Friday, October 11, 2013

Malas

Sebut perkataan 'malas' semua orang malas termasuk CM. Macam mana nak buang sikap malas? Itu pertanyaan biasa bagi orang malas. Orang yang malas akan memberi 1001 alasan sebab dia malas. Hahaha.  Tak perlu nak cerita malas sebab apa sebab CM malas nak cerita. Hahahaha kan dah malas tu. Malas ni kadang2 bersebab ada malas sebab mengantuk, malas sebab xde mood, malas sebab baka dia dah malas, malas sebab dah habis energy dan sebagainya. Susah nak jumpa seseorang tu rajin 24 jam. Contohnya seseorang tu rajin sangat kerja, tapi bila dah balik rumah dia akan cakap malasnya nak mandi. Hah tu dah malas dah tu. Xde pun orang rajin 24 jam. Tipu la cakap kalau "aku rajin jer". Sebab ada ketikanya dia akan malas dengan sendiri. Walau bagaimanapun, sikap malas ni perlu dikikis dalam diri kita supaya kita menjadi orang yang rajin dan berinovatif dalam melakukan sesuatu perkara. Bila kita malas semua orang tidak suka. Kalau rajin mesti orang akan suka. Tapi jangan la rajin depan bos jer. Itu bukan rajin itu bodek namanya. Itu jelah tentang malas, malas CM nak tulis panjang2 hahaha.  Ada jugak malas kat situ.
Malasnya .....  

Related Posts:

  • Menjadi diri sendiriPagi ahad yang indah CM nak tulis sikit coretan tentang tajuk diatas. Tajuk yang CM buat ni nak cari balik apa yang telah hilang dalam diri ini. Kadang2 kita cuba menjadi orang lain untuk mendapat perhatian tapi kita lupa yan… Read More
  • Perkara yang paling tak sukaDalam hidup kita mesti ada perkara yang kita tidak suka. Tak kira la apa benda sekalipun ia menyebabkan kita tidak suka perkara tu. Ni baru lepas balik BBQ kat Kem Bumi Jati Jalan Kebun Klang. Sebelum tido macam biasa CM akan… Read More
  • Akhirnya...Ni tentang target yang CM nak capai sebelum ni. Akhirnya semalam CM dapat pakai  baju jersi kelantan yang dah lama CM beli tetapi tak muat. Perasan jer muat masa beli hari tu. Terkejut giler dapat pakai. Kalau bulan lepa… Read More
  • Nostalgia BFF Bila duduk sorang2 teringat zaman universiti dan IPG dulu. Dulu CM belajar kat UM dalam bidang geografi. Masa tu tahun 2004 first time CM datang Kuala Lumpur. Belum pernah sebelum ini datang jalan2 Kuala Lumpur. Disebabkan d… Read More
  • SensitifMalam ni nak cerita pasal sensitif. Ada sesetengah orang ni tak boleh nak bergurau kerana mudah sangat sensitif.  Bila kita bergurau mereka akan mudah sensitif dan tak suka dengan gurauan kita tu. Kita anggap perkara tu … Read More

0 Komen: