igauan

Apa terjadi di luar kawalan diri
Entah mengapa sejak bersua
Aku dilanda resah

Kau mewarnai hidup ku
Ku dalam igauan (ku dalam igauan)
Ku dalam igauan (ku dalam igauan)

Kesedihan

Masa lalu seperti kesedihan telah pergi dan selesai, ia tidak akan berulang kembali. Masa depan masih ada dialam ghaib dan tidak boleh dihadirkan sekarang dan belum tentu akan datang.

Oleh kerana itu, kita tidak perlulah mengharapkan kedatangannya. Biarlah ia datang dengan sendirinya.

Berbuat baik sesama insan akan menimbulkan perasaan gembira dan dapat melegakan hati, membawa barakah dan menimbulkan ketenangan.

Ajal telah ditentukan oleh Allah SWT dan segala sesuatu yang terjadi adalah menurut qadha’ dan qadarNya. Oleh kerana itu, seorang hamba tidak boleh menyesal dan bersedih dengan apa yang terjadi.

Rezeki semua makhluk telah dijamin oleh Allah SWT, tiada seorang pun yang mampu mengendalikan dan mengaturnya dan tidak seorang pun mampu menghambat datangnya rezeki.

Wednesday, October 16, 2013

Wanita psiko

Malam ni nak cerita pasal wanita psiko. Apa tu wanita psiko? Google la sendiri yer hahaha. Sehari dua ni kan CM diganggu oleh seorang perempuan yang CM nak gelar dia wanita psiko.  Kenapa CM panggil dia wanita psiko? Sebabnya dia baru add CM kt fb tak sampai sebulan pun lepas tu selalu jer nak chat dgn CM. Wanita tu orang Johor umur 23 tahun. Mula2 dia tegur biasa jer lama2 ish3... malas nak cerita la CM makin mengarut la pulak. Walau CM tak layan pun dia ttp tegur CM. Hahaha psikokan?. Kalau jrg2 tu xpe la jgkkan ni 24 jam. Pagi tgh hari, ptg dan tgh malam. Naik serabut la pulak CM. Hahaha. CM akan chat dgn orang yang CM suka jer kalau orang yang CM tak suka rasa menyampah pun ada. hahaha. Macam mana yer CM nak atasi masalah ni? Nak remove nanti orang kata sombong pulak. Tak remove mengada2 pulak. Adoiii. Wanita tu cantik dan seksi. Tp CM tak sukaaa orang psiko mcm tuh. Adoiiii.  Ada kan satu kali tu dia ajak CM kahwin. Tak ker gila mcm tuh. Hahaha. Tunggu masa jer nak remove ni. Biarkan dulu dia dengan psiko dia. Sebabnya kalau kita buat dengan kekerasan wanita psiko ni boleh buat mcm2 kat kita. Takut jugakkan.  CM ambil jalan bertenang dan cool. Yang tak tahannya asyik ajak web cam jer. Setakat ni CM tak layan pun dan selalu cakap bz kalau dia tegur hahaha. Mula2 dulu jer layan chat. Sekarang kena log out jer fb untuk Jalan selamat. :). Tapi masih dia hantar chat. Stress betul rasa. CM akan chat, wasap atau wechat ker dengan orang yang CM suka jer. Setakat ni sorang jer kawan yang CM suka chat. Yang lain bukan x suka cuma xde mood nak layan. Hehehe. Tu jelah cerita malam ni tentang wanita psiko.  Huhu :).

Saturday, October 12, 2013

Raya haji

Tahun ni agak sedih kerana x dapat balik raya haji kat kg. Kalau kat Kelantan raya haji sangat meriah. Tapi disebabkan cuti yang x berapa mengizinkan terpaksa beraya kat sini. Sedihnya teringat mak dan ayah kat kg. Maaf ye.mak n ayah anaknda disini tak dapat balik :(. (Cakap macam mereka baca jer blog ni hahaha). Tak lama dah nak cuti sekolah ni. Boleh tinggal lama2 kt kg. Sabar yer....  :). CM MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DIDUNIA INI. MAAF JIKA ADA SALAH DAN SILAP :)

Friday, October 11, 2013

Malas

Sebut perkataan 'malas' semua orang malas termasuk CM. Macam mana nak buang sikap malas? Itu pertanyaan biasa bagi orang malas. Orang yang malas akan memberi 1001 alasan sebab dia malas. Hahaha.  Tak perlu nak cerita malas sebab apa sebab CM malas nak cerita. Hahahaha kan dah malas tu. Malas ni kadang2 bersebab ada malas sebab mengantuk, malas sebab xde mood, malas sebab baka dia dah malas, malas sebab dah habis energy dan sebagainya. Susah nak jumpa seseorang tu rajin 24 jam. Contohnya seseorang tu rajin sangat kerja, tapi bila dah balik rumah dia akan cakap malasnya nak mandi. Hah tu dah malas dah tu. Xde pun orang rajin 24 jam. Tipu la cakap kalau "aku rajin jer". Sebab ada ketikanya dia akan malas dengan sendiri. Walau bagaimanapun, sikap malas ni perlu dikikis dalam diri kita supaya kita menjadi orang yang rajin dan berinovatif dalam melakukan sesuatu perkara. Bila kita malas semua orang tidak suka. Kalau rajin mesti orang akan suka. Tapi jangan la rajin depan bos jer. Itu bukan rajin itu bodek namanya. Itu jelah tentang malas, malas CM nak tulis panjang2 hahaha.  Ada jugak malas kat situ.
Malasnya .....  

Erti Kesyukuran

Kali ini CM nak cerita tentang erti Kesyukuran. Tak nak cerita pasal orang lain tapi nak cerita pasal diri sendiri jer. Kadang2 kita tak sedar kata2 yang kita anggap sebagai gurauan itu menunjukkan yang kita tak bersyukur diatas nikmat  yang di perolehi. Walaupun benda itu dianggap remeh, namun ia boleh menjadikan kita riak dan takbur diatas sesuatu nikmat yang diperolehi. Setiap hari kita perlu bersyukur diatas kurniaan Allah kepada kita. Sebagai contoh selepas makan, selepas mandi, selepas bangun tidur dan sebagainya. Semua itu kita perlu menyatakan kesyukuran kerana ianya adalah anugerah dari Allah untuk kita. Cuba bayangkan kalau kita tak boleh tidur? Tak boleh mandi? Atau tak boleh makan. Susahkan. Untuk sentiasa bersyukur CM selalu memohon kepada Allah supaya menjadi hamba yang bersyukur diatas segala rezeki yang telah diberi oleh-Nya. Dengan rezeki yang diberi selama ini walau tidak semewah mana, namun ianya cukup membahagiakan. Kalau orang ada kereta kita ada juga, kalau orang ada rumah kita ada juga, kalau orang ada tanah kita ada juga. Semuanya dari pemberiaan Allah untuk kita supaya kita menjadi insan yang bertakwa kepadanya. Kesedihan pun merupakan anugerah Allah kepada kita untuk kita memperbaiki diri menjadi lebih baik lagi. Bersyukurlah kita diberi kesedihan kerana dengan kesedihan juga dapat memberi kita peringatan supaya menjadi insan yang tidak lupa kepada-Nya. Ada juga manusia yang tak pandai bersyukur apabila selalu merungut dan mempertikaikannya. Supaya CM  tidak menjadi orang seperti itu. Insyaallah.

Tensionnnnnn!!!!!!

Hari ini CM agak tensen dengan sorang minah tu.....tak payah nak cerita sebab apa, xde mood rasa. tiba2 hilang mood masa nak balik sekolah. Silapnya dari CM jugak. Tapi masalahnya minah tu berlagak macam la dia bos besar... 2 kali lak tu kena minggu ni. Huh! Apa2 pun, kejadian hari ini akan dijadikan pengajaran untuk CM mengubah sikap CM selama ni... nasib baik ada kawan tolong cool down kan perasaan sedih dan tension tadi.. Terima kasih frenz. Rasa happy sangat lepas dapat kata2 semangat dari dia. Tetapi perasaan stress tetap ada walau x kuat. Arghhhhhhhhhhh!!!!!! Mengapa ia terjadi!!!!! Lepas ni CM akan pastikan benda tu tak akan terjadi dah. ok! rileks Moka, rileks!... tarik nafas hembus, tarik hembus..ok dah, pergi tido nuh!. Baiklah :)

Wednesday, October 9, 2013

Perangai Pelik

Ni nak cerita pasal perangai pelik CM. Kalau uols nak tahu. Cewahhh pandai guna uols dah sekarang ni :) hihihi. Kalau uols nak tahu CM ni ada perangai pelik sikit yang susah nak di ubah.  Salah satunya kalau orang panggil CM akan buat tak tahu jer. Kena panggil banyak kali baru CM akan menyahut. Hahaha. Teringat dulu masa zaman sekolah menengah, ayah CM panggil CM  dua tiga kali baru CM menyahut. Marah la dia kat CM sehingga dia cakap nak tembak CM dengan senapang patah sebab panggil x menyahut. Hahaha.  Tu benda pelik dari dulu sampai sekarang ni yang CM tak boleh nak ubah.

       Perkara pelik yang lain pula ialah CM ni kalau datang angin elok akan bercakap la dengan orang. Kalau datang angin kus kus CM tak akan tegur orang sehingga orang akan cakap CM ni sombong. Pernah satu ketika CM tak bercakap pun dengan kawan sebilik masa kat um dulu. Sehingga bergaduh la dengan room mate tu. Pernah ada sorang kawan tegur CM dulu, kawan tu cakap kau ni pelik betul kalau nak bercakap dengan orang kau bercakap kalau tak nak bercakap buat macam lembu kenyang jer. Hahaha. Kawan tu dah arwah dah sebab eksiden. Alfatihah untuk arwah. Tu la perangai pelik yang susah nak ubah sampai sekarang ni. Pelikkan.

         Satu lagi perkara pelik ialah CM susah nak cerita masalah CM kepada sesiapa sahaja termasuk wife cm. CM suka pendam jer. Pernah satu ketika CM  sedih sangat ada satu perkara tu berlaku (jeng3 orang tu tahu kot) CM tak cerita pun apa2 kat wife.  Kiranya dia la orang paling rapat dengan CM tapi agak susah CM nak cerita masalah. :). Tapi CM suka pulak cakap dengan kawan tu :). Itulah antara perkara2 yang pelik yang ada dalam diri CM ni. Satu lagi tambahan perkara yang pelik ialah CM mudah suka kat orang. Ops!! Hehehe.  Tu jelah nak kongsi dengan uols malam ni. Nanti banyak lagi cerita nak kongsi dengan uols.
Perasan pulak tengok gambar ni :) 

Itu bukan takdirnya

Tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh kawan CM di blognya untuk CM memberi komen dan semangat untuknya. CM tahu besar ujian yang di tempuhinya. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Pelbagai ujian dilaluinya dengan penuh sabar namun ada ketikanya CM tengok statusnya ada kekecewaan dan putus asa. CM tahu dia dan sominya bukan jenis macam tu. Jika mereka tidak kuat tak mungkin Allah akan memberi ujian sebegitu untuknya. Selalu kawan CM itu menyebut 'andai itu takdirnya' seolah2 dia dah pasrah dan redha dah segala kemungkinan yang terjadi. Bagi CM itu bukanlah takdirnya lagi. Ini kerana dia sebelum ni dah diberi rezeki 'itu' sekejap, maknanya rezeki tu pasti ada lagi nanti cuma Allah nak uji kesabaran dia sahaja tu. Mesti dia akan cakap sampai bila? Jawapan itu hanya Allah sahaja yang tahu. Percayalah sahabatku rezeki Allah tu amat luas sekali dan tak terhitung oleh hambanya. Jangan sesekali berputus asa kerana Allah tidak suka akan hambanya yang berputus asa. Teruskan usaha serta tawakal kerana Allah tidak zalim untuk hambanya dan doa dari CM tidak akan putus untuk dia sahabat. Semoga sahabat CM ni diberi kekuatan diri dan semangat yang kuat untuk menempuhi ujian yang sementara ini. Percayalah doa mu pasti akan termakbul dan akan tiba suatu hari nanti rezeki 'itu' akan datang nanti dan pasti akan membahagiakan kamu wahai sahabat, Insyaallah.

Tuesday, October 8, 2013

Kaki bodek atau kaki kipas

Isu kali ni agak hot sikit. Tapi dah itu ada dalam kepala sekarang ni, terpaksa CM tulis. Kalau tak tulis tak ingat lak. Ada satu kisah ni, seorang hamba Allah kalau depan bos lembut dan baik jer buat kerja. Semua cakap pasal kerja. Itu dah buat ini dah buat sedangkan hakikatnya kelas pun tak masuk. Nak di jadikan cerita,  hari tu ada la open day kt sekolah. CM ni cikgu kelas jadi terpaksa menjawab segala pertanyaan ibu bapa. Ada satu kali tu ibu bapa tanya kenapa band dia rendah untuk subjek tersebut. Subjek tu bukan CM yang ajar jadi CM tanya la anak diasiapa yang ajar  subjek tu, dia pun cakap la cikgu tutttttt. :) CM tanya lagi dia ajar apa dah sekarang ni depan ibu bapa tersebut, murid tu jawab cikgu tu langsung tak pernah masuk kelas ajar subjek tersebut. Terkejut CM dengar. Untuk cover balik CM cakap la mungkin cikgu tu ada kursus kot tak sempat masuk lagi. Dah la bagi band rendah kelas pun x masuk susah la macam tu. Rasanya dia pernah dapat APC, tapi kalau kelas tak masuk CM rasa tak layak dia dapat anugerah tu. Bukan CM nak jeles, dah tu rezeki diakan tapi sekurang2nya masuk la kelas jarang2 walau malas sekali pun, ini tidak, langsung tak masuk kelas tu. Bukan sorang CM tanya tapi banyak orang murid jugak la. Tersenyum sendiri bila CM dengar dia tak masuk kelas.  :)
Nampak tak disitu bahawa nak dapatkan sesuatu perlu bodek, perlu kipas, perlu econ.  Kalau kita buat kerja ikhlas, Insyaallah Allah akan membalasnya. Tak perlu mengharapkan penghargaan di dunia jika buat kerja tak ikhlas dan kaki bodek bos. Mulut manis bila bercakap tetapi hakikatnya...Allah sahaja yang tahu. CM selalu berdoa agar diri ini di hindari sikap kaki bodek atau kaki ampu ni. Biarlah orang menilai kerja kita tak perlu nak ampu bos nak dapatkan penghargaan. Semoga CM menjadi orang yang sentiasa bersyukur dan tidak menjadi kaki bodek semata2 untuk dapatkan ganjaran didunia. Semoga ganjaran akhirat dari Allah lebih mulia dan nikmat lagi. Insyaallah.

Nostalgia BFF

Bila duduk sorang2 teringat zaman universiti dan IPG dulu. Dulu CM belajar kat UM dalam bidang geografi. Masa tu tahun 2004 first time CM datang Kuala Lumpur. Belum pernah sebelum ini datang jalan2 Kuala Lumpur. Disebabkan dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti dapat la merasa datang ke Kuala Lumpur. Hahaha. Penampilan masa tu agak teruk sekali kerana budak kampung yang datang ke bandar belum dapat membiasakan diri lagi. Tapi selepas perkenalan dengan kawan2 barulah imej tu dapat diubah menjadi orang moden sikit, hahaha. Tapi bukan itu yang CM nak cerita,  tapi tentang BFF atau Best Friend Forever. :) Masa kat U dulu, CM ada sorang BFF namanya Aishah. Dia orang negeri Perak. CM sangat baik dengan dia, selalu tolong dia dan selalu share masalah. Dia juga selalu sakit macam.kawan kita sekarang ni. Kebetulan betul :). Tapi sekarang ni dah x berhubung dah sebab kehilangan telefon dulu. Sedih betul. Lost contact terus. Tak dapat dengar dah berita dari dia. Diharap BFF saya tu masih ingat lagi saya dan sentiasa dalam keaadaan sihat sentiasa. Masa kat U tu ramai la jugak BFF tapi sekarang dah kurang dah keaktifannya apabila semua dah berumah tangga. Semoga BFF saya tu bahagia sentiasa. 


 
Masuk maktab pula, jumpa lagi BFF yang baru. Namanya rahsia. Hahaha. BFF ni sama kursus dgn CM tp kos lain2. Nak dijadikan cerita masa tu pergi main bowling, tetapi CM tak bagitahu kt tunang CM masa tu ( masa tu dah bertunang). Gaduh besar la jawabnya masa tu apabila kawan CM tag gambar kt facebook masa main bowling tu.. adoiii hahaha.. tapi lepas pujuk balik baru ok tunang CM tu. Tragis juga la masa tu :). Lepas kejadian tu, CM pun kurangkanlah aktiviti dengan BFF tu. Hehehe. Kawan jer x lebih dari tu. Ada sorang lagi BFF kat maktab tu, tapi masa kat maktab kurang rapat, lepas maktab tu jer baru rapat. Apa2 pun kenangan dulu cukup indah buat CM. Sekarang BFF CM semua dah kahwin. Semoga mereka berbahagia selalu. Amin. Sekarang ni adakah CM mempunyai BFF yang baru lagi?  Mungkin persoalan itu belum dapat jawapan  lagi. Walau bagaimanapun semua kawan CM adalah BFF semuanya. Cuma yang disebutkan adalah yang terbaik dalam hidup CM. Yang tak sebut ada lagi kot hahaha :) 

Antara kerjaya dan keluarga

Alhamdulillah syukur pada Allah, kerana CM dipostingkan sama tempat dengan wife CM. Posting hari ini berkenaan tentang kerjaya dan keluarga. Agak sedih bila tengok kawan2 yang berjauhan dengan family apabila dipostingkan agak jauh dari pasangan masing2.  Ada kawan CM yang dipostingkan di Sarawak dah beberapa kali dah mohon untuk ditukarkan ke negeri dimana isterinya dipostingkan. Agak malang sekali apabila permohonannya ditolak. Walau bagaimanapun, CM bangga dengan dia kerana dia tidak berputus asa untuk memohon pertukaran ke negeri isterinya di postingkan iaitu di Negeri Sembilan. Semoga permohonannya kali ini berjaya demi kepentingan keluarga. Satu lagi, berita gembira apabila kawan CM berjaya tinggal bersama keluarganya setelah 4 tahun memohon pertukaran dalam negeri Selangor. Walaupun permohonannya tidak berjaya, namun permohonan isterinya berjaya tinggal berhampiran dengannya. Isterinya seorang nurse. CM tumpang gembira apabila mereka dapat tinggal bersama-sama dah. Yang paling sedih CM dengar cerita ada sorang kawan ni, sanggup tinggal berjauhan dengan isteri. Tak pernah pun CM dengar dia memohon pertukaran walaupun dah lebih 5 tahun dah bekerja. Sorang di hujung negeri dan sorang lagi di tengah 2 negeri. Sedangkan anak tengah membesar dan perlukan kasih sayang daripada seorang ibu dan bapa. Tetapi CM tengok dia biasa jer, xde pun kesungguhan nak tinggal bersama keluarganya. Walaupun sayang tempat kerja atau negerinya sekali pun, perlu dia berkorban untuk keluarganya. Sampai bilakan nak hidup 'membujang' dan enjoy jer. Kalau CM, dah lama akan berusaha untuk tinggal bersama keluarga demi anak. Apa2 pun keluarga perlu didahulukan demi masa depan yang terjamin. Nak gelak pun ada apabila dengar cerita dia. Hahaha. Apa motif dia tak nak pindah pun CM tak tahu. Dengar cerita kawan saya tu ada 'cable', tapi x tahu la betul ke tidak. Semoga kawan saya tu bahagia hidup macam tu. Kesimpulan yang CM dapat simpulkan ialah, antara kerjaya dan keluarga,  kita perlu pilih keluarga melebihi segalanya :). Jangan la enjoy dan seronok sangat sampai keluarga terabai, perlu la pengorbanan sebagai seorang suami. 

Ujian Itu Hadiah Dari Allah

481363 383318548392655 705639850 n 300x238 Ujian Itu Hadiah Dari Allah

Hari terus berganti hari. Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari. Di celah-celah hari berwarna-warni yang di jalani dan ditelusuri, tanpa disedari atau tidak, manusia sebenarnya telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi. Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap orang diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya.

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… ( Al-Baqarah: 286)
ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. ALLAH mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu ALLAH memberikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya. ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya.

Hakikatnya saat ini, saat kita sedang mengecapi bahagia, ada berjuta manusia di luar sana yang sedang dihujani ujian atau dihimpit pelbagai derita. Ada di kalangan manusia di luar sana yang saat ini sedang diuji dengan kehilangan orang tersayang. Tidak kurang juga ada manusia yang diuji apabila apa yang diingini dan diharapkan tidak terjadi dan diberi.

“ Kenapa aku yang diuji ? “
“ Mengapa aku diuji sebegini ?”
“ Ujian ini sangat berat. Aku tak mampu…”

Mungkin ini adalah antara persoalan dan keluhan yang meniti di bibir atau berlegar di fikiran kita sebagai seorang hamba saat dihimpit dengan secebis ujian. Kadangkala tanpa sedar dan niat kita juga terlanjur marah pada DIA kerana menghujani kita dengan pelbagai ujian.

Tetapi, apabila kita menenangkan diri dan bermuhasabah kembali, tenyata sebenarnya dengan ujian yang diberi kita adalah hamba yang beruntung . Mengapa saya katakan begitu? Kerana ujian hanyalah diberi oleh Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Hamba-hambanya yang dikasihi dan disayangiNya. Dan jangan kita lupa bersama ujian itu juga ada pertolongan dari Allah sepertimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)

Sebagai manusia biasa, kita pastinya tidak akan mampu menjangka bilakah ujian itu akan muncul tiba. Walaubagaimanapun, jika kita mengetahuinya, apalah kudrat kita sebagai seorang hamba yang kerdil lagi penuh dosa untuk menolak ujian-ujian yang bakal menyapa itu. Jika direnungkan kembali, kita semua pastinya pernah dan akan ditimpa ujian dari yang Maha Esa, tetapi saat ujian itu tiba, mampukah kita menjadi manusia yang bersyukur dengan ujian itu dan memandangnya sebagai hadiah pemberian Allah?

Manusia itu sifatnya pelupa, Ada masanya dalam melayari kehidupan di dunia, kita lalai dan leka pada hakikat yang nyata bahwa kita hanyalah hamba DIA yang Esa. Jadi apakah sebenarnya yang mampu membangkitkan manusia dari kelalaian dan kealpaan ini? UJIAN. Ya, Ujian. Ujian atau mehnah yang menjengah dalam kehidupan kita itulah sebenarnya yang mampu mengejutkan kita dari mimpi dunia yang panjang.

Allah Tuhan yang Maha Mengetahui. Mungkin tanpa ujian-ujian dan dugaan yang dikirimkan khas oleh DIA untuk kita, kita masih lagi menjadi seorang hamba yang hanyut dan lemas dalam lautan kelalaian. Apa yang paling utama sebenarnya adalah “ hadiah ” itu dikirimkan oleh Allah bertujuan untuk menilai sejauh mana keimanan kita terhadapNya sepertimana yang dijelaskannya di dalam Al-Quran:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)
Justeru, marilah kita sama-sama bermuhasabah dan menilai kembali segala prasangka buruk yang mungkin pernah bermain di fikiran kita saat kita diuji. Inilah saatnya bagi kita, saya dan anda yang sedang membaca, merubah fikiran kita dan mula memandang ujian-ujian yang telah dan akan kita lalui sebagai sebuah ‘ hadiah’ dari Allah dan bukan lagi satu bebanan. Apabila kita benar-benar menyedari hakikat ini, maka kita akan menjadi seorang hamba yang bersyukur dengan segala ujian yang diberi.

Pembaca yang dikasihi oleh Allah,

Jika anda saat ini sedang diuji, ingin saya sampaikan sesungguhnya bersyukur dan berbahagialah anda kerana
UJIAN itu HADIAH dari ALLAH

Kisah Nyata : Keajaiban Kesabaran dan Kekuatan DO'A Seorang ISTERI


Di Madinah ada seorang wanita cantik shalihah lagi bertakwa. Bila malam mulai merayap menuju tengahnya, ia senantiasa bangkit dari tidurnya untuk shalat malam dan bermunajat kepada Allah. Tidak peduli waktu itu musim panas ataupun musim dingin, karena disitulah letak kebahagiaan dan ketentramannya. Yakni pada saat dia khusyu’ berdoa, merendah diri kepada sang Pencipta, dan berpasrah akan hidup dan matinya hanya kepada-Nya.

Dia juga amat rajin berpuasa, meski sedang bepergian. Wajahnya yang cantik makin bersinar oleh cahaya iman dan ketulusan hatinya. Suatu hari datanglah seorang lelaki untuk meminangnya, konon ia termasuk lelaki yang taat dalam beribadah. Setelah shalat istiharah akhirnya ia menerima pinangan tersebut. Sebagaimana adat kebiasaan setempat, upacara pernikahan dimulai pukul dua belas malam hingga adzan subuh.

Namun wanita itu justru meminta selesai akad nikah jam dua belas tepat, ia harus berada dirumah suaminya. Hanya ibunya yang mengetahui rahasia itu. Semua orang ta’jub. Pihak keluarganya sendiri berusaha membujuk wanita itu agar merubah pendiriannya, namun wanita itu tetap pada keinginannya, bahkan ia bersikeras akan membatalkan pernikahan tersebut jika persyaratannya ditolak. Akhirnya walau dengan bersungut pihak keluarga pria menyetujui permintaan sang gadis.

Waktu terus berlalu, tibalah saat yang dinantikan oleh kedua mempelai. Saat yang penuh arti dan mendebarkan bagi siapapun yang akan memulai hidup baru. Saat itu pukul sembilan malam.
Do'a "Barakallahu laka wa baaraka alaika wa jama’a bainakuma fii khairin" mengalir dari para undangan buat sepasang pengantin baru. Pengantin wanita terlihat begitu cantik. Saat sang suami menemui terpancarlah cahaya dan sinar wudhu dari wajahnya.

Duhai wanita yang lebih cantik dari rembulan, sungguh beruntung wahai engkau lelaki, mendapatkan seorang istri yang demikian suci, beriman dan shalihah.

Jam mulai mendekati angka dua belas, sesuai perjanjian saat sang suami akan membawa istri kerumahnya. Sang suami memegang tangan istrinya sambil berkendara, diiringi ragam perasaan yang bercampur baur menuju rumah baru harapan mereka. Terutama harapan sang istri untuk menjalani kehidupan yang penuh dengan keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah.

Setibanya disana, sang istri meminta ijin suaminya untuk memasuki kamar mereka. Kamar yang ia rindukan untuk membangung mimpi-mimpinya. Dimana dikamar itu ibadah akan ditegakkan dan menjadi tempat dimana ia dan suaminya melaksanakan shalat dan ibadah secara bersama-sama. Pandangannya menyisir seluruh ruangan. Tersenyum diiringi pandangan sang suami mengawasi dirinya.

Senyumnya seketika memudar, hatinya begitu tercekat, bola matanya yang bening tertumbuk pada sebatang mandolin yang tergeletak disudut kamar. Wanita itu nyaris tak percaya. Ini nyatakah atau hanya fatamorgana? Ya Allah, itu nyanyian? Oh bukan, itu adalah alat musik.

Pikirannya tiba-tiba menjadi kacau. Bagaimanakah sesungguhnya kebenaran ucapan orang tentang lelaki yang kini telah menjadi suaminya. Oh…segala angan-angannya menjadi hampa, sungguh ia amat terluka. Hampir saja air matanya tumpah. Ia berulang kali mengucap istighfar, Alhamdulillah ‘ala kulli halin. “Ya bagaimanapun yang dihadapi Alhamdulillah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala kegaiban.”

Ia menatap suaminya dengan wajah merah karena rasa malu dan sedih, serta setumpuk rasa kekhawatiran menyelubung. “Ya Allah, aku harus kuat dan tabah, sikap baik kepada suami adalah jalan hidupku.” Kata wanita itu lirih di lubuk hatinya. Wanita itu berharap, Allah akan memberikan hidayah kepada suaminya melalui tangannya.

Mereka mulai terlibat perbincangan, meski masih dibaluti rasa enggan, malu bercampur bahagia. Waktu terus berlalu hingga malam hampir habis. Sang suami bak tersihir oleh pesona kecantikan sang istri. Ia bergumam dalam hati, “Saat ia sudah berganti pakaian, sungguh kecantikannya semakin berkilau. Tak pernah kubayangkan ada wanita secantik ini didunia ini.” Saat tiba sepertiga malam terakhir, Allah ta’ala mengirimkan rasa kantuk pada suaminya.

Dia tak mampu lagi bertahan, akhirnya ia pun tertidur lelap. Hembusan nafasnya begitu teratur. Sang istri segera menyelimutinya dengan selimut tebal, lalu mengecup keningnya dengan lembut. Setelah itu ia segera terdorong rasa rindu kepada mushallanya dan bergegas menuju tempat ibadahnya dengan hati melayang.

Sang suami menuturkan,

“Entah kenapa aku begitu mengantuk, padahal sebelumnya aku betul-betul ingin begadang. Belum pernah aku tertidur sepulas ini. Sampai akhirnya aku mendapati istriku tidak lagi disampingku. Aku bangkit dengan mata masih mengantuk untuk mencari istriku. Mungkin ia malu sehingga memilih tidur dikamar lain. Aku segera membuka pintu kamar sebelah. Gelap, sepi tak ada suara sama sekali. Aku berjalan perlahan khawatir membangunkannya. Kulihat wajah bersinar ditengah kegelapan, keindahan yang ajaib dan menggetarkan jiwaku. Bukan keindahan fisik, karena ia tengah berada diperaduan ibadahnya. Ya Allah, sungguh ia tidak meninggalkan shalat malamnya termasuk dimalam pengantin. Kupertajam penglihatanku. Ia rukuk, sujud dan membaca ayat-ayat panjang. Ia rukuk dan sujud lama sekali. Ia berdiri dihadapan Rabbnya dengan kedua tangan terangkat. Sungguh pemandangan terindah yang pernah kusaksikan. Ia amat cantik dalam kekhusyu’annya, lebih cantik dari saat memakai pakaian pengantin dan pakaian tidurnya. Sungguh kini aku betul-betul mencintainya, dengan seluruh jiwa ragaku”

Seusai shalat ia memandang kearah suaminya. Tangannya dengan lembut memegang tangan suaminya dan membelai rambutnya.

Masya Allah, SubhanAllah, sungguh luar biasa wanita ini. Kecintaannya pada sang suami, tak menghilangkan kecintaannya kepada kekasih pertamanya, yakni ibadah. Ya, ibadah kepada Allah, Rabb yang menjadi kekasihnya. Hingga bulan kedepan wanita itu terus melakukan kebiasaannya, sementara sang suami menghabiskan malam-malamnya dengan begadang, memainkan alat-alat musik yang tak ubahnya begadang dan bersenang-senang. Ia membuka pintu dengan perlahan dan mendengar bacaan Al-Qur’an yang demikian syahdu menggugah hati.

Dengan perlahan dan hati-hati ia memasuki kamar sebelah. Gelap dan sunyi, ia pertajam penglihatannya dan melihat istrinya tengah berdo'a. Ia mendekatinya dengan lembut tapi cepat. Angin sepoi-sepoi membelai wajah sang istri. Ya Allah, perasaan laki-laki itu bagai terguyur. Apalagi saat mendengar istrinya berdo'a sambil menangis. Curahan air matanya bagaikan butiran mutiara yang menghiasi wajah cantiknya.

Tubuh lelaki itu bergetar hebat, kemana selama ini ia pergi, meninggalkan istri yang penuh cinta kasih? Sungguh jauh berbeda dengan istrinya, antara jiwa yang bergelimang dosa dengan jiwa gemerlap ditaman kenikmatan, dihadapan Rabbnya.

Lelaki itu menangis, air matanya tak mampu tertahan. Sesaat kemudian adzan subuh. Lelaki itu memohon ampun atas dosa-dosanya selama ini, ia lantas menunaikan shalat subuh dengan kehusyuan yang belum pernah dilakukan seumur hidupnya.

Inilah buah dari do'a wanita shalihah yang selalu memohonkan kebaikan untuk sang suami, sang pendamping hidup.

Beberapa tahun kemudian, segala wujud pertobatan lelaki itu mengalir dalam bentuk ceramah, khutbah, dan nasihat yang tersampaikan oleh lisannya. Ya lelaki itu kini telah menjadi da’i besar dikota Madinah.

Memang benar, wanita shalihah adalah harta karun yang amat berharga dan termahal bagi seorang lelaki bertakwa. Bagi seorang suami, istri shalihah merupakan permata hidupnya yang tak ternilai dan “bukan permata biasa”. (Ummu Asyrof dari kumpulan kisah nyata, Abdur Razak bin Al Mubarak)

Diambil dan diketik ulang oleh Redaksi dari: Majalah Elfata edisi 08 volume 07 tahun 2007.

Monday, October 7, 2013

Sayang Sayang

Sayang Sayang Lyrics / Lirik :
Masa ku teringat akan dirimu
Ada sesuatu begitu mengganggu
Diam-diam aku menyukaimu
Bermimpi bila kau jadi milikku
Jauh di dasar hatiku ingin ku teriak:
Aku cinta kamu!
Sayang, sayang-sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang
Aku tahu akan sulit bagiku
Mencari-cari pengganti dirimu
Tapi bagi lelaki macam aku
Tak mau berakhir kerna begitu
Jauh di dasar hatiku ingin ku teriak:
Aku cinta kamu!
Sayang, sayang-sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang
Tak mungkin, tak mungkin
Aku menyerah hanya kerna tak dapatkan kamu
Meski jauh di dasar hatiku ingin ku teriak:
Aku cinta kamu!
Sayang, sayang-sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang
Sambil edit video family day...dengar lagu ni..termasuk dalam video jugak lagu ni pun

Sunday, October 6, 2013

Senja Nan Merah

 
 
Senja Nan Merah – Ziana Zain ft. Awie
 
Masihkah kita termangu di bawah pepohon itu
Ketika hujan melunturi danau yang terusang
Tidak pernah dibilang hari
Hanyalah debar yang terasa terasa
 
Setiap hari dibuai mimpi yang terindah
Dengan menghitung senja merah dihujung sinar
Mencipta keheningan rahsia
Pada sehimpun kenangan
Menyimpul satu makna diruang yang lurus ini
 
Haruskah kita mencari pada gunung dan lurah
Liku-liku curam insani
Haruskah kita mencari puncak mengilau cahaya
Dalam hidup seribu warna
Dibawah teriring ungkapan pada sebuah wajah
Yang lara kesepian
 
Haruskah kita mencari dalam senja begini
Kembali kita bertemu
Haruskah kita mencari dalam simpati wangi
Membilang kenangan yang abadi
Seperti menuggu mentari senja
Menghilang perlahan-lahan disebalik
Awan yang merah
Dibalik awan yang merah
Dibalik awan yang merah


 
Lagu ni jarang jer dengar sebelum ni, tapi sekarang ni kerap jugalah dengar, terngiang2 dalam kepala hahaha. Bila pergi mana2 jer, asyik terdengar lagu ni jer, kebetulan ke apa. tertunai juga hajat nyanyi lagu ni. seronok betul rasa.  hahaha. Istimewa sangat rasanya dapat nyanyi......... :) Lain kali nak nyanyi lagilah... :)

Saturday, October 5, 2013

Bowling tournament skkj2

 
Ni tahun kedua CM kat SKKJ2 menyertai pertandingan bowling anjuran BKGK SKKJ2. Tahun lepas kalah tahun ni kalah lagi, hahaha. Sedih betul tak dapat tunaikan hajat seseorang hehehe. Kalah xpe, yang penting enjoy dan dapat mengeratkan lagi hubungan diantara family-family warga SKKJ2.  Tahun lepas game ni di buat di Klang Parade, memandangkan Klang Parade tengah renovation terpaksa di buat di Summit USJ Subang Jaya. Jauh sikit la, tp CM konvoi dengan cikgu2 lain kat sekolah. Tapi masa konvoi ramai yang sesat, tertinggal disebabkan tukang yang bawak konvoi tu pemenang lumba kereta kat Sepang haritu, hahaha. Solute la dia bawak kereta, memang pro betul jalan2 semua tu. :) kalau tak konvoi sesat jugak sebab CM tak pernah sampai lagi kat sana walau hampir 7 tahun tinggal kt Lembah Klang. :). Kalau difikirkan tak nak pergi sebenarnya,  tapi kalau kawan tu ajak memang sukar nak tolak. Lain kali ajak lagi yer..:) Kalau orang lain ajak susah sikit nak join :). Tahun depan BKGK buat pemilihan ajk baru lak. Sedihnya,  sebab BKGK tahun ni memang mantap giler. Yang paling best sekali lepas game bowling tu. Main bowling tak la best sangat. :). Satu kenangan yang tak dapat dilupakan, hahaha seronok betul. Apa2 pun terima kasih banyak2 kepada yang berkenaan  (",) selepas game bowling tu...lain kali giliran CM lak yer... :).  Tu jelah sedikit coretan main bowling tahun 2013. :).

Motivasi Untuk Berjaya


Setiap orang mempunyai dorongan motivasi diri yang berbeza. Terdapat lapan kekuatan emosi yang boleh dicetus dalam jiwa raga seseorang yang mahukan kejayaan. Tidak semua insan dapat melahirkan kesemua dorongan ini. Sesuaikan diri anda dengan niat perjuangan mengikut citarasa tersendiri. Dengan adanya doronga ini, motivasi diri menjadi lebih kekal dan bertahan.

Pertama : Niat meninggalkan kesakitan dan kecelakaan- Insan yang banyak menghadapi dugaan dan kecelakaan adalah lebih matang dalam menghayati pengertian kejayaan. Mereka mahu layanan hidup yang lebih baik dan mewah. Mereka mahu meninggalkan suasana yang mendukacitakan. Mereka sering impiankan segala kemewahan yang belum menjadi milik hidup dan berikhtiar untuk mengecapi kesempurnaan. Golongan ini sanggup bertahan apa sahaja, kerana mereka sering mewawasankan perubahan dan kemajuan. Seseorang boleh membina motivasi dengan membayangkan nikmat kemewahan yang bakal mengambil alih hidup susah sekarang.

Kedua – Niat mengenal dan melengkapkan tanggungjawab diri – Mereka memahami dan sedia melaksanakan tanggungjawab hidup. Motivasi datang dari daya mengawal dan mengolah hidup berasaskan rukun dan tanggungjawab yang telah ditugaskan. Contohnya, ibu bapa menjalankan tanggungjawab mengasuh dan menjaga anak. Pekerja menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang ditetapkan oleh majikan. Mereka setia dengan panduan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Ketiga: Niat menebus kebenaran dan maruah – Golongan yang telah banyak menerima tekanan emosi atau hinaan mempunyai suatu kekuatan dalaman untuk menebus maruah diri. Mereka hanya hendak tunjukkan bahawa diri mereka bukan seperti apa yang diperkatakan oleh orang lain. Mereka sering mengimbas kembali kesakitan lalu (akibat fitnah atau celaan) sebagai kekuatan untuk mereka terus maju ke depan. Semakin banyak hinaan yang diterima, daya perjuangan menjadi semakin kuat. Merka berkeupayaan menukar kemarahan kepada suatu tenaga perjuangan yang kental.

Keempat – Niat untuk membuktikan diri – Golongan ini berusaha mengejar kecemerlangan kerana dirinya hendak mendapat kepuasan dari kejayaan. Mereka mahu mengenengahkan bakat dan ketrampilan hingga ke tahap yang tertinggi. Mereka sedia korban apa sahaja sehingga mrncapai hajat diri. Golongan ini tidak mementingkan nama dan pangkat. Mereka hanya mahu merasa cabaran. Semakin sengit suatu pertandingan, semakin mereka suka. Mereka anggap hidup adalah suatu pertarungan. Niat membuktikan diri seringkali timbul dari minat dan kecenderunagn sejak kecil. Mereka mempunyai misi hidup untuk menjadi insan yang istimewa. Mereka bersaing dengan diri sendiri dan sentiasa berikhtiar untuk menerokai bakat yang terpendam.

Kelima – Niat untuk memberi kebahagiaan kepada yang tercinta- Golongan ini menjadikan kekasih mereka, adik atau ibu bapa sebagai tumpuan dalam erti mengejar kemewahan. Mereka hendak berikan hidup yang terbaik untuk mereka. Mereka hendak hantarkan anak mereka belajar di universiti. Mereka menjadikan jiwa berbakti sebagai erti kehidupan yang tertinggi. Mereka tidak pentingkan apa yang dimiliki, tetapi bagaimana menggunakan milik diri mereka dengan bijak demi kebahagiaan orang lain.

Keenam – Niat hendak membela bangsa dan negara – Golongan ini berjiwa patriotik. Mereka mahu melepaskan bangsa dari ancaman dan kecaman kehinaan. Mereka berikhtiar untuk korbankan apa sahaja untuk membela nasib bangsa tersayang. Golongan ini menjadikan kejayaan diri sebagai teras untuk mencapai tujuan tersebut. Kesetiaan mereka tidak berbelah bahagi. Mereka dikenal perwira bangsa. Niat ini timbul akibat kesedaran tentang masalah yang sedang menimpa generasinya.

Ketujuh – Niat hendak mendapat tempat yang mulia di akhirat – Kesedaran hidup selepas mati adalah suatu kekuatan yang mendorong insan tertentu memperjuangkan sesuatu. Mereka mahu mencapai kesempurnaan dan kemuliaan di dunia hanya sebagai paspot akhirat. Insan ini tidak menghendakkan pulangan materialistik atau sanjungan keduniaan. Mereka tahu, yang terbaik dan datang kemudian. Mereka terus menyemai benih kebahagiaan denga harapan ia akan bercambah dan berbuah kemudian.

Kelapan : Niat mendapat penghormatan – Golongan ini menjadikan kebanggaan diri sebagai teras perjuangan. Mereka mahu menjadi juara yang disanjung ramai. Mereka akan rasa nikmat kepuasan bila nama disebut ramai dan disanjung tinggi. Samada dalam Buku Rekod dunia atau disiarkan dalam suratkhabar. Motivasi diri berdasarkan rasa penghormatan adalah suatu dorongan yang menjangkaui kewangan, piala atau sijil. Ia adalah suatu nikmat kerana keupayaan mendapat perhatian ramai.
Apa sahaja jenis motivasi yang dimiliki oleh seseorang , cuba semarakkan dengan motivasi yang lebih hakiki di aspek lain. Semakin banyak niat yang dapat kita tanam , semakin utuhlahperjuangan kita.


CM telah mempunyai motivasi yang tinggi apabila ada seseorang yang telah memberi dorongan dan semangat untuk mencapai sesuatu kejayaan. TQ dia :)

Thursday, October 3, 2013

Perhelatan Tamadun Melayu 1 - Tanjung Pinang, Indonesia

Pengalaman yang tidak boleh dilupakan, pertama kali CM menjejak kaki di Indonesia mengikuti rombongan kebudayaan membuat persembahan di negara tersebut. CM mewakili negeri Kelantan dibawah akademi arjunasukma membawa kesenian dikir barat dan wayang kulit untuk memperkenalkan budaya kelantan amnya Malaysia di negara tersebut. Perjalanan CM ke sana dari Klang ke sana mengambil masa hampir 10 jam lebih. Dari Klang kami menaiki kereta ke Jeti Stulang Laut seterusnya menaiki feri ke Pulau Batam dan sekali lagi menaiki feri dari Pulau Batam ke Tanjung Pinang.
Jeti Stulang Laut

Feri ke Pulau Batam

Pintu masuk Pulau Batam
Perjalanan menaiki feri mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Sampai disana kami dibawa menginap di Hotel Bintan Beach Resort ( BBR). Hotel itu agak selesa tetapi jauh dari kawasan bandar. Pergerakan untuk ke sesuatu tempat agak terhad kerana hotel tersebut terletak jauh dari jalan utama. Kami bergerak dengan bantuan PANITIA atau pemandu yang dikhaskan untuk membawa kami dari negeri kelantan ke tempat membuat persembahan atau ke tempat lain.

Sampai di lobi hotel menunggu kunci bilik

Ni la nama hotel CM menginap

Bilik CM jer 3 orang sebilik,bilik lain 2 orang jer

Kotak nasi yang cantik

Ni la menu hari-hari selama 4 hari, xde kuah...adoiii
CM berada di Tanjung Pinang selama 4 hari. Hari pertama team kami membuat acara perarakan di hadapan wakil presiden indonesia. Banyak negara yang menyertai Perhelatan Tamadun Melayu 1 antaranya Thailand, singapura, Brunei, Malaysia dan beberapa lagi kepulauan seluruh Indonesia. Malaysia menghantar wakil dari negeri Pulau Pinang, Melaka, Johor, Selangor, dan Kelantan. Setiap negeri mempersembahkan kebudayaan masing2. Pada hari perarakan, kawasan Tanjung Pinang dipenuhi pasukan tentera dan polis Indonesia yang berkawal.keselamatan wakil presiden Indonesia. Peserta perarakan di buat pemeriksaan sebanyak 3 kali seorang sebelum dibenarkan berarak dihadapan wakil presiden tersebut. Perarakan tersebut berjaya dijalankan dengab sempurna.
Henny dan Cut Zulaikha, pembantu kami selama 4 hari disana

Bersama Datuk Nazri, orang yang bertanggungjawab membawa kami ke sana

Posing sebelum perarakan

Tentera Indonesia yang berkawal ketat
Pada Keesokaannya, kami dikehendaki membuat persembahan wayang kulit. Yang menariknya ini kali pertama CM main muzik wayang kulit iaitu canang. Nampak senang tetapi susah sebenarnya. Alhamdulillah, persembahan tersebut berjaya dilaksanakan.
 

Wayang Kulit di Gedung Fatimah (Gedung tu Dewan la)
 
 

Latihan Wayang Kulit sebelum membuat persembahan pada malam tersebut
Pada hari ketiga pula, kami dikehendaki membuat persembahan dikir barat pula di pentas utama. Agak ramai penonton pada malam itu. Kami mempersembahkan persembahan yang bertenaga dan berjaya mencuit hati rakyat indonesia. Rasa bangga membuat persembahan pada malam tersebut kerana semua penonton bertepuk tangan sehingga diminta untuk membuat persembahan pada malam penutup Perhelatan Tamadun Melayu 1. Kami satu2nya wakil dari Malaysia membuat persembahan pada malam penutup tersebut.
 

Rehearsal sebelum membuat persembahan malam tersebut

Persembahan bertenaga yang memukau penonton
Pada hari ahad, hari terakhir kami di sana, kami dibawa berjalan pusing pulau penyengat oleh Datuk Nazri. Nak pergi ke Pulau Penyengat perlu menaiki bot. Bila sampai di sana kami solat zohor di masjid yang dibina menggunakan putih telur. Mengikut kepercayaan orang disana, kalau pasangan yang bercinta pergi sana boleh menyebabkan putus lepas tu kalau berada di masjid sana tidak boleh tersalah cakap. Lepas selesai solat kami pusing pulau tu dengan menggunakan kenderaan yang di panggil sebagai becak. Bayarannya ialah 30 ribu rupiah. Rupanya di sana terdapat banyak kubur raja2 zaman dahulu. Kiranya di pulau tu menyimpan seribu satu sejarah tamadun melayu.
 

Naik bot Pancung ke Pulau Penyengat

Sejarah Masjid di Pulau Penyengat

Menaiki Becak

Masjid yang di perbuat daripada campuran putih telur

Pulau Penyengat dipenuhi dengan makam kesultanan zaman dahulu
Selepas pusing pulau, ingatnya nak shopping tapi rupanya pada hari ahad kedai buka separuh hari sahaja. Jadi terlepas la shopping. Banyak benda yang tak sempat dibeli. Jadi yang sempat dibeli hanya kain sarung jawa, baju batik untuk adieb, magnet peti ais dan kerepek jer. Kain sarung batik CM sempat beli 4 helai jer. 1 untuk isteri, mak, mak mertua dan kawan. Yang istimewa jer dapat :). Kami bertolak pulang pada hari pagi isnin lebih kurang jam 8 pagi dan sampai di klang pada pukul 7 petang. Pengalaman disana cukup memberi pengalaman baru kepada CM kerana itu pertama kali CM menjejak kaki di Indonesia. :)

Semoga jumpa lagi di lain masa
 
Banyak lagi cerita yang belum di ceritakan, kalau hendak ditulis semuanya boleh buat novel ni. ini secara ringkas perkongsian CM di sana