Tuesday, October 29, 2013

Kenapa CM Selalu update blog?

Sejak dua menjak ni CM rajin mengupdate blog. Nak tahu kenapa? Jap lagi CM cerita. Kalau sebelum ni asyik copy paste jer dari blog orang lain tapi sekarang  ni banyak lak idea nak menulis. Biasanya orang yang tulis blog ni imaginasi dia cukup kuat tapi CM x la imaginasi macam tu sekali. Menggunakan trade mark baru 'menulis bila perlu' asyik nak tulis jer.. Macam perlu jer tulis semuanya. Masa buat trade mark tu kan tak perasan lak sama dengan blog kawan iaitu 'bercakap bila perlu'. Bila tengok balik eh, Nak Sama lak!. Emmm biar jelah, bukan tiru tau tapi Kebetulan.

Faktor pertama sebab CM suka  update blog ialah sebab pakai hp baru. Kalau dulu nokia x blh nak update sekarang dengan Samsung senang update sebab ada software untuk blogspot.  Jadi tak payah buka laptop dah. Dengan hp banyak idea boleh imagine. 

Faktor yang kedua lak ialah dengan tulis blog, ni dapat memberikan kita kepuasan tau. Kepuasannya ialah bila kita menulis kita dapat meluahkan segala yang terpendam dihati. Sebabnya CM ni jenis tak suka bercakap tentang sesuatu perkara dengan orang. Bila menulis blog ni sekurang2nya dapat memuaskan hati dan meredakan perasaan. Bukan semuanya kita nak cerita. Tapi cukupla sekadar apa yang perlu sahaja.

Faktor ketiga pula, bila CM baca blog orang lain seronok jer rasa. Sebabnya blog ni diibaratkan macam diarila. bila kita baca baru tahu sesuatu perkara tu tentang seseorang tu. Contohnya orang tu apa yang sensitif,  apa yang dia tak suka dan apa yang dia lalui sebelum ni. Jadi CM pun nak gak mcm tu biar orang tahu sikit sebanyak perangai dan aktiviti kita. Barulah orang tak fikir bukan2. Contohnya kenapa CM ni tak ok hari ni. Kalau tanya susah nak bagi jawapan.. Jadi bila tulis dalam ni sekurang2nya orang tahu kenapa CM x ok.  Tak payah tgu jawapan dah. :)

Jadi tu la antara faktor2 yang menyebabkan CM suka update blog sekarang ni. Faktor yang paling utama ialah sebab hand phone baru tu lah. Senang nak tulis cerita sebab hp selalu kat tangan berbanding laptop yang kena buka dulu. Ok lah dulu,  azan maghrib dah. Jom solat, Jangan tinggal solat tau :)

Related Posts:

  • 7 Pemain Bola Sepak Yang Meninggal Ketika Bermain 1. Phil O'Donnell kapten pasukan Motherwell (Scotlandia),35 tahun, meninggal dunia setelah pengsan ketika memperkuat pasukannya menghadapi Dundee United dalam Liga Primer Scotlandia,Sabtu 29 Desember 2007 malam di Fir … Read More
  • 101 Laman Web Paling BergunaSETIAP kali menjelangnya tahun baru, ramai dalam kalangan blogger akan menyenaraikan laman web paling popular pada tahun ini di peringkat negara dan antarabangsa.Tapi kali ini aku tidak menyenaikan web-web tersebut seba… Read More
  • Beg Rahsia Yang Selalu Dibawa Oleh Presiden Amerika The Footbal Nuclear atau disebut juga Atom Football atau Butang Kecemasan (Remote Kontrol Pengendali Nuklear Jarak Jauh) adalah sebuah beg hitam,yang isinya akan digunakan oleh Presiden Amerika Syarikat untuk menges… Read More
  • 65 Fakta Menarik Tentang Buah Buahan Inilah fakta menarik tentang buah-buahan yang mungkin belum kita ketahui :1. Nanas juga dijuluki “King of Fruits” ketika menjadi buah langka.2. Mangga segar lebih banyak di ambil setiap hari di dunia dibanding buah lain.… Read More
  • Cara-cara mengenal perempuan atau gadis yang masih dara (perawan).DAHIGadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu senggama licinnya hilang, malah yang timbul kedutan (garis2) yang kadangkala nampak kadangkala tidak ketika sedang bercakap. Kedutan kerana sudah tidak suci, tidak sama de… Read More

1 Komen:

Anna Insan said...

salam.. nk tau software aper yang leh update blog tu ye.. hihi