Friday, October 11, 2013

Erti Kesyukuran

Kali ini CM nak cerita tentang erti Kesyukuran. Tak nak cerita pasal orang lain tapi nak cerita pasal diri sendiri jer. Kadang2 kita tak sedar kata2 yang kita anggap sebagai gurauan itu menunjukkan yang kita tak bersyukur diatas nikmat  yang di perolehi. Walaupun benda itu dianggap remeh, namun ia boleh menjadikan kita riak dan takbur diatas sesuatu nikmat yang diperolehi. Setiap hari kita perlu bersyukur diatas kurniaan Allah kepada kita. Sebagai contoh selepas makan, selepas mandi, selepas bangun tidur dan sebagainya. Semua itu kita perlu menyatakan kesyukuran kerana ianya adalah anugerah dari Allah untuk kita. Cuba bayangkan kalau kita tak boleh tidur? Tak boleh mandi? Atau tak boleh makan. Susahkan. Untuk sentiasa bersyukur CM selalu memohon kepada Allah supaya menjadi hamba yang bersyukur diatas segala rezeki yang telah diberi oleh-Nya. Dengan rezeki yang diberi selama ini walau tidak semewah mana, namun ianya cukup membahagiakan. Kalau orang ada kereta kita ada juga, kalau orang ada rumah kita ada juga, kalau orang ada tanah kita ada juga. Semuanya dari pemberiaan Allah untuk kita supaya kita menjadi insan yang bertakwa kepadanya. Kesedihan pun merupakan anugerah Allah kepada kita untuk kita memperbaiki diri menjadi lebih baik lagi. Bersyukurlah kita diberi kesedihan kerana dengan kesedihan juga dapat memberi kita peringatan supaya menjadi insan yang tidak lupa kepada-Nya. Ada juga manusia yang tak pandai bersyukur apabila selalu merungut dan mempertikaikannya. Supaya CM  tidak menjadi orang seperti itu. Insyaallah.

0 Komen: