Saturday, November 16, 2013
Cuti sekolah bermula
Wednesday, November 13, 2013
Sedih gilerrr :(...
Tiba2 down terus mood hari ni... rasa sedih, rasa kecewa dan macam2 lagi rasa....sebab CM down ialah kerana kena tukar ke sesi pagi. Rasa kosong sekejap otak tadi. Macam2 perasaan datang. Hampir mengalir air mata. Sebab sedih sgt tu kerana banyak perancangan nak buat tahun depan pada sesi petang. Bila dah kna tukar pagi semuanya rasa musnah. Padahal tukar sesi je pun. Belum kena tukar sekolah lagi. Tapikan masa kena pindah sekolah dulu tak la rasa macam ni. Tapi yang ni hanya tukar sesi sahaja macam kena tukar sekolah dah. Sedih betul. Walau bagaimanapun kesedihan tu terubat selepas berjumpa dengan GB wat rayuan x nak tukar pergi pagi. Akhirnya GB memberi harapan yang dia nak pertimbangkan rayuan ni. Lega sikit rasa. Walau bagaimanapun perasaan sedih tu ada lagi selagi belum ada hitam putih yang mengesahkan CM still pada sesi petang. Sesi petang best sangat kerana CM rasa seperti keluarga besar. Sama2 sedih dan sama2 gembira. jutaan terima kasih kepada PK Petang yang sangat prihatin dan penyayang sekali kepada guru2 petang. Dia berusaha pujuk GB supaya tak jadi tukar kami 4 orang ni pergi pagi. Tqvm. Akhirnya GB setuju dengan memberi syarat. :). Hilang sikit sedih hari ni... semangat!!!.
Monday, November 11, 2013
Seminggu lagi
Pejam celik rupa2nya dah tinggal seminggu jer lagi sesi persekolahan untuk tahun 2013. Rasa kejap jer masa berlalu. Umur pun semakin meningkat dah. Bila flash back balik masa sebelum ni, banyak kenangan pahit dan manis berada di sekolah ni. Banyak perkara lucu dan perkara yang seronok dilalui disini. Biarlah ia menjadi kenangan untuk tahun ni sebagai pedoman di masa akan datang.
Bila nak cuti saja sekolah mesti kerja banyak yang perlu dibereskan. Semua fail kena tutup. Masa ni lah akan rasa stress sikit. Tapi itulah kerjaya guru yang sepatutnya kita tahu dan tak boleh nak merungut. Kalau sebelum ni masa interview semua sanggup buat jadi sekarang kena buktikanlah yang janji kita dulu itukan. Syukur dikurniakan rezeki ini. Apa2 pun sebelum cuti kerja mesti beres kalau tak beres mesti hidup tak tenang bila pentadbir akan call suruh datang masa cuti. Lagi stresskan.
Tahun ni CM rasa tahun yang paling seronok di sekolah. Seronok bila apa yang kita buat sesuatu kerja dapat pujian. Bukan kata buat kerja nak dapakan pujian tapi bila pujian diberi tu kita rasa sangat dihargai. Lagi bersemangat untuk hasilkan kerja yang lebih baik lagi. Selain perasaan gembira ada juga perasaan sedih. Tak payah la cerita pasal sedih2 ni. Nanti bad mood pulak. Biarlah ia menjadi kenangan dan pedoman untuk kita menjadi lebih baik lagikan.
Bila mula cuti apa yang perlu dibuat? Kalau kat sini CM dalam proses mencapai target yang baru. Tapi bila di kampung boleh ke nak buat? Banyak sangat godaan di kampung. Agak2 naik balik ker berat badan nih. Tak sanggup dah nak besar lagi. :(... yang penting semangat perlu kuat bila bercuti di kampung. Kuatkan semangat!!! Dan jangan lupa bagi semangat tau kat CM!!!
Perlu jaga betul2 kali ni...kalau tak sia2 usaha selama ni. Nak naik berat kejap jer, nak turun tu susah dan perlu usaha yang kuat.
Mesti perkara yang paling sedih sekali masa cuti ialah merindui kawan2 kat sekolah. Rindu ker? Ada kawan CM cakap kalau rindu tengok la gambar. Tengok gambar tak sama kak oi... tapi nasib baik ada jugak group what's up boleh jugak tanya khabar dalam tu kan. CM jer ker rindu kat kawan, kawan tu rindu ke tak CM? Entahlah... :(.. lama tu cuti sekolah ni nak buat apa yer kat kampung.? Persoalan itu akan terjawab bila cuti nanti... jangan lupa tengok gambar CM kalau rindu yer hahaha. .. :)
Sunday, November 10, 2013
Night Cowboys Dinner
Friday, November 8, 2013
Macam best jer...
Hahaha CM nak gelak dulu... bukan pasal apa, tapi pasal tajuk tuh. Tajuk tu macam ada kena mengena jer dengan video yang popular sekarang ni iaitu macam comel jer... comel ker? Hehehe. Bukan itu yang CM nak citer tapi pasal bisnes. Cakap pasal bisnes ni banyak pulak peluang yang ada. Tak kira la apa jenis bisnes pun kalau rajin jer semua menjadi. Bila kita fikirkan benda yang simple jer blh buat duit. Macam best jer... :). Contohnya jual keropok lekor kat sekolah, nampak jer biasa tapi blh buat duit tu. Contoh lagi ialah jual tudung, blh menjana pendapatan tu. Macam best jer kan. :) Dengar wife CM citer kat sekolah dia, kalau rajin buat nasi berlauk atau nasi kerabu jer blh dapat rm40 sehari untung. Saper nak bagi kan?. Cikgu2 kat sekolah ni jenis beli apa saja yang dijual. Pelik betul hahaha. CM pun tergolong dalam tu jugak, dulu kawan CM jual minyak wangi, CM beli jer walau dah ada. Hahaha. Hutang pun takpe asal ada orang nak beli. Boleh bayar ansur2 lagi tu.
Tapi kita perlu jugak rebut peluang, jangan asyik membeli jer, kena jual jugak jarang2. Hahaha. Baru la balance kan. Macam best jer... :) Apa produk nak jual nih, tengah fikir sekarang ni. Tahun depan ada job baru. Job bagi perkhidmatan bukan jual barang. CM nak try jer mana la tahu ada rezekikan. Hehehe. Boleh la share rezeki sama2kan. Apa job itu kena tunggu tahun depan la. Macam best jer buat bisnes ni... :)
Wednesday, November 6, 2013
Percutian bajet di Port Dickson
Sempena cuti deepavali dan cuti awal Muharam, CM mengambil kesempatan untuk pergi bercuti di Port Dickson. Percutian ni di panggil Percutian bajet kerana CM pergi hanya sehari sahaja dan menginap di hotel bajet. Nak kata bajet pun tak la jugak sebab RM110 jugak satu malam menginap kat hotel tu. Hotel yang CM tempah melalui agoda tu ialah hotel Sea Front Hotel. Hotel ni dekat dekat dengan pantai Tanjung Gemok. CM rasa menyesal tempah hotel ni kerana ia agak jauh dengan pantai Telok Kemang, Port Dickson. Lebih kurang 13 KM jugak la nak sampai ke pantai itu. Huhuhu. Tapi hotel dah tempah, walau bagaimanapun terpaksa la meneruskan penginapan dan percutian bajet kali ni. Lain kali jika ada rezeki nak buat percutian mewah sikit, baru seronok bercutikan. Pergi kat Port Dickson pun sebab Mak Mertua yang nak pergi pantai sebab tu permintaan dia sebelum balik kampung. Lagipun 2 minggu lagi kami nak pergi sabah lak, kesian lak sebab tak bawak mak mertua pergi sebabnya tiket dah lama dah tempah. Sebab tu kami bawak dia pergi ke Port Dickson. Masa waktu tengahari kat sana kami sempat makan kat kedai koboi tu kat jalan nak pergi Telok Kemang tu. Kami makan nasi ayam panggang. Rasanya tak la sedap pun tapi suasana koboi tu yang menarik. Saja nak ambik mood untuk dinner nanti. :)
Percutian kali ni agak seronok walau kami berempat jer pergi. Sebabnya CM suka tengok adieb dapat bermain dengan seronoknya kat sana. Kalau sebelum ni dok terperap jer kat dalam rumah tak pergi mana2. Jarang2 sekali kena bawak keluar pergi main air laut bukan main gembira lagi la adieb. :). Berjam2 berendam dalam air laut, dari air belum pasang sehinggalah air pasang. Bila malam pulak CM bawa adieb pergi main fun fair. Kebetulan kat Telok Kemang ada Fun Fair. Seronok la adieb dapat naik kereta api sampai tak nak turun dah. 2 kali naik plak tum sehinggalah kena paksa adieb turun kalau tak pokai jawabnya duduk situ lama2. Huhu. Lepas main sana kami pergi makan lak kat kedai nasreen tomyam. CM makan tomyam susu jer manakala wife lak bungkus kue tiaw ladna. Kedai tu ramai orang tapi makanan dia tak la best sangat, biasa jer. Cuma yang menariknya orang pergi makan kat situ ialah kedainya besar, dan menarik perhatian orang yang nak ke Telok Kemang. Lepas makan kami balik hotel untuk rehat dan tido.
Keesokan pula sempena 1 Muharam, kami bersiap la nak pulang. Sebelum pulang tu wife lak ajak sarapan kat kedai di kawasan hotel tu Sarapan la kejap. CM makan bakso manakala wife makan nasi lemak ayam. Adieb tinggal kat hotel dengan tok dia. Sebabnya mak mertua puasa hari tu sempena awal muharam. Masa balik kami singgah kejap kat Nilai 3. Jumpa kawan sekolah lama iaitu Ima yang meniaga kat situ. Banyak la barang yang dia beli untuk adieb. Rasa serba salah la pulak. Dia bagi jam, baju jersi, selipar dan belanja Marry Brown lagi. Huhuhu. Masa kat sana CM sempat beli beberapa barang untuk dinner nanti. :) harap2 berbaloi la nanti untum tema koboi. Selepas beli apa yang patut kami pun bertolak pulang. Walaupun percutian bajet, kos kesana dikira agak mewah jugak la time2 gaji tak masuk lagi ni. Huhuhu.
Tuesday, November 5, 2013
Tip 10 K Dalam Persahabatan
Setiap orang dianugerahi Allah dengan kelebihan, kebaikan dan keindahan masing-masing. Begitu juga dengan kekurangan, keburukan dan kelemahan masing-masing.
Begitulah sunnatullah. Begitu indah sekali aturan-Nya. Betapa adilnya Dia, menciptakan setiap benda secara seimbang.
Begitu juga halnya dalam persahabatan. Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap Allah sejak azali lagi. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang dan pelbagai lagi. Macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati setelah bersahabat dengan seseorang.
Setelah menimba pengalaman bersahabat dengan ramai orang, saya ingin membuat kesimpulan mengenai 10 'K' yang perlu dalam sesebuah persahabatan.
"Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!"
10 K dalam PERSAHABATAN
* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).
* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.
* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.
* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.
* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?
* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).
* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.
* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.
* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.
* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).
Sunday, November 3, 2013
Cuti 4 Hari
Malam ni CM nak tulis pasal cuti. Ni dah pukul 3 pagi lebih dah. CM baru balik dari wat show kat restoran Agora Shah Alam. Depan pintu gerbang utama nak masuk stadium tu. Show tu sempena Piala Malaysia Kel vs Phg. Buat show jelah, nak tengok bola tiket xde lak. Tgk kat rumah jer.
Tapi bukan itu yang CM nak cerita. Tapi pasal cuti sempena deepavali ni. Rasa cam lama jer padahal kejap jer. Kenapa CM rasa lama, sebabnya banyak kerja yang belum beres. Dah la sekolah ada 8 hari jer lagi. Kerja kat sekolah bertambung belum beres. Kalau cuti susah sikit nak settlekan kerja sebab semua kerja ada kat sekolah. Huhu.
Tapikan, CM tak la risau sangat sebabnya CM ni jenis yang bukan mudah gelabah. Sentiasa rilek dan cool jer buat kerja. Sempena cuti 4 hari ni, gunakanlah sebaiknya untuk merelease tension. Lupakan kerja sekejap. Enjoy dulu. Yeahhhh.... tapi nak enjoy pun gaji lambat lagi :(... sedih betul. Enjoy kat rumah jelah...yeahhhhh.. :)..plannya nak g Port Dickson jer sehari. Hotel dah tempah.. jadi kita enjoy..... yeahhhh... biar papa asal bergaya. ..hahaha. manfaatkan cuti sepenuhnya ye... :)
Saturday, November 2, 2013
Photo booth corner
Cerita kali ni sangat menarik. Ceritanya tentang photo booth corner milik kawan CM. Kalau sebelum ni CM tak tahu pun apa itu photo booth. Bila kawan cerita, CM cakap ye jelah walau x tahu pun mcm mana photo booth tuh. Hahaha. Bila dia tunjuk gambar baru faham apa itu photo booth. Hehehe. Ceritanya macam ni, kawan CM tu lama dah cakap nak buat photo booth untuk hari dinner nanti. Jadi CM tolong la apa yang patut. Kebetulan sebelum dinner sekolah CM buat Hari Kanak2. Kawan CM pun cadang la nak buat masa hari kanak2 tu dulu sebelum buat masa dinner nanti. Kawan CM pun mintak la tolong CM buat iklan dengan design bunting photo booth tu. CM pun buatla apa yang semampu boleh. Tak sangka juga CM ada bakat design2 ni. Hahaha. Padahal x pernah belajar pun sebelum ni. Perasan jer lebih pandai buat. Bila orang suruh buat menjadi lak. Hahaha. Lagi pun CM minat buat benda tu. Selalu Google kat IT belajar photoshop sikit2.
Lepas tu kan, tibalah hari kanak2 tu. CM lak rasa excited nak buat. Tapikan kawan CM tu sakit lak masa hari kejadian tu, terpaksa datang lewat. Hanya adik dia jer datang awal. CM pun tolong la adik kawan CM tu pasangkan backdrop. Nak hias tak reti. Yang hias2 CM serah kepada adik dan adik angkat kawan CM tu. CM diminta tolong untuk jadi juru gambar hari tu. Dah memang minat CM memang seronok lakan. Ada la beberapa orang lagi yang tolong hari tu termasuk adik dan adik angkat kawan CM serta sorang lagi kawan. Mula2 tu macam tak de orang jer nak datang ambil gambar. Lagi pun program hari kanak2 buat kat dewan tertutup kat atas. Kitaorang lak buat kat dewan terbuka kat bawah. Kalau sebelum tu nak buat kat kelas tapi dah kat dewan terbuka xde apa2 program jadi kami buat la kat situ.
Lepas tu kan, bila tiba pukul 9.30 pagi budak rehat. Terkejut kami bila murid2 datang serbu nak bergambar. Sampai tak sempat CM nak duduk sehinggalah pukul 12.30 tengah hari. Tak berhenti ambil gambar. Sampaikan tukang print gambar tak sempat nak print dan beri gambar kat budak2. Sehingga terpaksa suruh budak balik dulu takut tertinggal bas sekolah. Kami suruh diorang datang ambil minggu depan. Seronok betul rasa. Walaupun penat tapi sangat2 seronok dan berbaloi. untuk job pertama ni, CM ucap tahniah untuk kawan CM tu kerana idea yang tak pernah CM fikir boleh jadi bisnes yang berjaya. untuk job pertama memang sangat hebat dan melepasi target yang di sasar. Terbaiklah. Sehingga habis stock kertas gambar tu. Huhuhu. Macam tak percaya jer. Semoga bisnes kawan CM ni akan berkembang maju lagi dan boleh la CM tumpang kerja sikit2 kan. Hahaha. Kalau sape2 nak tempah photo booth kawan CM tu boleh la hubungi kawan CM tu. Cara nak hubungi tengok la kat bunting kat bawah tuh ada no tel dan boleh like facebook ; ranggi creation :) Alhamdulillah dapat gak upah tolong kawan CM tu.. yessss hahaha...
Thursday, October 31, 2013
Adat Bisnes
Post kali ni pasal adat bisnes. Bukan CM yang nak bisnes tapi CM ambik contoh orang lain wat bisnes. Nak mulakan bisnes ni semangat kena kuat. Kalau semangat hangat2 tahi ayam tak akan menjadi bisnes ni. Ada kawan CM buat bisnes ni, semangat dia cukup kuat nak maju kehadapan. Kalau CM memang xde langsung semangat nak wat bisnes. Sebabnya tak yakin pada diri sendiri. Memang dah menjadi adat dah kalau orang nak mula bisnes memang ramai la yang dengki ni. Kalau semangat tak cukup kuat memang akan down la. Tu pentingnya semangat tu. Kalau xde semangat memang tak akan berjaya sesuatu bisnes tu. CM tumpang gembira jer kalau tengok kawan2 buat bisnes sampai kaya raya. Yang penting tanggungjawab terhadap tugasan tak terabai. CM ada juga angan2 nak buat bisnes tapi tak tahu bisnes apa. CM selalu bincang dengan wife nak buka kedai makan tu pun kalau dah pindah kat kelantan. Berangan tu perlu ada baru la cita2 akan tercapai betul tak. Tu jelah cara nak tambah pendapatan sikit. Kalau kira dengan gaji memang dah cukup dah tapi x salahkan kita tambah lagi pendapatan kita ni. Sekurang2nya dapat tolong orang susah dari kitakan. Dapat juga ganjaran kat situ. Bila tengok kawan buat bisnes rasa seronok la pulak. Tapi perasaan takut dan kurang keyakinan diri tu sangat menebal. Tunggu la masa yang betul2 sesuai baru boleh rancang bisnes betul2. CM akan doakan kawan CM berjaya dalam bisnes baru dia. Tutup telinga dengan kritikan yang negatif. Thinking positive. Chaiyok!
Hariku
Hariku
Harus dipenuhi dengan kehadiranmu sayangku
Fikiranku
Hanya dipenuhi dengan senyumanmu
Alangkah indah
Jika dirimu sentiasa
Di sisiku sayangku
Berikanku hanya satu
Hanya satu
Lagu
Hariku
Harus dipenuhi dengan kemanjaanmu cintaku
Fikiranku
Hanya dipenuhi dengan suaramu divaku
Tuesday, October 29, 2013
Kenapa CM Selalu update blog?
Sejak dua menjak ni CM rajin mengupdate blog. Nak tahu kenapa? Jap lagi CM cerita. Kalau sebelum ni asyik copy paste jer dari blog orang lain tapi sekarang ni banyak lak idea nak menulis. Biasanya orang yang tulis blog ni imaginasi dia cukup kuat tapi CM x la imaginasi macam tu sekali. Menggunakan trade mark baru 'menulis bila perlu' asyik nak tulis jer.. Macam perlu jer tulis semuanya. Masa buat trade mark tu kan tak perasan lak sama dengan blog kawan iaitu 'bercakap bila perlu'. Bila tengok balik eh, Nak Sama lak!. Emmm biar jelah, bukan tiru tau tapi Kebetulan.
Faktor pertama sebab CM suka update blog ialah sebab pakai hp baru. Kalau dulu nokia x blh nak update sekarang dengan Samsung senang update sebab ada software untuk blogspot. Jadi tak payah buka laptop dah. Dengan hp banyak idea boleh imagine.
Faktor yang kedua lak ialah dengan tulis blog, ni dapat memberikan kita kepuasan tau. Kepuasannya ialah bila kita menulis kita dapat meluahkan segala yang terpendam dihati. Sebabnya CM ni jenis tak suka bercakap tentang sesuatu perkara dengan orang. Bila menulis blog ni sekurang2nya dapat memuaskan hati dan meredakan perasaan. Bukan semuanya kita nak cerita. Tapi cukupla sekadar apa yang perlu sahaja.
Faktor ketiga pula, bila CM baca blog orang lain seronok jer rasa. Sebabnya blog ni diibaratkan macam diarila. bila kita baca baru tahu sesuatu perkara tu tentang seseorang tu. Contohnya orang tu apa yang sensitif, apa yang dia tak suka dan apa yang dia lalui sebelum ni. Jadi CM pun nak gak mcm tu biar orang tahu sikit sebanyak perangai dan aktiviti kita. Barulah orang tak fikir bukan2. Contohnya kenapa CM ni tak ok hari ni. Kalau tanya susah nak bagi jawapan.. Jadi bila tulis dalam ni sekurang2nya orang tahu kenapa CM x ok. Tak payah tgu jawapan dah. :)
Jadi tu la antara faktor2 yang menyebabkan CM suka update blog sekarang ni. Faktor yang paling utama ialah sebab hand phone baru tu lah. Senang nak tulis cerita sebab hp selalu kat tangan berbanding laptop yang kena buka dulu. Ok lah dulu, azan maghrib dah. Jom solat, Jangan tinggal solat tau :)
Siapa sahabat sejati saya?
Apakah ciri-ciri seorang sahabat sejati yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
*Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
*Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
*Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
*Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
*Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
*Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
*Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
*Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
*Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
*Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
*Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
*Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Monday, October 28, 2013
Buang jauh2...
Petang ni nak tulis sikit jer...Bila fikir balik banyak perkara yang CM buat pentingkan diri sendiri. Rasa macam diri ni betul jer apa yang dibuat dan orang lain semuanya salah. Perasaan jer kot. Padahal xde pun rasa macam tu. Tapi itu jer cara nak baiki diri supaya menjadi lebih baik dan disenangi oleh kawan2. Kadang2 terlebih over, terlebih cakap, terlebih gurau dan kadang2 terlalu mengharapkan. Itu semua bila difikirkan agak poyo jer rasa. Huhu. Rasa nak buang jauh2 dah perasaan macam tu, nak jadi seorang yang disukai oleh kawan2 dah. Xnak berfikir negatif dah dan akan sentiasa bersangka baik pada semua orang. Bila datang perasaan tak suka kat orang, mulalah berfikiran negatif dan membuat macam2 andaian. Tak baiknya rasa diri CM ni. Xpelah lepas ni nak ubah dah diri untuk menjadi lebih baik dari sekarang dan disenangi serta di sayangi oleh semua orang. Insyaallah. Berfikiran positif akan menyebabkan hati kita menjadi tenang dan bahagia. Lagi orang suka. Itu jelah perasaan petang ni datang dan doakan CM disukai oleh semua orang dan tak nak orang ada perasaan benci kat CM lepas ni. :) Insyaallah.
Singkirkan Fikiran Negatif!
Memelihara fikiran negatif dapat diibaratkan membangunkan singa tidur. Fikiran – fikiran negatif itu nantinya akan membentuk peribadi-peribadi skeptis, pesimis dan kalah sebelum bersaing.
Daya saing seseorang menjadi sangat rendah. Kredibilitinya dipertanyakan dan tidak terlihat mampu dipercayai. Bila keadaannya sudah seperti ini maka memelihara fikiran – fikiran negatif sama sekali tidak akan menguntungkan.
Maka abaikan dan hapuskan bila fikiran negatif mula bersarang di hati.
Bayang – bayang gagal, takut membina sesebuah hubungan suami isteri, trauma masa lalu dan fikiran negatif lain sebaiknya segera dihilangkan.
Fikiran – fikiran negatif itu harus digantikan dengan semangat optimis dan selalu menaruh harap kepada Allah yang kita bergantung harap.
Jangan Berkeluh Kesah Tentang Perkara Yang Tidak Dimiliki
Merupakan sebuah kebahagiaan luar biasa bila kita lebih sibuk mensyukuri apa yang telah kita miliki dan tidak mahu mencaci apa yang tidak kita miliki.
Hidup ini adalah rentetan syukur yang tidak berkesudahan, bukan caci maki kufur nikmat yang tidak akan habis dikenang.
Apa yang berada di tangan lebih bererti daripada apa yang ada di pandangan. Angan – angan yang membayang hanya akan menyisakan harapan tidak berkesudahan, sedangkan rasa syukur terhadap apa yang dimiliki dapat menampung jiwa untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur.
Selalu melihat pada kesyukuran hati dan tidak mendongak ke atas terhadap apa yang tidak kita miliki. Ini adalah masalah sejauh mana kita bersyukur, dan sejauh mana usaha kita menghindari kekufuran.
Selalu sahaja ada nikmat yang tidak ada pada kita, dan selalu sahaja ada kekurangan yang kita miliki. Sebeberapa melimpah nikmat dunia ini tidak akan dapat kita miliki semuanya.
Mencuba berhenti berangan dan lebih yakin dengan apa yang ada di tangan sangat disarankan bagi hati hamba yang lemah seperti kita.
Jangan Mendengar Gosip
Sudah pasti gosip berkawan baik dengan fikiran negatif. Memang kecederungan telinga kita adalah mendengar apa yang membuat kita seronok, apa yang membuatkan kita gembira dan apa yang membuatkan rasa ingin tahu membuak – buak.
Namun kadang kala rasa ingin tahu itu hanya akan memberikan penyesalan. Apatah lagi bahan percakapan yang dibincangkan adalah kita. Huhu.. sangat prihatin!
Oleh itu alangkah lebih baik kalau kita tidak mendengar semua yang diperbincangkan orang tentang kita. Manusia yang memberi komen itu adalah hal biasa, yang tidak biasa adalah kita yang selalu memberi respons terhadap apa sahaja komen mereka.
Kadangkala telinga lebih baik ditutup dan mendengar yang baik – baik sahaja.
Mengubati kekecewaan
Sebagai manusia kita memang takkan lari dari perasaan kecewa a.k.a di kecewakan dan sebagainya. Sukar untuk kita cari ketenangan dan kebahagiaan perasaan. Kebahagiaan tak datang bergolek, ia perlu di cari dan di usahakan. Kecewa ni tak semestinya bila putus cinta saja.. boleh jadi kecewa sebab perniagaan kurang memberangsangkan, kecewa bila tak dapat naik pangkat, kecewa dengan keputusan exam dan sebagainya.
Bila kita kecewa, ingatlah bahawa kita sedang diuji. Jangan ambik jalan pintas untuk selesai kan masalah dengan cara minum racun, bunuh diri, terjun bangunan dan lain-lain. Banyak-banyak kan lah ber-istighfar... Pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk tewaskan kekecewaan dan undang kebahagiaan... (^____^). Hindari kekecewaan dengan....
Bersihkan pemikiran
Cara kita berfikir terbahagi kepada dua iaitu positif atau negatif... fikiran positif seperti melihat kebaikan di dalam diri, persekitaran dan orang lain. Sentiasa muhasabah kekurangan diri.. kerana kita manusia dan kita tidak sempurna. Tidak mudah putus asa. Anggap kegagalan sebagai pembakar semangat.
Lakukan sesuatu
Yup..lakukan sesuatu.~! Bila tak ada benda nak buat, perasaan kecewa itu sentiasa menghantui diri kita. Buat apa semua tak kene. Sekejap termenung, kejap menangis dan ini akan membuatkan u olls jadi pemurung. So, sampai bila nak takut dengan bayang-bayang sendiri..? Busy kan diri anda dengan kerja, habiskan masa dengan kawan-kawan. Shopping, vocation and what so ever. Lagi satu, banyak kan berdoa, mohon petunjuk dari ALLAH, perbanyakan amalan dan jangan tinggal solat. Elakkan duduk sorang-sorang. Kalau rasa nak makan, makan sampai lebam pun tak ape.. huhuhu.. (~____~)
Cari kegembiraan
Cari kegembiraan biar betul pada jalannya... bukan dengan cara meneguk todi. Itu cari bala dan dosa ye kawan-kawan. First thing first, kita kena gembira kan diri sendiri dulu. Jangan harapkan orang lain untuk happy kan kita. Buat something yang u olls enjoy... Bila kita ceria, secara tidak langsung kekecewaan itu akan terkikis sedikit demi sedikit..
Jauhkan rasa kecewa
Setiap manusia melakukan kesilapan. Well, itu normal okay~!! Manusia yang sempurna ialah mereka yang menyesali kesilapan yang di lakukan dan bertekad untuk tidak mengulanginya, sanggup maaf dan melupakan apa yang berlaku. Hapuskan rasa bersalah dalam diri kerana perasaan bersalah itu akan membuat kan anda semakin stress...
Rendahkan harapan
Yup...last but not least. Harapan boleh memberi tekanan. Semua orang mempunyai matlamat, impian, cita-cita dan juga keinginan. So, untuk mencapai semua perkara yang di hajati ia perlulah seiring dengan usaha, tenaga dan juga keupayaan seseorang individu. Kalau cakap berkobar-kobar tapi tiada usaha, tak guna juga. Rezeki tak kan datang bergolek. Tapi tuah manusia kita tak nampak. (^^,) Rezeki ALLAH ini luas. Dimana ada kemahuan di situ lah terbentang laluan-nya.
Dedikasi untuk wife
Malam ni CM nak coretkan dedikasi untuk wife. Selalu cite pasal sahabat jerkan. Kesian lak kat wife CM. :). Dia amat bermakna dalam hidup CM. Tanpa dia xdelah sampai disini CM sekarang. Perkenalan semasa ting 6 dulu tidak disangka sampai sekarang hubungan kami. CM sangat bahagia bersamanya. Perkongsian hidup dengannya telah diberikan oleh Allah seorang cahaya mata yang cukup sempurna dan insyaallah bulan 5 nanti seorang lagi akan menyinari hidup kami. Susah senang kami harungi bersama tanpa ada sedikit penyesalan dalam hati ini. Bermula dengan kosong sekarang alhamdulillah kami telah mempunyai semuanya apa yang orang lain ada. Anak, kereta, tanah, kebun getah, rumah, motor semuanya adalah hasil perkongsian dan pencarian bersama yang bermula dengan kosong sejak kami berkahwin pada bulan 9 2010. Syukur kepada Mu Ya Allah kerana memberi segalanya kepada kami ini. Seorang isteri yang sangat memahami dan sangat memberi semangat kepada CM sehingga CM berubah sikap daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik. Terima kasih isteriku kerana kamu semangat hidupku dan cintaku sampai syurga. I love u sayang. :)
Sunday, October 27, 2013
Akhirnya...
Ni tentang target yang CM nak capai sebelum ni. Akhirnya semalam CM dapat pakai baju jersi kelantan yang dah lama CM beli tetapi tak muat. Perasan jer muat masa beli hari tu. Terkejut giler dapat pakai. Kalau bulan lepas x muat lagi walau dah kurus sikit. X muat kat bahagian perut. Huhuhu. Semalam rasa teruja betul dapat pakai yang selama ini CM berangan jer nak pakai. Terima kasih semangatku, terima kasih sayangku. Kerana kamu CM dapat mengecapi apa yang diinginkan sebelum ini. Seronoknya rasa. Maknanya CM akan melepasi target tak lama lagi. Gilalah rasa. Betul2 menjadi kenyataan ni. Apa2 pun itu bukan perkara hipokrit yang CM lakukan dan bukan perkara bodoh yang CM lakukan. CM lakukan kerana cita2 dulu dan impian seorang lelaki. Heheheh. Kerana kamu CM dapat mencapai impian itu sebab itu CM sayangkan kamu. Hehehe. Terima kasih dan terima la kasih ini yer hahaha.
Menjadi diri sendiri
Pagi ahad yang indah CM nak tulis sikit coretan tentang tajuk diatas. Tajuk yang CM buat ni nak cari balik apa yang telah hilang dalam diri ini. Kadang2 kita cuba menjadi orang lain untuk mendapat perhatian tapi kita lupa yang semua itu adalah hipokrit semata-mata. Orang hipokrit selalu merasa dirinya hebat. Untuk menjadi seperti itu mereka suka.menipu diri sendiri dan orang lain untuk.kepetingan diri dan kepuasan nafsu semata2. Kita boleh perasan orang ni macam mana bila sentiasa ingin mencuri tumpuan seseorang. CM pun Kadang2 ada jugak sedikit hipokrit dalam diri namun cepat2 buang sikap itu apabila tersedar yang itu adalah perkara yang paling bodoh dalam hidup. Tetapi ada juga manusia yang tak sedar diri hanyut dalam dunia dia semata2 untuk kepuasan nafsu mereka. Orang macam ini adalah orang yang cuba menjadi orang lain semata2 untuk menunjuk dan menonjol diri. Bila hipokrit ada dalam diri seseorang itu maka dia akan berasa dialah yang paling hebat. Cubalah untuk menjadi diri sendiri supaya kita tidak hanyut dalam dunia khayalan semata2. Apa yang kita inginkan itu x semuaya akan menjadi milik kita. Terimalah hakikat kekurangan diri kita untuk kita menjadi yang lebih baik lagi.
Perkara yang paling tak suka
Dalam hidup kita mesti ada perkara yang kita tidak suka. Tak kira la apa benda sekalipun ia menyebabkan kita tidak suka perkara tu. Ni baru lepas balik BBQ kat Kem Bumi Jati Jalan Kebun Klang. Sebelum tido macam biasa CM akan menulis dulu. Malam ni CM akan menyenaraikan perkara yang CM tak suka. Banyak benda yang CM tak suka sebenarnya tapi beberapa sahaja yang CM akan senaraikan. Dan beberapa lagi biarlah rahsia. Perkara pertama ialah janji. Kalau orang berjanji dengan CM, CM cukup benci dengan orang tu kalau janji itu tak ditepati. Kalau orang menepati janji memang CM akan hormat dan hargai betul2. Kerana orang yang menepati janji merupakan orang yang boleh dipercayai. Dah janji pun tak tepati macam mana kita nak percaya kat seseorang tu. Benci tu mmg CM tak akan tunjuk tetapi akan simpan dalam hati sampai bila2. Sebagai contohnya kalau orang tu berjanji dengan kita nak pergi mana2 tetapi bila tiba masanya pergi dengan orang lain. Dah la berjanji nak pergi sama tetapi sampai masa tak ajak pun dan terus keluar dengan orang lain. Kita menunggu macam tunggul kayu. Memang benda tu CM simpan dalam hati. Tu salah satu contohla.
Perkara yang kedua ialah menipu. Orang menipu ni hidupnya tak berkat. Sebab menipu orang jer. Biasanya orang menipu ni dia tidak jujur dan tidak ikhlas dalam sesuatu perkara. Sebagai contohnya orang tu cakap benda baik jer depan kita sedangkan kat belakang kita mengutuk dan memperli kita. Kalau tak tahu xper, kalau tahu memang CM akan benci sampai bila2. Tu salah satu contoh. Contoh yang lain pula ialah bercakap tak serupa bikin. Contohnya dia buat benda lain tapi bila tanya dia akan cakap buat benda lain. Pantang dan benci betul orang menipu macam tu. Rasa macam diperbodohkan jer. Lagi satu ialah bila kita cerita kat orang tentang seseorang tu, orang tu lak gi cerita kat orang yang kita cerita tu. Bodoh betul rasa kalau kena macam tu.
Perkara lain pula ialah berasa dirinya betul sahaja orang lain semuanya salah. Yang ni mmg CM tak suka kerana orang jenis ni tak boleh terima pendapat orang lain. Bila kita cakap semuanya salah hanya pendapat dia sahaja betul. Orang macam ni tak boleh hidup dalam masyarakat. Buang kat laut jer senang cerita.
Perkara seterusnya ialah orang yang suka mengambil kesempatan. Contohnya bila tengok jer orang tu baik dan boleh di makan, terus mengambil kesempatan terhadap kebaikannya. Kiranya macam buli la kan. Tak patut betul.
Perkara yang lain lak ialah bila bercakap meninggi diri. Contohnya cakap besar yang dia ni semua boleh buat. Tetapi hakikatnya nak suruh betulkan skru pun tak boleh buat. Rasa nak bagi pelempang jer orang macam ni biar padan dengan muka.
Banyak lagi perkara2 yang CM tak suka tetapi cukuplah itu sahaja yang CM nak kongsikan. Kalau cerita semua nanti orang cakap mengada2 la pulak. Cukup itu jelah malam ni tentang perkara yang CM tak suka. Yang lain2 biarlah rahsia. Kalau CM benci kat seseorang tu CM akan benci betul2. Setakat ni xde la benci lagi, tak suka tu ada la sikit2. Jangan sampai CM benci sudah.
Saturday, October 26, 2013
Sensitif
Malam ni nak cerita pasal sensitif. Ada sesetengah orang ni tak boleh nak bergurau kerana mudah sangat sensitif. Bila kita bergurau mereka akan mudah sensitif dan tak suka dengan gurauan kita tu. Kita anggap perkara tu biasa jer tapi ada setengah orang boleh ada setengah orang tak boleh. Ni nak cerita pasal kawan sorang ni mudah sensitif. Tu pun kawan baik dia yang bagitahu CM. Ada la satu hari tu CM pos gambar dia tgh berbaring kat dalam group kitaorang jer. Tapi dia marah lak kat CM dan menuduh CM nak menjatuhkan maruah dia. Laaa itu pun nak marah. CM akan tu biasa jerkan. Kawan2 jer tgk. Masa tu CM tak tahu pun, tapi kawan baik dia merangkap kawan CM jgk bagitahu CM. Terkejut gak la sebab benda tu boleh jadi dia nak marah kat CM. Tapi dia x cakap pun, cuma cakap2 belakang jer. Kutuk2 gitu jer. Pantang betul CM kalau jenis orang cakap belakang gitu terus CM jumpa kawan CM tu settlekan masalah. Terkejut gak dia CM panggil dia waktu tengah hari tu masa dia datang sekolah. Cuma sempat cakap kejap jer sebab ramai cikgu2 lain kat situ. Last2 jumpa lak kat tandas terus cakap dari hati ke hati. Baru settle masalah tu. Tak bestla kan kalau cakap belakang gitu. Terus cakap depan jer kalau x suka cara kita bergurau tu kan. Senang la kita nak mitak maaf ke apa. Nasib ada kawan sorang lagi bagitahu CM. Dah tahu dia sensitif CM x gurau dah la lepas ni gitu dengan dia. Senang cerita. Ada sorang lagi kawan tu tak puas hati gak dengan CM. Tak puas hati pasal apa pun tak tahu la CM. Tu pun kawan dia yang cakap kat CM. Kalau tak CM tak tahu. Depan bukan main lagi baik rupanya belakang dok ngutuk kita. Sakit hati betul rasa. Dah la lama dah tak gurau dengan dia, tiba2 jer tak puas hati jugak. Gila ke apa. Tapi CM malas nak ambik hal pun. Nak buat tak tahu jer. Biarlah orang tak suka pun asal jangan ludah kat muka.kita sudah. Nak buat macam biasa jer walau tahu bukan semua kawan tu baik. Baik di depan tak bermakna baik di belakang. Biarlah orang nak kata apa pun kat CM asal CM tak kacau orang. Kawan baik pun tak semestinya baik dan jujur selalu dengan kita. Itu perlu diingat selalu. Motto baru untuk CM malam ni 'Jangan terlalu mempercayai seseorang itu walaupun kawan baik sekalipun'. Itu jelah luahan CM untuk malam ni. Nak tido dulu esok ada perkhemahan Ko-Kurikulum. Bye
Friday, October 25, 2013
Mengamit Cerita lama - kawan bagi hint
Apa tu hint? Nanti CM cerita. Semalam kawan lama CM tegur CM dlm chat. Kawan lama tu merangkap BFF CM masa kat UM dulu. Dia antara kawan pompuan yang CM baik berbanding yang lain2. Berceritalah sambil tanya khabar. Kawan CM tu dah kahwin dah 5 tahun lepas namun belum dapat rezeki anak lagi macam kawan kita sekarang ni. CM akan sentiasa doakan kawan2 CM ni cepat dikurniakan rezeki itu. Insyaallah. Sebelum ni tak tahu pun kisah sebenar disebalik cerita dulu. Rupanya baik dulu tu ada tanda2 jugak. Dia cakap dia dah bagi hint dulu tapi CM x faham. Hint tu maksudnya tanda2 yang dia suka kat CM. Terkejut CM semalam dia cakap gitu. Mmg dulu CM perasan ada hint2 tu tapi x la rasa dia suka kat CM. Kalau CM faham masa tu mmg jodoh CM dah kot. Dia tunggu CM cakap jer. Hahaha..Tapi jodoh mmg ditentukan oleh Allah s.w.t dah. Banyak kali dia bagi hint rupanya. Tapi langsung CM x faham. Kononnya masa tu CM x reti la benda2 mcm tu. Hahaha. Padahal dalam hati masa tu ada rasa suka jugak. Dah xde jodohkan. Semalam bila dia cakap baru CM tahu. Lucu betul. Dia antara yang paling best sangat dalam hidup CM masa tu. Semalam mengamit kenangan betul rasa. Hahaha..tapi tu kisah dulu la. Tersengih sorang2 CM semalam hahaha. Dekat subuh baru stop. Kebetulan dia study untuk interview SPP untuk penempatan guru gstt yang diserap dulu. Sekarang semua dah bahagia dengan keluarga masing2 dah. Seronok tengok semua bahagia cuma rezeki mereka itu belum tiba lagi. Insyaallah CM akan sentiasa doakan yang terbaik untuk uols semua. Baru dapat tahu kisahnya....tak bertepuk sebelah tangan rupanya dulu hahaha.
Thursday, October 24, 2013
Susah ker nak senyum?
Malam ni rasa nak tulis banyak perkara. Tapi simpan dulu untuk lain kali. Otak malam ni tak berapa betul sikit tapi nak jugak tulis tentang senyum. Susah sangat ker nak senyum? Tu soalan untuk diri CM nak try cuba jawab malam ni. Betul mmg CM susah sangat nak senyum kat orang. Perangai paling susah nak baiki dari dulu sampai sekarang. Kalau tengah stress lagi la susah nak senyum. Apa penyakit tak tahulah. Mmg CM nampak sombong kalau orang tak kenal tapi sebaliknya CM bkn orang jenis tu. Cuma kurang cakap jer. Suka mendiamkan diri dan xde idea nak cakap dengan orang. Kalau dalam wasap atau we chat mmg byk modal. Kalau kat depan banyak diamkan diri. Kecuali kalau kawan yang rapat mmg byk idea la ckp. Mesti ramai orang tak suka dengan CM. Itu hakikatnya mmg CM tahu. Sebab tak banyak cakap. Nak senyum kat orang pun susah apa tah lagi nak berbual2. Tapi kalau dah kenal rapat tahu la perangai CM macam mana. Ramai dah kawan tegur suruh senyum sikit. Kalau stress mudah nampak kat muka. Insyaallah CM akan cuba sentiasa senyum kat orang lepas ni walau stress tetap akan cuba senyum. Senyum itu sedekahkan. :)
Jadi Ustaz kejap
Petang ni nak jadi ustazlah kejap. Hahaha. Bukan nk jd ustaz pun cuma sebagai renungan untuk kita bersama. Setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sesekali kita tinggalkan solat. Kerana solat itu tiang agama. CM dulu2 pun selalu tertinggal solat kerana lalai dan alpa. Sekarang alhamdulillah, sentiasa cuba menjadi yang terbaik untuk agama Allah. Kalau kat sekolah, CM akan tinggalkan kelas sekejap untuk menunaikan perkara yang wajib dulu. Biarlah orang nak cakap CM ponteng kelas pun asalkan kewajipan kita sebagai umat islam tetap ditunaikan. Dulu2 masa bujang hati selalu tidak tenang. Sebabnya selalu tinggal solat. Sekarang hati berasa sangat tenang kerana sentiasa mengingati-Nya. Orang cakap jahat macam mana pun kita, jangan sesekali tinggalkan solat. Tapi biasanya orang yang solat ni xdelah buat jahat sangat pun. Kadang2 ada sesetengah orang ni masa ditimpa musibah sahaja baru nak ingat Tuhan. Masa senang bukan nak solat pun. Masyallah. Ada juga CM perhatikan kawan2 yang tak solat. Hmmm tak tahu nak cakap apa dah. Sibuk sangat dengan kerja sampai nak solat tak sempat. Takkan la kita nak tegurkan, semua dah besar dah. Pandai la fikir mana baik mana buruk. Sebab apa CM cakap macam tu sebab tak pernah terserempak atau tengok pun kawan tu solat. Tapi tak tahu la jika dia solat senyap2. Astargfirullah hal azim. Semoga CM bersangka baik sentiasa. Diharap tanggapan CM ni salah. Semoga tidak menimbulkan fitnah. Insyaallah. Kadang2 CM berfikir mengapa doa CM tidak dimakbulkan oleh Allah? Mungkin solat itu belum lagi sempurna. Sentiasa belajar dan belajar lagi agar solat kita diterima oleh Allah. Kadang2 kalau banyak berfikir pun, solat kita jadi tak kusyuk. Kalau boleh hindarkanlah berfikir semasa solat. Gangguan iblis tu sentiasa akan mengganggu kita. Semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T. Insyaallah. Jangan tingalkan solat tau! :)
Kenapa beria sangat?
Malam ni nak jawab persoalan yang ditanya dulu iaitu kenapa CM beria sangat nak kurus? Hahaha...beria sangat ker? Mestilah beria kerana xde pun orang kat dunia ni nak jadi gemuk. Uols nak jadi gemuk? Xnak kan?. Titik tolaknya bermula masa hari latihan sukan sekolah. Masa tu latihan lompat jauh kat padang. Ada la sorang member ni ambik gambar. Sebelum ni CM x pernah pun ambik gambar penuh. Kononnya nak cover la x nk bg nampak gemuk hahaha. Jadi CM x thu la bentuk badan ni mcm mana perasan kurus jer lebih. Menyampah betul hahaha. Jadi member CM pun post la kt group dlm what's up. Terkejut CM tgk, huduh sangat bentuk badan macam tu. Macam tongkang pecah pun ada. Hahaha. Sebelum ni perasan jer lebih. Seminggu CM termenung mcm mana nak buat nih. Lepas tu kan, CM tekad nak kuruskan badan. Ada la cerita kat kawan hajat nak kuruskan badan. Dia pun bagi la semangat kat CM. Jadi bermula awal puasa CM mula diet yang agak keras. Langsung x jamah nasi hanya makan sup sayur, ikan bakar dan minum air oat. Sebulan puasa turun lebih 10 kg. Banyakkan? Lepas sahaja bulan puasa CM nekad nak masuk gym kat padang jawa. Tu pun kawan yang cerita pasal gym. Selain gym, CM juga akan jogging kat stadium kota raja paling kurang 3 kali seminggu. Diet ttp diet. Sehingga sekarang pun CM tidak makan nasi lagi cuma makan bihun sup, sup daging, buah dan makanan yang ringan jer. Setakat malam ni berat CM dah kurang 20 kg dah. Tak payah la cerita berat brp kg dah hahaha.
Kalau uols nak tahu, dulu masa gemukkan CM pernah berangan nak jadi kurus. Siap nak buat permintaan lagi kalau dpt minta apa yang dihajati. Lucu betul. Sekarang CM akan cuba turunkan lagi dalam 10kg. Harap2 mimpi ini jadi kenyataan. Nak jugak pakai seluar dan baju size L. Hahaha. Baru la ada keyakinan diri sikit nak berdepan dengan orangkan. Kalau tak sebelum ni rasa rendah diri sangat. Rasa malas nak menonjol kat tmpt2 orang ramai. Sekarang ni keyakinan diri tu mula ada dan akan terus berusaha dengan lebih keras lagi supaya cita2 CM akan tercapai. Menyampah betul tgk gbr tu hahaha...










