Wednesday, October 9, 2013

Perangai Pelik

Ni nak cerita pasal perangai pelik CM. Kalau uols nak tahu. Cewahhh pandai guna uols dah sekarang ni :) hihihi. Kalau uols nak tahu CM ni ada perangai pelik sikit yang susah nak di ubah.  Salah satunya kalau orang panggil CM akan buat tak tahu jer. Kena panggil banyak kali baru CM akan menyahut. Hahaha. Teringat dulu masa zaman sekolah menengah, ayah CM panggil CM  dua tiga kali baru CM menyahut. Marah la dia kat CM sehingga dia cakap nak tembak CM dengan senapang patah sebab panggil x menyahut. Hahaha.  Tu benda pelik dari dulu sampai sekarang ni yang CM tak boleh nak ubah.

       Perkara pelik yang lain pula ialah CM ni kalau datang angin elok akan bercakap la dengan orang. Kalau datang angin kus kus CM tak akan tegur orang sehingga orang akan cakap CM ni sombong. Pernah satu ketika CM tak bercakap pun dengan kawan sebilik masa kat um dulu. Sehingga bergaduh la dengan room mate tu. Pernah ada sorang kawan tegur CM dulu, kawan tu cakap kau ni pelik betul kalau nak bercakap dengan orang kau bercakap kalau tak nak bercakap buat macam lembu kenyang jer. Hahaha. Kawan tu dah arwah dah sebab eksiden. Alfatihah untuk arwah. Tu la perangai pelik yang susah nak ubah sampai sekarang ni. Pelikkan.

         Satu lagi perkara pelik ialah CM susah nak cerita masalah CM kepada sesiapa sahaja termasuk wife cm. CM suka pendam jer. Pernah satu ketika CM  sedih sangat ada satu perkara tu berlaku (jeng3 orang tu tahu kot) CM tak cerita pun apa2 kat wife.  Kiranya dia la orang paling rapat dengan CM tapi agak susah CM nak cerita masalah. :). Tapi CM suka pulak cakap dengan kawan tu :). Itulah antara perkara2 yang pelik yang ada dalam diri CM ni. Satu lagi tambahan perkara yang pelik ialah CM mudah suka kat orang. Ops!! Hehehe.  Tu jelah nak kongsi dengan uols malam ni. Nanti banyak lagi cerita nak kongsi dengan uols.
Perasan pulak tengok gambar ni :) 

Related Posts:

  • Silat olahraga sekolahPerancangan tahun lepas nak tubuhkan persatuan silat olahraga di sekolah. Alhamdulillah, tahun 2016 permulaan yang baik apabila perancangan menjadi kenyataan. CM hanya menolong sahaja apabila cikgu sekolah bagi cadangan nak t… Read More
  • Mesyuarat Agung PIBG Malam ni kena siapkan banner Mesyuarat Agung PIBG. Sambil layan lagu exist, siap jugak 1 banner yang di tempah oleh sekolah. Terbuai-buai pulak layan lagu exist ni yer hahaha... ok kerja dah siap, jam dah pukul 1.20 pagi, m… Read More
  • GelandanganPengalaman berharga apabila dapat memberi sedikit khidmat masyarakat untuk gelandangan. CM dan team dikir barat arjunasukma dijemput bersama-sama untuk mengagihkan makanan kepada gelandangan di masjid Jamek, KL. So CM bawak l… Read More
  • Backdrop dewan dan surau Ni antara hasil design CM untuk menaiktaraf dewan sekolah dan juga surau sekolah. semua saiz besar2. jadi alhamdulillah perancangan telah dapat dibuat, hasilnya sangat memuaskan hati semua pihak. surau lup… Read More
  • Design kelas pemulihanBanyak sebenarnya yang CM meneruma tempahan untuk kelas ni. Tapi ada yang CM tak buat, sebab malas nak design hahaha. Ni antaranya design yang CM dah buat. Ada lagi banyak, tapi ni jer ada dalam memori hp. Ni design  unt… Read More

0 Komen: