Wednesday, October 9, 2013

Itu bukan takdirnya

Tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh kawan CM di blognya untuk CM memberi komen dan semangat untuknya. CM tahu besar ujian yang di tempuhinya. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Pelbagai ujian dilaluinya dengan penuh sabar namun ada ketikanya CM tengok statusnya ada kekecewaan dan putus asa. CM tahu dia dan sominya bukan jenis macam tu. Jika mereka tidak kuat tak mungkin Allah akan memberi ujian sebegitu untuknya. Selalu kawan CM itu menyebut 'andai itu takdirnya' seolah2 dia dah pasrah dan redha dah segala kemungkinan yang terjadi. Bagi CM itu bukanlah takdirnya lagi. Ini kerana dia sebelum ni dah diberi rezeki 'itu' sekejap, maknanya rezeki tu pasti ada lagi nanti cuma Allah nak uji kesabaran dia sahaja tu. Mesti dia akan cakap sampai bila? Jawapan itu hanya Allah sahaja yang tahu. Percayalah sahabatku rezeki Allah tu amat luas sekali dan tak terhitung oleh hambanya. Jangan sesekali berputus asa kerana Allah tidak suka akan hambanya yang berputus asa. Teruskan usaha serta tawakal kerana Allah tidak zalim untuk hambanya dan doa dari CM tidak akan putus untuk dia sahabat. Semoga sahabat CM ni diberi kekuatan diri dan semangat yang kuat untuk menempuhi ujian yang sementara ini. Percayalah doa mu pasti akan termakbul dan akan tiba suatu hari nanti rezeki 'itu' akan datang nanti dan pasti akan membahagiakan kamu wahai sahabat, Insyaallah.

Related Posts:

  • First time Godek2 kat komputer jumpa la gambar lama, hahahha nak tergelak pun ada. Inilah gambar pertama yang CM edit guna photoshop. Masa tu tak tahu lagi apa itu photoshop. Gambar ini diedit pada tahun 2005 kalau tak silap CM masa b… Read More
  • Sakitnya Tuh DisiniLagu yang tengah meletop sekarang ni kat corong2 radio. cewahhhh. CM pun x terlepas kena penangan lagu ni. tambah2 bila kita rasa sakit hatikan, tapi bila dengar lagu ni rasa macam puas hati jer hahaha..apa pun layan jer lagu… Read More
  • Contoh Kertas Kerja Program Sekolah Kertas Kerja Program Pemantapan Disiplin Kertas Cadangan Seminar Motivasi PMR/SPM Kertas Cadangan Program Kecemerlangan PMR/SPM Kertas Kerja Perkhemahan Perdana Kertas Kerja Cadangan Lawatan Sambil Belajar Kertas Kerja … Read More
  • MSSD Klang 2015 kali ke-52   Bulan yang paling sibuk!. Itulah perkataan yang boleh CM bagitahu kerana tahun ni sekolah CM menjadi pengelola Kejohanan Sukan dan Blapan MSSD Klang kali ke 52. Manakala CM diltugaskan dibawah jawatanku… Read More
  • Himpunan ABM Alat Bantu Mengajar KSSR Himpunan ABM Alat Bantu Mengajar KSSR CM ingin sekali berkongsi pelbagai ABM [ Alat Bantu Mengajar ] kepada semua guru-guru KSSR yang ingin memantapkan lagi pedagogi semasa P&P di dalam bilik darjah amnya. Terima ka… Read More

0 Komen: