Thursday, October 17, 2013

Kesedihan

Masa lalu seperti kesedihan telah pergi dan selesai, ia tidak akan berulang kembali. Masa depan masih ada dialam ghaib dan tidak boleh dihadirkan sekarang dan belum tentu akan datang.

Oleh kerana itu, kita tidak perlulah mengharapkan kedatangannya. Biarlah ia datang dengan sendirinya.

Berbuat baik sesama insan akan menimbulkan perasaan gembira dan dapat melegakan hati, membawa barakah dan menimbulkan ketenangan.

Ajal telah ditentukan oleh Allah SWT dan segala sesuatu yang terjadi adalah menurut qadha’ dan qadarNya. Oleh kerana itu, seorang hamba tidak boleh menyesal dan bersedih dengan apa yang terjadi.

Rezeki semua makhluk telah dijamin oleh Allah SWT, tiada seorang pun yang mampu mengendalikan dan mengaturnya dan tidak seorang pun mampu menghambat datangnya rezeki.

0 Komen: